Tuesday 29 March 2011

AAR 3134 -HISTORY (study plan)

SANCHI STUPA





WHEN: Originally commissioned by the Emperor Ashoka the Great, 200 BCE
WHERE: located in Sanchi, a small village in Raisen district in Madhya Pradesh, India
WHY:
- outstanding of Buddhist art and architecture
-stupa - large hemispherical domes, conttaining central chamber placing the relics of Buddha
HOW: Lord Buddha has symbolicaly represents by footprints, wheels, thrones rather by its own image
IMPORTANT ELEMENTS:

1. CHATRA - a crown, parasol like structure symbolizing high rank, to honour and shelter the relics

2. TORANAS - monumental gateways covered with narrative sculptures, shows scenes of Buddha life



















ROCK CUT MONASTERIES / TEMPLE OF AJANTA


WHEN: 2nd-1st century BC, 460-480 AD
WHERE: located near main trade route, Maharashtra at the Hills of Sahyadri Mountains
WHY: creating the structure of the temple by carving it out of solid natural rock, the cave regarded as the place of sanctity
HOW:

-variety decorative sculpture


-intricately carved columns and carved relief


-exquisively carved cornice & pilaster

Monday 28 March 2011

SubhanALLAH, disebalik hobi, aku temukan DIA..


aku memang suka 'heart' shape. pedulik la orang nak cakap jiwang ke apa tapi pada aku, aku ada sebab untuk suka shape tu.huhu..kalau tengok shape heart tu, dia balance. same goes to life, be moderate is much better. jgn jahat sangat nanti orang menyampah, jangan berlagak baik sangat nanti orang meluat..tak pun orang amik kesempatan..hehehe..lebih kurang camtu la yang aku fikir..tp mmg susah nak kawal diri ni..


aku ske quotes ni.. "there are many things in life that catch your eyes..but only few will catch your heart.." its true.for every love, there's heart somewhere to receive it. but hiding keys of your heart, its a risk of forgetting where u placed it..



shape of the heart, nice at the top but it is sharp at the bottom.. same goes to our life. sometimes we are happy but sometimes problems comes. just face whatever comes because without any problems, life is nothing. and Allah gives problem according to what we are able to face it. Allah timpakan ujian sebab DIA ingat kita. bersyukurlah sekiranya ujian menimpa. semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. sesungguhnya DIA Maha Nengetahui.


n then, pada aku, hati ni umpama nadi sebab HATI ni bagi impact yang sangat besar dalam hidup kita..huhu..sebab kalau buruk hati kita, buruk la kita pada pandangan Ilahi.. kalau cantik hati kita, cantik la kita di sisi Allah hatta pada pandangan mata nanusia sekalipun..

oh, sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita. aku nak cerita apa yang berlaku hari ni. aku memang suka gila cross-stitch (pedulik la orang cakap tu hobi zaman dulu..hehe). and hari ni aku wat cross-stitch untuk cover assignment cultural. saje nak buat cross stitch dunbo, katun petak fevret aku. ada bentuk 'heart' dekat cross-stitch tu.. kalau dari depan dia nampak biasa je tapi bila tengok dari belakang, subhanALLAH.. ada kalimah Allah pada shape heart tu..aku tak perasan tapi hadi yang tegur..disebalik bentuk hati tu ada kalimah Allah..baru aku tau hari ni..




kebetulan..n satu kejutan..

Saturday 26 March 2011

cerita akuarium n earth hour..

ari ni family akuarium aku bertambah lagi..aku beli ikan yang lain2 spesis empat pasang..masalah gak bila ikan ramai2 dlm akuarium ni..nak amik gambar sikit pnye payah..asik lari2 je..n ikan byk2 ni nak kasi name pun susah..berikut nama2 ikan yg baru..
pasangan 1(ikan oren ekor lawa)=mida n omot
pasangan 2(ikan oren tembam)=farah dan fami..
pasangan 3(ikan biru yg cool)=bola n encik makanan
pasangan 4(guppy)=pija n -----




earth hour?well..aku n rakan2 seperjuangan (mida, bola, sud, kila) plan nak main ufo..kan ada zaman kecik2 yg buat surat kabar bentuk payung terjun pastu bakar bucu2 dia..nanti mende tu terbang..ufo la konon2..kitorg plan nak main ufo tu depan mahallah nusaibah..hehe..tepi jalan..


orang yang tak tau sah ingt ktorg ni ppuan2 frust yg duk bakar gambar exboyfriend beramai2..sorry..we're not that type,,hahahahaha..masalahnye misi ufo ktorg gagal..xde yg terbang pun..ada pun yg try terbang tapi segan silu..hehehe,,

