Tuesday, 12 April 2011

NOVEL: ROS BIRU UNTUK DIA (bab 2)




"LYANNA, dah pukul 9 malam ni. Kau tak nak balik?” Amirah memanjangkan lehernya menjengah ke bilik Lyanna.

“Sekejap lagilah Amirah. Aku nak siapkan design ni. Sikit je lagi.”

“Mak oi, cantiknya Lyanna!”

“Hah? Apa Amirah? Aku cantik? Baru kau perasan ke?” mengekek Lyanna ketawa. Seronok dapat kenakan Amirah.

“Perasanlah kau Lyanna. Aku cakap banglo ni. Bukan kau. Berapa modal yang keluar agaknya?”

“Entah. That guy said he doesn’t care about the cost as long he satisfies with the design. Alah, orang kaya Amirah. Apa-apa pun dia nak boleh dapat.”

“Ek? Berdasarkan kepakaran aku dalam Quantity Surveyor, mencecah tujuh angka juga banglo ni berdasarkan materials yang kau listkan ni. Dah lah luas. Hampir 1000 meter persegi. Empat tingkat pula tu. Wow! Ni nak buat rumah ke hotel lima bintang? Tapikan I think the bungalow which you had design for your parents was still the best.”

“Sebab aku buat dengan kasih sayang kot. Memang tu cita-cita aku dari masa aku mula-mula dapat course architecture yang aku nak sangat ni. Kalau aku lepas grad, benda pertama aku nak design rumah untuk parents aku. Starting from first year of my study till the graduation, I was still thinking about the design.”

No wonder banglo tu memang cantik. Bertahun kau fikir ek? Tapi banglo ni pun not bad. Idea yang kau cari dalam sehari je. Tapi aku rasa benda ni lagi cantik kalau kau buat dengan kasih sayang.”
“Perli aku ek? Betullah. Apa-apa pun kalau kita buat dengan kasih sayang, benda tu akan menjadi dengan baik. Tapi banglo ni aku nak buat dengan kasih sayang buat apa? Aku tak kenal pun lelaki tu.” Jemari Lyanna masih setia di mouse dan sesekali di keyboard. Matanya masih tertancap pada program AutoCAD di skrin. Cakap-cakap juga. Tapi tangan kena jalan. Details untuk facade ni jangan ada yang silap. Everything should be perfect!

“Alah, memang kau tak kenal. Tapi kau boleh buat dengan rasa kasih sayang pada bos kita tu.”

“Mulalah tu nak merepek...”

“Okey. Sorry. Aku tahu kau sayang sangat dengan Adam tu and Adam pun sayang gila dekat kau. Sweet couple kan? Aku gurau jelah Lyanna. Eh, jangan lambat sangat balik. Encik Fakhrul ada lagi dekat bilik dia tu, terang lagi nampaknya. Nanti kena tangkap basah menangis Adam kau!” tak henti-henti Amirah ketawa.

“Ish, cabul mulut kau tu Amirah. Kau jangan. Kata-kata tu doa tahu? Aku nak kahwin dengan Adam je. Not anyone else.”

“Ops... sorry Lyanna. Sorry... aku gurau je.”

Lyanna tersentak. Nada dering One In A Million nyanyian Bosson berdering riang. Lyanna sudah tahu pemanggilnya. Pasti Adam. Nada dering tu cuma untuk Adam, lelaki yang satu dalam sejuta dalam hidupnya.

“Alamak. Abang One In A Million kau dah call. Okeylah Lyanna. Aku balik dulu. Tak nak kacau kau borak dengan dia. Tapi kirim salam ek? Panjang umur dia. Baru sebut-sebut tadi. Bye Lyanna...”

Lyanna tersenyum. Amirah... Amirah. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Lantas punat hijau ditekan.

“Hello sayang...” kedengaran suara Adam di hujung talian.

“Assalamualaikum,” sengaja Lyanna menegur.

“Ops, terlupa pula abang. Waalaikumussalam. Terima kasih ingatkan abang. Sayang dekat mana ni?”

Office. Kenapa?”

Office? Dah pukul 9 lebih ni. Sayang tak nak balik lagi ke? Abang risaulah. Sayang dengan siapa dekat office?”

“Tak ada sesiapa. Tadi Amirah dah balik. Lyanna nak siapkan design banglo ni. Sikit je lagi. Lepas ni Lyanna balik. Bos Lyanna ada kot. Lyanna tengok bilik dia terang je...”

“Dengan bos? Cepatlah balik sayang. Abang jealous lah... “

“Abang, don’t you know how much I love you? Whatever happen, whatever you hear or even whatever you see, you need to trust me and please don’t misunderstand because you know only you my love, right? Same goes to me. I will trust you because I love you.

Sorry sayang. Abang sebenarnya tak sedap hati ni. Dari petang tadi lagi. Sampai pecah dua biji pinggan dekat dapur masa abang tolong ibu cuci pinggan,” Adam berkata jujur. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya gelisah. Seperti ada perkara buruk bakal terjadi. Ya Allah, jauhkanlah aku dan orang-orang yang kusayangi dari perkara yang tak diingini...

