HANYALAH KAU SAYANGKU
Eriq melangkah dengan tenang menuju ke Dewan Kuliah Lima. Dia mengerling seketika pada jam tangan GA Blue berwarna biru di tangan kirinya. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kuliah sepatutunya bermula pada jam 9.00 pagi. Eriq terlambat bangun pagi tadi. Keletihan berlumba motorsikal malam minggu lalu masih terasa.
‘Ah, relaks lah! Nasib baik aku nak datang,’ Eriq berbisik dalam hati dan terus memasuki Dewan Kuliah Lima.
“Eriq, kuliah saya bermula pukul 9.00 ke 9.30? Ini bukan kali pertama awak lambat datang kuliah. Saya juga selalu dengar rungutan pensyarah lain fasal awak. Apa nak jadi awak ni hah?”
Berpuluh pasang mata memandang Eriq yang terpacak sebelah Cik Aznida. Eriq buat muka selamba. Siap goyang kaki lagi. Alah bisa tegal biasa… Tapi bagi Eriq dengan pensyarah lain okey lagi. Tapi kalau dengan Cik Murai Dicabut Ekor ni, leceh betul! Membebel macam mak nenek! Padanlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Siapa nak kahwin dengan orang macam ni? Bagi free pun tak mahu!
Sementara Cik Aznida membebel, mata Eriq meliar. Kelakar betul! Macam-macam muka ada. Muka yang macam simpati, muka marah, muka mengantuk pun ada dan ada yang… oppss! Mata sepet Eriq terhenti pada satu wajah bertudung merah jambu. Hmm… macam tak pernah tengok pun tapi alahai, comelnya! Lama Eriq merenung gadis berkaca mata itu. Gadis itu yang sedar mata Eriq menikam wajahnya mula tak senang duduk. Sekejap pusing kanan, sekejap pusing kiri, sekejap tunduk.
`Hahaha… dia dah malu!’ Eriq ketawa riang dalam hati. Seronok dia melihat gadis itu yang pipinya mula bertukar merah jambu seperti disapu blusher. Mata Eriq terus meliar. Cantik! Sebelah dia kosong. Eriq tersenyum riang. Aktiviti mengayatnya akan bermula sebentar lagi.
“Hei Eriq, saya tengah bebel awak ni! Awak boleh berangan siap tersenyum-senyum lagi. Awak dengar tak apa yang saya cakap?” Seluruh dewan kuliah bergema dengan tawa para pelajar.
Cit, merecik air liur! Eriq mengelap mukanya yang tercemar dengan air liur Cik Aznida.
“Dengar!” Alah, tipu je lah! Siapa larat tahan dengar dia punya bebel tu. Geram betul dia wajah kacaknya dicemari air liur tadi. Kacak? Perasanlah pula.
“Hah, kalau dengar ulang balik!”keras suara Cik Aznida.
Ulang? Gulp! Eriq telan air liur yang terasa pahit. Sebenarnya sepatah haram pun dia tak dengar bebelan Cik Aznida. Wajah comel gadis bertudung merah jambu itu lebih menarik perhatiannya tadi.
“Aaa… erm… tadi Cik Aznida cakap…” apa aku nak hentam ni? Mampus aku!
“Cakap apa? Aaa… erm… uhh… semua bunyi awak keluar. Penat saya bebel kat awak, awak tak dengar langsung!”
‘Dah tahu penat janganlah membebel! Suara sikit punya nyaring kalahkan siren. Tembus telinga aku…’ Eriq merungut dalam hati.
“Eriq, kalau awak dah tak berminat nak belajar dekat sini, isi borang keluar kolej. Pihak kolej senang hati, awak pun boleh buat apa yang awak suka dan mata saya dah tak sakit tengok muka awak!” amboi, mulut sikit punya mahal insurans…
“Sudah, pergi masuk. Awak ni Eriq cuma membazir duit mak bapak awak! Awak juga dah membazir masa saya dan pelajar lain,” Cik Aznida menyambung lagi.
Eriq melangkah dengan gaya macho menuju ke tempat sasaran, sebelah gadis ber-tudung merah jambu tadi. Dikerlingnya jam tangan seketika. Mak oi! Dah 10.30? Dekat sejam aku berdiri kat situ tapi tak rasa penat pun kerana wajah comel itu. Boleh tahan. Dekat sejam jugalah Cik Murai tu membebel. Patutlah boleh jadi pensyarah…
Eriq berdehem-dehem beberapa kali. “Hai, awak sihat?” Eriq tersenyum macam kerang busuk yang tak laku kat tepi jalan!
‘Serabut betullah lelaki ni. Dah lah datang lambat, menggatal, merokok pula tu! Lelaki memang tak guna. Kenapalah budak Syiera ni demam pulak hari ni. Kalau tak mesti mamat ni tak duduk sebelah ni. Cipan betul. Mata tu dah lah gatal. Dari tadi tak habis-habis pandang orang. Baru keluar dari hutan ke apa? Sepak karang…’ Gadis itu menutup hidung. Terbau rokok dari lelaki di sebelahnya kini.
“Eriq, awak buat apa lagi tu? Tak habis-habis merenung Izzah. Awak jangan mimpi. Izzah takkan suka budak bermasalah macam awak!”
Wow, pedas betul mulut Cik Murai ni. Tapi, terima kasihlah Cik Murai. Dapat info baru. Nama dia Izzah? Sesuai dengan muka comel dia.
Kuliah kembali berjalan seperti biasa. Izzah kembali tekun menyalin nota-nota penting. Eriq turut tekun. Tekun meneliti setiap inci wajah gadis di sebelahnya. Cinta berputik? Alahai…
* * * * *
“Hoi, Eriq! Pandai kau ya? Baru semalam aku tak datang kau dah kacau kawan aku,” Eriq terkejut. Minah mana pula sergah-sergah aku ni. Ketuk dengan stick hoki ni lebam karang. Dah lah tak bagi salam!