Wednesday 23 March 2011

AKU LELAKI EGO!!

huhu..actually ni cerpen yang aku pernah hantar dekat satu group dekat fb..thanks to the admin encik ardi..n thanks for those who likes and comments and share my notes..kerana anda semua, that cerpen was the highest 'like' from the readers..tq all..with love..
link: http://www.facebook.com/pages/JomSayang/349417078340?sk=notes&s=10#!/note.php?note_id=134654983239204





Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Tuesday 22 March 2011

final presentation..



cerita pasal board
6 keping board a0..huhu..dasat kot aku rasa 'bekerja' dengan kertas yang lebih besar dari aku ni..adeeeeiiii..lepas 2minggu lebih struggle, akhirnya settle..cuma untuk portfolio, kne touch up untuk markah lebih..huhuhuhu...pape pun mekacih kepada enchik abg untuk tracing table..huhuh..



cerita pasal model
model ni aku suka sikit buat..huhu..and untuk sem ni aku ingat nak buat model tema monotonous..huhu..nak semangat gelabah lagi aku siap letak lampu (nak gempak la kunun..) tapi tragis betul la..maybe aku banyak sangat main2 dengan mentol tu masa present lampu tak idup..adooiiii..




cerita masa present
bsyukur gila dapat panel yang baik..dapat bro razak and ar. mizanur..huhu..xde masalah untuk circulation, planning, zoning and concept..tapi ada masalah dengan facade, entrance and model aku yang lampu tak nak idup..n pasal structure..bese la tu kan..tak akan ada presentation yang dapat pujian melangit..and tak akan pernah ada presentation board yang betul2 siap..hahahahha..pape pun syukur..


cerita lepas present
baru ingat dapat 'top up' tidor puas2..sekali ada assignment kne hantar plak esok..and maybe esok kena kuar plak untuk assignment cultural..ishhhhkkkkk..masa itu nyawa..

Monday 21 March 2011

i don't believe in love at the first sight..but........



Bismillahirrahmannirrahim..

YA ALLAH..
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar betambah kekuatanku untuk menyintaiMU..

YA MUHAIMIN..
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,
yang hatinya bertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

YA RABBANA,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar hatiku tidak berpaling daripada hatiMU..

YA RABBUL IZZATI..
jika aku rindu,
rindukanlah hatiku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalanMU..

YA RAHIM..
jika aku menikmati cinta darinya,
janganlah kenikmatan itu melebihi,
nikmat 'bercinta' denganMU..

YA RAHMAN..
jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh,
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU..

YA ALLAH,
jika KAU halalkan aku nerindui dia,
jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki,
dan rindu abadi hanya buatMU..

YA ALLAH,
sekiranya aku bukanlah tulang rusuknya,
campakkanlah rasa ini jauh dari hatiku,
redhakanlah hati ini menerima ketentuanMU..
gantikanlah dengan yang lebih baik,
sesungguhnya KAU MAHA MENGETAHUI..

YA ALLAH..
jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU..
dialah permata yang dicari,
selama ini baru kutemui,
tapi ku tak pasti rencana ILAHI,
apakah dia kan kumiliki
semoga aku di bawah rahmatMu..
amin...

Friday 18 March 2011

kerana busy dengan final project, dia tinggalkan aku.. T_T

herm..cedey kot..ceritanya bermula begini..huhu..biasanya aku bagi ikan2 makan dalam pukul 7pagi n 7 ptg..n ada satu pagi tu aku lupa giler bagi makan..aku bg makan dalam pukul 2ptg..memang aku tak ingat langsung dah sebab duk menghadap drawings yang saiz kertas tu lagi tinggi dari aku.. (cis...)



"alalala..cayang..sorry la lupa kasi makan..banyak kerjalah.." gitu lah lebih kurang aku bebel sensorang depan akuarium..bila aku isi je makanan, jaa, moja, achai (ikan2 cute 3 ekor tu sempena nama member..hahahaha) and ikan penumpang, tarzan (ikan cik kila) berebut2 makan..kesian..lapar agaknya..aik..mana mumu?

aku pun selak2 rumpai plastik n tiba2..mumu timbul..mati dah..ishhhhh..sedih kot..rasa bersalah menimpa2..aku lupa bagi makan sampai mumu mati..lagi pun aku perasan sejak jaja mati, mumu asyik monyok je..aku baru ingat nak belikan mumu awek baru bila lepas presentation final project nanti..tapi apa kan daya, mumu dah tinggalkan aku..issshhhkkkk..


