Tuesday, 12 April 2011

NOVEL: ROS BIRU UNTUK DIA (bab 1)




“LYANNA, Encik Fakhrul nak jumpa.” Lyanna mengurut-urut dadanya beberapa kali. Amirah ni memang. Bukan reti nak ketuk pintu dulu. Main terjah je. Buat orang terperanjat saja. Mujur aku tak ada lemah jantung. Buatnya aku terkejut terbaring dekat sini, siapa nak tanggung?

“Hai Cik Amirah, mujurlah aku ni tak ada sakit jantung tau! Kalau tak mahu bercerai nyawa aku dari badan,” sengaja Lyanna mengusik. Tapi betullah. Kalau aku pengsan siapa pula nak buat bantuan kecemasan mulut ke mulut. Mira? Tak nak lah aku. Geli!

Amirah adalah rakan sekerjanya paling rapat. Malahan mereka sebaya. Meskipun Amirah bekerja di bahagian Quantity Surveyor dan Lyanna bekerja sebagai arkitek, keserasian menjadikan mereka akrab. Sudah dua tahun mereka bekerja di firma milik Dato’ Ehsan yang kini diambil alih oleh anaknya, Fakhrul.

“Eh, jangan macam tu Lyanna. Kasihan Encik Fakhrul bos kita tu. Dalam ramai-ramai arkitek dekat firma ni, aku tengok dia selalu panggil kau. Ada apa-apa hal sikit-sikit Lyanna. Aku ni punyalah cute dia tak pandang. Zarul yang kerja bahagian Quantity Surveyor tu pun minat kau kan? Aku tahulah,” Amirah tersengih. Dia kelihatan begitu anggun dengan baju kurung moden berwarna ungu. Sesuai dengan kulitnya.

“Pandailah kau buat gossip. Patutlah Yanti panggil kau Ruminah Sidek. Kau ada iras dia lah dalam cerita Jangan Pandang Belakang tu,” Lyanna tergelak kuat. Padan muka. Asyik kenakan aku je.

“Sampai hati kau Lyanna. Aku ni macam Siti Nurhaliza tau. Pergilah jumpa Encik Fakhrul tu cepat. Nanti marah pula dia tunggu kau lama sangat nak datang bilik dia. Ops! Jangan risaulah Lyanna. Dia tak marah kau punya. Dia kan sayang kau,” Amirah mengenyitkan mata nakal pada Lyanna. Suka melihat wajah kawannya ini yang kemerahan apabila diusik. Comel!

“Kau ni Amirah. Nanti orang dengar salah faham pula. Kau jangan buat-buat lupa. Aku cuma sayang cik abang Adam aku tu je tau. Datanglah seribu Encik Fakhrul pun aku tak heran. Dah lah. Layan kau ni sampai esok pun aku tak jumpa Encik Fakhrul tu. Kenapalah dia suruh kau yang panggil aku ni ek? Lagipun Cik Amirah sayang, awak kena ingat. Encik Fakhrul tu dah ada buah hati tau. Si Saleena tu hari-hari datang masuk bilik Encik Fakhrul. Tu baru betul orang yang Encik Fakhrul minat. Bukan aku.”

“Saleena tu? Ish, meluat aku tengok dia. Gedik semacam. Nama je ada boyfriend kaya macam Encik Fakhrul tu, tapi kasihan. Baju dia tak cukup kain. Aku yang perempuan ni pun nak tersembul biji mata tengok. Aik, kata nak pergi jumpa Encik Fakhrul? Cepatlah. Kau kenyit-kenyit mata sikit. Manalah tahu dia jatuh hati. Boleh jadi wife bos.”

“Tak nak lah. Aku nak jadi wife Adam.” Lyanna pantas berlalu. Baik dia cepat-cepat jumpa Encik Fakhrul. Silap hari bulan mengamuk pula pak cik tu. Mati aku.
Lyanna masuk setelah mengetuk pintu dan kedengaran suara Encik Fakhrul menyuruhnya masuk.

“Duduk Lyanna. Kita ada projek baru. Bukanlah projek besar sangat. Cuma nak bantu kawan saya. Dia nak hadiahkan banglo untuk parents dia. Dia ada ceritakan pada saya serba sedikit dan elok kita berjumpa dia nanti sebab saya rasa dalam bidang reka bentuk ni awak lebih arif. Pukul 3 petang nanti awak ada hal tak?”

“Err… tak ada. Kenapa?” Oh, patut cakap baik-baik je dengan aku. Ada udang di sebalik batu. Nak suruh tolong kawan dia pula. Apa nak buat. Dia kan bos… Aku ni sebagai kuli ikut je lah... Firma dia.

“Kita pergi jumpa kawan saya tu. Bincang fasal banglo ni. Saya rasa awak tak sibuk sangat kan? Projek reka bentuk Menara Samudera yang awak ketuai tu dah hampir siap kan? Yang awak macam terkejut ni kenapa? Ingat saya nak ajak dating ke? Kalau awak nak dating boleh juga. Kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan.”

“Eh, tak adalah. Encik Fakhrul jangan salah faham pula. Fasal tadi tu biar saya mula fikirkan…”

“Hah? Biar betul awak nak fikir? Fikirlah Lyanna. Bila awak dah bersedia nak dating dengan saya, beritahu je. Saya sedia menunggu…” Fakhrul mengenyit mata nakal pada Lyanna.