“Abang jangan risau ok. Lyanna tak ada apa-apalah. Kalau ada apa-apa Lyanna call abang okey...”

“Okey sayang. Take care. Sampai rumah nanti call abang terus ya?”

“Okey Encik Abang Adam sayang. Lyanna pun dah nak balik dah ni. Sikit je lagi yang tak selesai.”

Bye sayang. Take care. Apa-apa call abang...”

Bye, I love you...”
“Love you too.”


Adam... Adam. Ah, sekurang-kurangnya terubat rindunya mendengar suara Adam. Lantas Lyanna menyambung kerja yang tertangguh tadi.

You tak guna Fakhrul! You akan menyesal nanti. You ni memang lelaki tak guna,” Lyanna mengurut-urut dadanya. Kuss... semangat. Boleh mati terkejut aku. Sudahlah terkejut dengan pintu bilik Fakhrul yang tiba-tiba ternganga, terkejut pula dengan sura bingit Saleena yang mengalahkan siren. Saleena ada dalam bilik Fakhrul rupanya. Patutlah bosnya masih ada di pejabat.

“Habis you nak buat apa? I dah bosan tahu dengan you. Sikit-sikit nak merajuk. Hah you pergilah merajuk puas-puas. I takkkan pujuk lagi. There is nothing more between us! You carilah lelaki yang sanggup layan rajuk you tu!”

Oh, pasangan kekasih yang bertengkar dan dalam proses hendak berpisah rupanya! Lantaklah. Lyanna buat-buat tak nampak drama depan mata. Malas masuk campur rumah tangga orang.

“Alah, you tu memang kaki betina. Lepas ni perempuan mana pula you nak jadikan kekasih you? Dia?” jari telunjuk Saleena tepat menghala pada muka Lyanna. Hati Saleena terdetik juga. Takkanlah perempuan ni. Langsung tak setanding dengannya. Gayanya seperti kolot sahaja.

Lyanna terdiam. Ewah perempuan ni. Sedap-sedap dia je. Tak ingin aku boyfriend kau tu. Aku sayang Adamlah. Ikut hati Lyanna mahu saja dia menjawab begitu. Geram dengan mulut celupar Saleena. Kalau ada cili memang aku dah sumbat dekat mulut perempuan ni. Biar kepedasan. Tak perlu dah pakai lipstick yang merah menyala macam biji saga tu.

Why not?” pantas Fakhrul menjawab. Hati Saleena membara. Perempuan ni nak ganti tempat aku. No way! Tapi dia selalu nampak Fakhrul kadangkala tersenyum sendirian. Semuanya sejak dia mula menerajui firma ini. Betulkah hati Fakhrul sudah berubah kerana perempuan ni?

“Huh!” Saleena merengus geram dan menghentak tangannya sekuat hati di meja Lyanna.
Lyanna merungut dalam hati. Lelaki ni pun satu. Sudahlah api tengah marak kau simbah petrol pula. Aku ni pula kau jadikan mangsa. Ni namanya gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Dunia, dunia...

You akan menyesal Fakhrul! You akan menyesal! Dan you juga! Perempuan macam ni cuma nak kikis you je!” Naik juling mata Lyanna bila jari telunjuk Saleena tepat menunjuk ke arahnya. Seram gila jari dia. Kuku dah lah panjang macam hantu, warna kuku pula merah menyala macam bibir dia. Aduh!

Lyanna berkerut. Gila agaknya. Nak libatkan aku ni kenapa. Lyanna sekadar memandang Saleena yang berlalu pergi dengan pantas. Berdetup-detup bunyi kasut tumit tingginya. Tambahan pula skirt pendek yang cuma sepanjang dua jengkal dan berbelah di bahagian tepinya ‘membantu’ Saleena untuk berjalan dengan lebih laju. Betullah kata Amirah. Kasihan. Tak cukup kain...


PELUH dingin mula mengalir di dahi. Penat sungguh Lyanna berjalan pantas menuju ke parking. Bukan apa. Takut sebenarnya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 10. Lyanna melihat ke arah keretanya juga sekeliling. Alamak! Kenapalah lampu rosak pula dekat situ. Dahlah kereta aku dekat situ. Siap ada pokok rendang dekat tepi macam dalam cerita hantu. Ya Allah, selamatkan hambaMu. Seingatnya Encik Fakhrul masih lagi ada di pejabat semasa dia pulang tadi. Takkan nak ajak Encik Fakhrul tu teman aku pergi kereta? Tak nak lah! Gedik semacam je!

Baru sahaja Lyanna mula hendak mengorak langkah ke kereta, Lyanna terasa tubuhnya terdorong ke hadapan. Tersungkur Lyanna di atas lantai. Sebaik sahaja dia berpaling, kelihatan dua lelaki sedang tersenyum sinis ke arahnya. Salah seorang daripadanya menghunus pisau yang kelihatan berkilat dalam cahaya yang samar-samar.

“Tolong, jangan apa-apakan aku. Kau boleh ambil semua duit aku, kereta aku. Tapi jangan apa-apakan aku,”Lyanna menggeletar ketakutan. Kedua-dua lelaki itu galak ketawa. Lyanna hanya mampu berdoa dalam hati.