(xde da buah ati aku ni.._


sume ni salah aku..aku lupa bagi ikan makan..berdosanya bela tapi tak jaga..tak baik owhh...tapi aku bukan sengaja..aku buat kerja sampai tak ingat kat diorang..cuai gila aku..camne kalo aku ada anak nanti?sebab kerja terabai anak2 aku..cian..and silap2 anak aku tergulung sekali dalam presentation board yang sama tinggi dengan aku tuh..herm..cian anak ibu..ye la..nanti kalau enchik abang suruh duk umah je, sy turutkan.. (blush....)hehe..yup..i admit that i am not a fair person..i'm not able to juggle time well between two things..sebab kelemahan aku tu kenalah sedar diri..ye x?lagipun..x baik membantah..walaupun architecture is my passion, i realized that between responsible and interest, the priority for 'responsible' should come first..hehehehe



submit dah drawings yang 'tinggi' tu tadi..and sabtu ahad ni kena struggle buat model..hai..duit2..beli dah tadi barang2 model..ni lah listnye..


wire = rm 0.90
cable connector series = rm 6.90
a4 line transparent sheet = rm 0.50 x 3
uhu twist glue = rm 6.30
scale car = rm 16.80
ground cover gravel coal = rm 6.80
loy tape = rm 1.50
human figure = rm 7.90
colour foam board = rm 7.90
compress foam board = rm 7.60
white silk board = rm 3.90 x 2

TOTAL= rm 71.90... adeeeeiii..

Tuesday 15 March 2011

mahalnya harga seorang wanita..

hehe..terbaca satu artikel dari iluvislam..aku rasa ada banyak petikan yang best..antaranya..

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

nice article.and aku teringat pulak satu komen aku kat satu page fb...

errrr..over la plak aku macam nak highlight komen sendiri..kualiti gambar maybe tak memuaskan..aku tak berapa nak reti print screen ni..hehhehe..tapi senang cerita conclusionnye cam ni la..

bersyukur lah kalau hal ini terjadi..ini maknanya Allah hendak memelihara anda..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..just take it from the bright side..at least suami kamu tak dapat 'bekas' orang..and yup..you should feel lucky..

lelaki yang baik akan melindungi, bukan merosakkan..bukan juga mengambil kesempatan..lelaki yang ikhlas akan membimbing wanita yang dia sayang..sebab dia nak bersama dengan perempuan yang dia sayang bukan saja di dunia, tapi di syurga..sayang ke seorang lelaki kalau dia yang 'membantu' menghumbankan wanita tu ke neraka?dan sekiranya perempuan tu sendiri yang merelakan dirinya disentuh, sayang ke perempuan tu pada lelaki tu if she is the main reason why that guy end up living in hell..

yup..aku bukan baik sangat untuk cakap benda2 macam ni..nak berlagak jadi 'ustazah' jauh sekali..tapi, kepada semua kaum aku..mahalkanlah diri demi cinta.kasihanlah pada 'bakal pasangan hidup' anda..and kepada lelaki, hormatilah wanita..apa perasaan kalau lelaki lain melakukan perkara yang sama kepada adik beradik perempuan kamu?hehehe..ini pesanan untuk aku sendiri, manusia yang selalu leka..


“Jadilah seperti permata di dalam kaca…
Indah dipandang mata…
Disentuh tidak bisa…
Jangan jadi seperti pakaian yang diperaga…
Mudah disentuh dan dicuba…
Namun yang dipilih bukan dia…
Tetapi yang di dalam bungkusan baru terpelihara…”
(Petikan novel Coklat Cinta Strawberi)

la tahzan kerana cinta

huhu..okey..ni sebenarnya tajuk satu buku..name author dia najla mahfuzh..actually, aku ternampak buku ni dekat rak and aku baru teringat yang pijul nak pinjam..adoiii..sorry pijul..aku betul2 lupa..

hehe..eiyh, bukan buku tu yang aku nak cerita..post ni aku tulis khas buat someone..kepada dia, jangan la sedih2..i don't know why you feel so sad, confuse..hehe..tak paksa cerita tau..everyone has a secret to keep..kalau sedih pun janganlah sampai tak boleh tido..meh tolong saya wat keje sini meh..hehe..and sorry sebab tak dapat listen to you tadi..tengah buat kerja sikit la..hehe..nk komen pun pnjg sgt..nk pm pulak x boleh sebab kena spam..hehe..but you've agreed if i write for you in my blog rite?so, this is it..



okeyla..i talk about this matter in general..sebab awk x cerita kenapa awak sedih, saya google je la punca2 orang sedih.. (tak sweet langsung kan?hehe..) and i found there are 4 reasons why people feel sad..