“Err… bukan fikir fasal tu. I mean fikir fasal reka bentuk banglo tu. Nanti masa jumpa kawan Encik Fakhrul senang sikit. Boleh saya bagi idea yang bernas kalau fikir dari sekarang. Kalau bagi idea masa jumpa nanti, I don’t think I can make my idea nicely. Maybe I also don’t like my own idea later. I just don’t want it to happen. Moreover, even he is your friend, he is still our customer and we must serve the best to him, right?” Lyanna sekadar tersenyum nipis pada Encik Fakhrul. Gatal juga dia ni. Dating dengan kau? Sorry sikit! Baik aku dating dengan Adam. I miss you very much Adam…

“Err… betul cakap awak tu Lyanna. That’s why I prefer to choose you for this project because I know you will give to him the best, and it is for me too. Tak rugi papa saya terima awak kerja dengan firma ni. Saya pun bukan reti sangat fasal architecture ni. Nasib sayalah… angan-angan nak buka bisnes sendiri tapi kena ambil alih firma ni. But I’m not regret learning the Business Management. It’s a wonderful course and I don’t feel that learning it was a waste. Sometimes I still boleh apply untuk uruskan firma ni.”

Lyanna sekadar mengangguk. Faham benar dia. Sepatutnya firma ini diserahkan pada anak sulung Dato’ Ehsan, Sharmila. Malangya wanita itu terlebih dahulu menghadap Ilahi setelah disahkan menghidap kanser. Kasihan. Dato’ Ehsan terlalu sayangkan firma ini kerana ini adalah hasil usaha titik peluhnya. Atas rasa tanggungjawab Fakhrul telah mengambil alih firma ini. Berkorban untuk menyambung pengajian dalam bidang seni bina, bukan pengurusan perniagaan yang diminati. Meskipun dia memiliki diploma dalam pengurusan perniagaan, dia terpaksa menguburkan cita-citanya untuk membuka empayar perniagaaan sendiri. Firma ini ‘nyawa’ buat papanya.

“Encik Fakhrul, ada apa-apa lagi yang Encik Fakhrul hendak beritahu?” Gila agaknya dia ni. Pandang aku macam tu. Seingatnya hari ini tiada pula buah hati Encik Fakhrul si Saleena itu datang menempel di firma ini. Bergaduhkah? Ni lah lelaki kaya. Dasar mata keranjang! Adam juga yang baik, setia. Kalaulah Adam tahu silap hari bulan tunangnya itu suruh dia berhenti kerja saja. Adam lagi? Angau betul aku ni.

“Hm… tak ada apa-apa. Awak boleh keluar sekarang. Jangan lupa ‘dating’ kita pukul 3 nanti ya? Ini brief untuk projek banglo tu,” Fakhrul memerhatikan gadis itu berlalu. Hai, kenapa jantung aku ni macam nak terkeluar bila tengok dia? Gelabah semacam! Dua kali dia salah tafsir maksud Lyanna. Dua kali! Betul kata papanya. Lyanna memang menawan. Padanlah mama sampai cemburu kerana papa selalu menyebut fasal Lyanna.

Tapi Fakhrul tahu kasih papa untuk mamanya begitu menggunung. Papa Cuma cakap dia berkenan untuk menjadikan Lyanna menantu, bukan isteri. Aik? Menantu? Takkan dengan adik aku si Syakir tu? Budak tu belajar tak habis lagi. Dengan aku kot! Ah, aku takkan tolak. Si Saleena ni akhir-akhir ni selalu benar merajuk. Geram pula Fakhrul. Lyanna… Ah, dia wanita sempurna. Baik, pandai mengambil hati, bijak, cantik pula. Sah layak dijadikan isteri! Saleena? Huh! Masak pun tak pandai! Manjanya terlebih-lebih. Tapi dia memang cantik. Fakhrul mula memasang angan-angan. Lenyap terus wajah Saleena dari mindanya. Begitu mudahkah dia jatuh cinta pada Lyanna? Ah, Lyanna…


“KENALKAN Lyanna, ni kawan saya Ashraff. Ashraff ni arkitek yang aku cakap hari tu. Lyanna.”

Ashraff menghulurkan tangan tanda perkenalan pada Lyanna. Lyanna sekadar menyambut. Namun agak lama tangan Lyanna berada dalam genggaman Ashraff.

“Err… Encik Ashraff. Tangan saya,” serba salah Lyanna jadinya.

“Ashraff, aku rasa baik kita mulakan perbincangan sekarang. Lagi cepat lagi bagus,” entah kenapa hati Fakhrul tidak senang melihat tindakan Ashraff tadi. Malah sebagai lelaki dia cukup faham maksud pandangan Ashraff terhadap Lyanna. Semudah itukah Ashraff jatuh hati. Kenapa aku mesti ada rasa tidak senang? Cemburukah? Tak mungkin. Cinta sudah berputik? Tidak! Fakhrul berperang dalam hati. Yang pasti Fakhrul langsung tak dapat menumpukan perhatian pada perbincangan petang itu. Hatinya gundah. Damn!

No comments:

Post a Comment