Wednesday 21 September 2011

LoVe YoU LiKe A LoVe SoNg

Hahahaha...Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry ni. Tajuk lagu Selena Gomez tu pun aci je la ye..

Lately agak busy. Minggu ni ada KAED Week... Opss.. KAED stands for Kulliyyah of Architecture and Environmental Design. Last Monday ada submission untuk report and presentation board precedent study. Hari Isnin depan pula ada submission model and presentation. Hari ni dah hari Khamis. Jap lagi aku kena pergi talk fasal abortion cases. Lepas tu aku nak usha2 jap area bazar KAED sebab dengar derita ada program Lend Your Voice. Sesiapa yang rasa nak tunjuk bakat terpendam nak nyanyi ke pe boleh. And lend your voice was a part of charity for orphanage kalau tak silap. Cam best juga tengok orang nyanyi. Malam semalam pun tengok orang nyanyi time Nasheed Competition and lepas tu time Architecture Taaruf. Petang ni ada games dengan staff. Esok siang aku join Fruit Carving Competition (For real aku tak pernah buat benda tuh..entah apa rupa tembikai tu esok!) Lepas tu esok malam aku ada KAED Raya. Makan-makan raya. Dah lah hari Sabtu and Ahad ni aku ada hal.Pening juga aku dengan semua ni. And next weekend aku kena pergi site dekat Kuantan. Gila penat~~~~~~~~ (Yang aku bercerita schedule aku tu kat sini pesal? Hahahaha)

Hahahah. Busy macam mana pun aku luangkan jugalah masa untuk cik abang seorang ni. Asilah ada inbox ajak join buat kad and video sempena birthday beliau. Siapa beliau? Nak tahu baca sampai habislah... (Aku bajet cam ramai sangat orang baca blog aku ni) Hahaha. Aku ni pemalas tahap gaban nak update. Tapi atas permintaan beberapa orang fans V.I.P, aku buatlah... Special untuk korang. Terharu tak?

Haha... 19 September adalah birthday beliau... Inilah beliau tu...


Sebenarnya dah lama aku tak sketch ni. Hahahaha. Tapi demi cik abang ni aku teringin pula nak gedik-gedik sketch muka dia... Sorrylah abang. Saya dah rosakkan muka cute abang... Errr... boleh nampak tak tu muka siapa sebenarnya? Okeylah. Aku kasi gambar yang lebih logik...


HAHAHAHAH...Itulah orangnya tuan empunya badan.. Walaupun aku busy, aku luangkanlah juga masa untuk buat kad birthday untuk beliau ni... (Ceh2... terharu tak abang?)Simple je kad ni. Aku pun bukan kreatif sangat. Suam-suam kuku tu bulih la....


Ni la semasa proses membuat kad. Sikit punya sepah bilik aku jadinya macam nak buat model bangunan. Hahaha.... Tapi bila kad dah siap aku terperasan kad tu jadi cam jiwang nak bagi boyfren.... Errrr.... Sorrylah abang. Salah concept!


Lepas tu satu lagi masalah. AKu ni tak tahu nak tulis apa dekat dalam kad tu. Memanglah aku suka menulis tapi takkan aku nak tulis cerpen pula dalam kad tu kan? Nak tulis syair or sajak? Bahaya.... AKu ni suka jiwang karut karang lain pula jadinya. So aku tulis je la pantun bajet sweet aku tu... Ni la pantun aku bagi abang. Aku rasa dia pun pening kepala baca... -___-"

Cantik-cantik pergi Jepun,
Jalan-jalan jumpa Pak Uda,
Belek-belek tenung handphone,
Tengok-tengok ada reminder.

Hello Kitty senyum terukir,
Kucing nak gaduh dengan buaya,
Otak ligat sibuk berfikir,
Nak buat surprise tak ada idea.

Teddy bear panjat pokok kelapa,
Ayam terkebil rasa tak caya,
Hadiah tak tahu nak kasi apa,
Kad ni pun aci la ya?

Sugar glider struggle nak terbang,
Hamster tak reti penat berlari,
Selamat hari lahir abang,
Semoga sentiasa dirahmati Ilahi.



Hahahahaha. Habis dah nak merepek. Anyway aku nak wish selamat hari lahir kepada abang Adam. Tak lupa kepada member aku Laila Syamimi and member Aico FC, Afiqah Alias. Bertambahnya usia menunjukkan bertambahnya pengalaman dan kenalan kita dalam hidup. Bertambahnya usia juga adalah petanda kita semakin hampir dengan Yang Maha Pencipta. Sekian... Lots of LOVE!

p/s:ada buat video untuk abang. Tapi video tu cam segan-segan sikit. Cis! Dah upload facebook tp still loading. ANyway nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada Zack sebab tolong shooting untuk video tu... Hidup Cukup Makan Production! Hehehe....