1. ditimpa masalah atau musibah
2. tak dapat apa yang dihajati
3. suka membuang masa (owh..baru tau)
4. sifat dengki n menurut nafsu..

huhu..i don't know which category you are in..and i don't want to keep guessing..having secret is your right and telling people also your right..hehe..entahlah..saya pun tak tau nak cakap camne..saya bukan pakar motivasi ke apa..tapi, saya nak cakap..


you just take everything happen or any matters form the bright side..everything happen for a reason.. and setiap benda berlaku ada hikmah.. (ayat streotype but this is the truth right?) hehe..Allah bagi dugaan sesuai dengan kemampuan kita. n percayalah yang aturan Allah itu yang terbaik..He knows what suit you the best..


tipulah kalau saya cakap saya tak pernah sedih and tak pernah ada masalah..just let go the past and move on..walau apa pun, don't feel like you are alone..you have family, frens, Allah.. and you also have me.. (wink~) hehehe..ingat Allah selalu ada untuk awak..kalau awak x selesa nak cerita kat orang, awak boleh 'mengadu' pada Dia..okey?


and..jangan selalu fikir kita yang paling teruk..sedih mana pun kita, ada orang yang lagi sedih hidup dia..besar mana pun dugaan yang datang, ada orang yang dapat musibah lagi besar..herm..apa nak cakap lagi ye..i don't have talent dalam bidang motivasi ni..and i don't believe with the quote, "a novelist is a good motivator..he knows emotions the best.." tak betul mana lah..hidup saya sendiri pun tak sempurna..hehe..but just enjoy your life..


ni ada petua dr fadzilah kamsah..bila sedih amalkan tiga benda ni.. 1-innalillahiwainnailaihirajiun  2-Ya Allah aku redha..  3-berikan aku yang lebih baik..  okey?just take everything in positive way..memang lah dalam hidup ni kita tak dapat kunci atau kawal mulut orang..but, you know yourself the best..abaikan je..hehe..jangan sedih2 da tau.. main hoon na.. (merepek jap cakap hindustan..pkataan tu je yang tau lgpun..hehe)..n morning sunshine..start your life with a smile..senyum tu kan sedekah..jangan monyok2.. :-)

final presentation vs $$$$..

cerita 1:
herm..ujung2 sem time nk kne submit project, memang musim darurat untuk student archi..tambah2 untuk orang2 yang xde ptptn..huhuhu..ayat bese dengar, "aku da xde duet da.." aku pun terbabit sama la ni..jarang aku belanja nak kira2 ni tapi sebab kadar kekeringan yang sangat dasyat sejak akhir2 ni, meh kita men kira2..hehehe

water colour paper 5.20 x 9 = 46.80
faber pvc eraser 0.35 x 10 = 3.50 (ni kes asik ilang la nih..cis..)
derwent studio color pencil 3.30 x 5 = 16.50
masking tape 1.20 x 3 = 3.60
enlarge drawings 1:100 5.00 x 10 = 50.00
print= assume rm20..tapi rasa cam lebih
TOTAL= 140.40 SENANG CITER 150.00..haha..itu baru presentation board..model coming soon..aiyak.....

pensil mahal tu pun gedik jugak..bayangkanlah..

gambar hari pertama:





hari ke dua:




ahahahaahaha..kontot da..



cerita 2:
sebab mende camni aku yang boros tahap gamat pun belajar nak jimat cermat..bukan apa..asik minta duet macam la encik abah aku tu keje cop duet..da la sekali minta banyak..errr..aku pakat dengan kawan2 aku nak jimat (kalau aku sorang2 sah2 operasi gagal..) kitorang plan nak jimat belanja makan..ari2 makan ikan bilis goreng.. (apa punya tragis lah kan..) hahaha..aku pun call la puan emak..

emak: sihat ke?
aku:sihat tapi kurang tidur je..banyak kerja..
emak: ni sekarang dekat mana ni? macam riuh je..
aku:kat studio..buat kerja..
emak: makan dah?
aku:dah..mak sebut pasal makan nanti mak kirim ikan bilis goreng..kitorang nak jimat..save duet untuk final..nanti boleh ari2 beli nasi je.. (sadis)
emak: alahai..kesiannye anak mak..

and pagi tadi sampai la makanan dari mak aku..hahahah..




aiyooooo..mak aku ni takut aku catu makanan la ni..hehehe..macam2 ada..anyway mekacih mak..banyak sangat..boleh share dengan kawan2 sampai abih sem..hehehe.. ishk..ni yang homesick ni..