“Aku tak mahu semua tu. Kami nak kau. Cantik kau ni. Aku nak malam ni kau layan aku dengan kawan aku ni!” salah seorang dari lelaki itu mula menindih tubuh Lyanna yang terdampar di atas lantai. Direntapnya tudung Lyanna.

Baru sahaja lelaki yang menindih tubuh Lyanna hendak membuka butang baju kemeja yang dipakai Lyanna, telefon bimbit Lyanna berbunyi. Dalam kegelapan Lyanna nampak telefon bimbitnya terdampar tidak jauh darinya. Mungkin terjatuh semasa Lyanna ditolak tadi. Lyanna mendengar nada deringnya, One In A Million. Adam! Pasti Adam tertunggu-tunggu panggilan dari Lyanna kerana Lyanna sudah berjanji hendak menghubungi Adam apabila dia sampai di rumah. Adam, tolong Lyanna...

Perlahan-lahan Lyanna cuba mencapai telefon bimbitnya. Namun baru sahaja Lyanna menyentuh telefon bimbit itu, lelaki yang seorang lagi lantas menyepak telefon bimbit itu jauh dari Lyanna. Namun, tanpa Lyanna sedari dia tertekan punat hijau.

“Hei perempuan! Kau nak buat apa? Cuba nak jawab panggilan nak minta tolong? Cubalah! Kalau kau jerit, aku bunuh kau!” lelaki itu menggertak Lyanna manakala seorang lagi rakus mencium wajah Lyanna.

“Tolong! Jangan apa-apakan aku. Aku mohon. Kau boleh ambil semua duit ni. Kereta aku pun. Jangan apa-apakan aku,” suara Lyanna mula sayu namun sedikit pun tidak mendapat belas dari kedua lelaki itu. Ya Allah, selamatkan aku dan maruahku...

Adam di hujung talian tersentak. Lyanna! Lantas dia mencapai kunci kereta.

“Hei, binatang! Apa kau buat?” lelaki yang rakus mencium wajah Lyanna tersungkur mencium lantai setelah disepak seseorang.

“Encik Fakhrul!” Lyanna menggeletar ketakutan. Dia hanya sekadar memerhati pergelutan antara Encik Fakhrul dengan dua lelaki itu. Setelah beberapa lama bergelut, kedua lelaki itu beredar.

“Lyanna, are you okey?” Fakhrul menggoncang kedua bahu Lyanna yang kelihatan seperti terkejut. Tanpa Lyanna sedari, dia memeluk tubuh sasa Encik Fakhrul kerana terlalu takut.

“Shh... Lyanna jangan takut. Lyanna selamat sekarang. Fakhrul memeluk Lyanna erat. Simpatinya tumpah pada gadis itu. Diusap-usapnya belakang tubuh Lyanna yang terhingut-hingut menangis.

“Astaghfirullahhalazim!” kedengaran suara lelaki serentak dengan kerdipan flash dari kamera. Kelihatan beberapa lelaki berserban dan berkopiah putih mengelilingi Lyanna dan Fakhrul. Pantas Lyanna menolak tubuh Fakhrul.

“Kamu berdua ni suami isteri atau mahram?” salah seorang lelaki berkopiah bertanya.

“Err... tidak. Sebenarnya...” Fakhrul keliru. Apa sebenarnya semua ini?

“Ikut kami. Kamu berdua didapati berkhalwat.”

“Tapi Encik sebenarnya...”

“Apa yang kamu hendak jelaskan. Semuanya telah terbukti. Tengok keadaan kamu berdua. Mencurigakan! Tak ada apa-apa lagi untuk kamu pertahankan diri kamu berdua. Gambar-gambar ini juga menjadi bukti yang kukuh. Berpelukan dalam keadaan gelap begini. Memalukan!”

Lyanna memandang tubuhnya. Beberapa butang baju kemejanya terbuka menampakkan sedikit tubuhnya dan rambutnya yang serabai. Tudungnya juga sudah direntap lelaki yang cuba memperkosanya tadi. Manakala Fakhrul pula rambutnya dan pakaiannya agak kusut setelah bergelut dengan dua lelaki tadi. Lyanna mencapai tudungnya yang terdampar di atas lantai. Disarungkan ke kepalanya. Ya Allah, dugaan apa pula ini...

“Oh, kamu ni bertudung sebenarnya? Memalukan. Buat apa pakai tudung kalau buat perkara tak senonoh? Apa lagi. Cepat!” Lyanna dan Fakhrul terpaksa akur. Fakhrul pula sedikit pun tidak memandang wajah Lyanna lagi.


ADAM memandu dengan laju. Dalam fikirannya hanya ada Lyanna. Adam jelas mendengar rayuan Lyanna tadi dan dia tahu Lyanna dalam kesusahan. Bunyi hon kereta beberapa kali kedengaran namun Adam tidak mengambil pusing. Lyanna, tunggu abang datang. Tanpa disedari lampu isyarat bertukar merah dan DUM!

No comments:

Post a Comment