Thursday 8 September 2011

LOVE & TO BE LOVED...

Pergh.... Jiwang gila tajuk entry ni kan? Hahah... Tak adalah... Baca dulu sampai habis. Tak adalah sejiwang yang disangka.

Haha. Aku suka kucing. Kenapa? Sebab aku suka binatang berbulu... Macam kucing, arnab, hamster n keturunan-keturunan mereka. Lagipun kucing ni kan binatang kesayangan Nabi kita. Maybe sebab tu juga aku minat gila kat Hello Kitty. Hello Kitty kan kucing. Haha. Pada aku orang-orang yang suka kucing and binatang ni sweet and loving (bukan puji diri sendiri tapi aku cakap pandangan aku fasal orang lain..hehe). Kalau lelaki dia nampak sangat fatherly okey. Contohnya beliau ni..


(sumber gambar encik mohd aijam: abg adam n encik arnab hensem,teddy!)

Hahaha. Kalau aku kawen, aku harap sangat lelaki tu suka kucing . Sebab aku nak bela kucing(Bukan bermaksud kahwin dengan cik abg atas ni. Haha). Tapi, aku teringat ada seorang lelaki yang aku pernah kenal ni. Dia cakap dekat aku dia suka kucing. Depan aku memang dia belai-belai kucing. Kucing kat kedai makan pun dia sibuk nak belai. Tapi, ada sekali aku pernah ternampak secara kebetulan dia tendang seekor kucing. Damn! I hate hipocrital people!

Kucing ni manja dengan tuan. Kadang-kadang best tengok telatah diorang. Macam ada seekor kucing aku tu, melatah macam orang tua. (Tak ada gambar la sebab dia pantang terkejut. Lari lintang pukang. Nama pun melatah.) Entahlah, aku tak tahu kenapa kucing tu macam tu. Aku panggil dia Stokin. Sebab badan hitam legam. Kaki je putih. Comel! Malangnya dia takut dengan aku. Pantang aku nak dekat. Apalah dosaku... Tapi dia memang kucing aku yang paling tak mesra rakyat. Dengan semua orang dia takut. Hahah.

Lately, kecoh fasal kes penganiayaan terhadap kucing yang dilakukan satu 'hotel' kucing, PETKNODE. Well, absolutely it wasn't a hotel for the cats but a hell! Petknode kat Damansara Damai ni bukan aniaya seeokor dua kucing tapi ada sumber cakap lebih 300 kucing! Aku pelik betul. Kenapalah ada manusia tergamak aniaya binatang comel camtu. Kesian.


(Gambar ni buat aku nangis. Cilake punya Petknode. Sumber gambar fb Kucing Terbiar & Anjing Jalanan)

Sedih kot. Iyalah, kucing kalau sakit dia tak boleh nak menangis atau merengek sakit macam manusia. Dia tak boleh cakap dia sakit. Tapi, kita boleh tengok kucing tu tak happy. Niat asal Petknode tu memang baik. Nak jaga kucing-kucing tu semua masa tuan dia tak ada. Tapi kalau nak buat baik pun biarlah ikut kemampuan. Kalau terima je berapa banyak kucing orang hantar sampai tak mampu nak jaga tu namanya nak kaut untung.

Owh, teringat last night member aku Ain Toya (hehe) ada beritahu fasal ada satu group ni buat misi nak selamatkan kucing-kucing yang mungkin terlepas dekat area Petknode tu. Iyalah, biasanya kucing yang orang bela ni dia tak reti survive. Contohnya kucing-kucing aku. Tangkap tikus pun tak reti. Nak cari makan sendiri jauh sekali. Heh. Apa-apa pun aku nak puji group ni:


Diorang pakat jadi sukarelawan selamatkan kucing tu semua. Sampai tak cukup cage and pinjam cage dari kawan-kawan. Ada yang sanggup jadi fosterer untuk jaga kucing teraniaya tu sementara nak tunggu tuan sebenar kucing tu tuntut kucing tu. Kadang-kadang jadi macam program jejak kasih pula. Tak caya tengok ni...


Pape pun aku harap pemilik Petknode tu diambil tindakan. Mungkin ada yang memperlekehkan usaha group Kucing Terbiar & Anjing Jalanan tu yang nak selamatkan kucing. Tapi, percayalah. Kucing ni bukan dianggap sebagai binatang peliharaan semata-mata oleh tuan dia. We feel like the the cat was our family members. Sebab tu ada yang menangis bila kucing dia mati... (Macam yang menaip ni..) Huhu... Sayangilah binatang. Jangan aniaya diorang. Diorang tak pernah aniaya kita.

p/s: Kucing aku tengah mengandung. Aku harap dia bersalin sebelum aku balik UIA. Sebab aku nak tengok baby dia. Aci tak? Heheh.