cerita 3:
 bertapa kat studio wat keje..jadi zomba belaka dah..bilik pun dah jadi macam istana hinggap..balik jap, pastu g studio balik..cian cik ted..adooiii..lama rasanya tak tidur nyenyak..rindu giler kat katil..heheh..(ye bilik aku klaka sebab aku suka katun..ske ati aku la..)


duk kat studio..ikan aku pun waktu makan dia tak teratur..ikot bila aku balik bilik..cian giler diorang..ishkk..rasa bersalah..tak apa ikan2 sekalian, abih present nanti aku tenung korang lama2..hehehe..






tapi aku tak lepak studio da kot sampai final..yahuuuu..ade tracing table baik pnye..tq abg..<3 <3 <3..hehehe..dengan ini keje jadi mudah..hehehe..amik ko..

herm..tapi..katil aku presentation board a0 tu da reserve..dia sorang je penuh katil..haish,,,,tragis..

cerita 4: 
cerita tamat..sekian terima kasih..drawings da memanggil..

Sunday 13 March 2011

buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku..

buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku..
akal saya cuma 1..tapi akal awak ada 9..sebab akal saya yang satu tu, saya selalu bertindak lebih mengikut emosi..saya harap kelebihan awak tu dapat melengkapi kekurangan saya..semoga akal awak yang 9 tu dapat mendidik saya..


buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku..
wanita dicipta dari tulang rusuk..bukan dari kepala untuk dijadikan atasan..bukan juga dari kaki untuk dihenjak..tapi dari sisi untuk dijadikan teman hidup..dekat dengan lengan untuk dilindungi..dekat dengan hati untuk di sayangi.. (errrrr..biasa dengar dah kan ayat ni..tapi awak faham kan maksud dia?hehehe)



buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku,
sebab saya ni tulang rusuk yang bengkok, awak kena didik saya slow2..jangan laju2 or kasar2 nanti saya 'patah'..huhuhu..awak..saya harap awak dapat terima buruk baik saya..saya tak sempurna..saya manusia biasa..saya perlukan awak untuk bimbing saya..



buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku..
saya mengaku saya pernah buat silap dalam hidup..saya pernah suka lelaki lain..yang tak halal pun untuk saya..awak..saya minta maaf..tapi saya janji lepas ni tak ada dah lelaki lain masuk hati saya..saya tutup rapat2 khas untuk awak..teruk kan saya?ruang yang sepatutnya untuk awak seorang pernah ada orang lain masuk..tapi sekarang saya nak berubah..memang saya tak boleh jadi sempurna tapi saya nak berusaha untuk jadi orang yang lebih baik..sebab saya yakin awak lelaki yang baik..saya janji saya sucikan hati saya sebelum awak masuk..sebab saya tahu cuma awak yang berhak duduk dalam hati saya..sebab cuma awak yang nak hidup dengan saya sampai saya tutup mata..cuma awak yang terima saya bukan atas sebab nafsu atau untuk suka2..


buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku..
saya ada satu request..kalau kita dah berkeluarga nanti saya nak jadi full time housewife boleh tak?bukan saya malas kerja..bukan saya nak kikis awak..bukan..saya nak jaga awak dan keluarga kita..saya tak nak ada maid..buat apa saya nak serahkan tanggungjawab saya pada orang lain..saya nak asuh sendiri anak kita..saya tak nak hantar nursery...saya nak masak untuk awak..saya tak suka awak makan dekat kedai..boleh?



buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku..
saya nak jadi full time housewife tapi saya ada plan b tau..ramai housewife sekarang bekerja dari rumah..contohnye tulis novel, menjahit, baby sitter..etc..alhamdulillah..saya dah dapat capai plan b dalam hidup saya..memang lah jadi novelis tak boleh jadi jutawan, tapi saya tetap boleh kurangkan beban awak..semua ni saya buat untuk awak juga..


buat si dia yang ALLAH kurniakan buatku..
saya tak kenal awak tapi saya yakin awak ada..mungkin kita pernah jumpa mungkin juga tidak..walau siapa pun awak, macam mana pun rupa awak, saya nak cakap..saya sayangkan awak..saya tunggu awak..saya akan jaga diri saya baik2 untuk awak..awak pun jaga diri tau..jangan nakal2..saya memang tak boleh jadi wanita yang sempurna, tapi saya nak jadi wanita yang terbaik untuk awak..awak..tunggu saya tau..with love..