“Hah, Syiera. Kawan kau? Siapa?” Eriq melambung-lambung bola hoki di dalam geng-gamannya.
“Alah, buat-buat tak tahu pula. Aku tahu lah! Ramai yang cakap kat aku semalam. Bukan main lagi kau ya.”
Kacau kawan dia? Siapa ya? Aku ada kacau seorang saja semalam, tapi…
“Eh, kawan kau tu nama Izzah ke?” pantas Eriq bertanya. Peluang ni.
“Definitely!”
“Eh, betul ke? Macam tak per-cayalah! Aku rasa perempuan yang aku kacau semalam perempuan ayu. Bukan ganas macam gorilla macam kau ni! Mana boleh kawan dengan kau.”
“Amboi, sedapnya cakap aku macam gorilla! Ayu? Cuba kau tengok sana tu.”
Mata sepet Eriq bergerak mengikut arah yang ditunjukkan oleh jari Syiera. Kelihatan seorang gadis berbaju merah jambu dan bertudung hitam bermain hoki dengan lincah. Sesekali mengarahkan pemain-pemain lain itu dan ini. Hmm. Memang gadis semalam. .
“Mata coklat dia cantik sangat. Kenapa nak tutup dengan spectacles dia pula? Hm, Syiera… aku nak minta tolong boleh?” mata Eriq bersinar-sinar. Senyumnya meleret sampai ke telinga.
“Amboi, kutuk aku macam gorilla! Sekali nak mintak tolong bukan main baik lagi kau ya.”
“Tolonglah aku. Aku nak nombor phone dia boleh? Kasihanlah kat aku. Aku ni sedang ingin bercinta tau!”
“Kemaruk betul kau ni. Ada pen?”
“Alah, kau save jelah nombor dia dalam phone aku ni ha,” Eriq menghulurkan Nokia 5700 XpressMusic miliknya.
Syiera menaip nombor telefon bimbit Izzah yang memang sedia dihafalnya.
“Terima kasih Syiera. Sayang kau!”
“Tapi nanti dua minggu kau tak jumpa dia ya? Esok petang kan semua balik. Cuti pertengahan semester. Kasihan kau,” sengaja Syiera mahu menggiat Eriq. Suka dia melihat muka orang gila angau macam Eriq.
“Tak apa. Dua minggu ni aku nak race motor puas-puas. Mesti rasa sekejap je tak jumpa dia. Tak pun aku call dia ke, SMS dia ke. Aku kan dah ada nombor phone dia…”
“Hei, aku rasa kalau kau nak pikat dia, kau kena berubahlah. Aku confirm dia tak suka tabiat kau yang lumba motor ni ha. Lagi satu semalam, dia bagitahu aku dia menyampah duduk sebelah kau. Menyampah dengan perangai kau dan bau rokok kau tu! Tapi aku peliklah. Kau merokok tapi bibir kau merah je…”
“See the leg lah. Alah, aku bukan merokok banyak sangat lah. Sehari sebatang pun okey. Aku merokok pun sebab nak hilangkan tension. Aku race pun sebab nak suka-suka je.”
“You need to know something about her. Dia elergi bau rokoklah. Dia mengadu kat aku semalam dia rasa nak muntah duduk sebelah kau sebab bau rokok kau tu ha! Kalau kau tak berhenti merokok, aku confirm kau tak akan jadi boyfriend dia punya. Macam mana nak hidup dengan kau kalau tiap kali kau datang dekat dia, dia nak muntah.”
“Alah, janganlah macam tu. Aku sayang kat dia. Sayang sangat-sangat. Aku tak pernah tertarik pada mana-mana perempuan yang bertudung tau!” susah juga ni. Berhenti me-rokok? Boleh ke dia berhenti? Alah, yakin boleh! Demimu Izzah…
“Dah, sudah! Tak sanggup aku nak dengar madah pujangga perosak macam kau ni hah. Jatuh cinta pandang pertama ya?” sengaja Syiera mengusik.
“Aku sayang kat dia. Sangat-sangat!” Eriq mengangguk-angguk macam burung belatuk.
‘Tapi dia tu pelik sikit. Aku pun tak faham dengan dia. Malam ni aku nak jumpa kau kat kafe. Pukul 9.00.”
“Buat apa?”
“Hai, kata nak dekat Izzah. Aku nak tolonglah ni. Nak info tak? Tapi kau kenalah belanja aku. Alang-alang pergi kafe kan .”
“Yelah!”
Malamnya, seperti yang dijanjikan kelihatan Eriq berlari-lari anak mendapatkan Syiera di kafe.
“Kau ni memang spesies lambat ya? Kalau kau kahwin mesti lambat dapat anak. Aku ingat nak balik dah tadi!” geram betul Syiera. Hampir setengah jam dia menunggu.
“Alah, sorrylah. Mana pertolongan kau tu?”
“Ni ha,” Syiera menghulurkan sekeping kertas yang berlipat. Terkocoh-kocoh Eriq membukanya. Syiera ketawa melihat gelagat Eriq.
“Lah, apa ke benda ni?” Eriq me-nyangkakan dalam kertas tu ada biodata Izzah. Ini tidak. Gambar lelaki, lukisan pula tu. Tapi cantik juga lukisan ni.
“Kau ni. Biar aku jelaskan dulu. Orang selalu cakap orang yang minat melukis ni akan lukis benda yang dia suka. Izzah suka melukis kartun manga dan kalau dia lukis gambar lelaki, selalunya dia lukis macam ni. Aku rasa dia suka lelaki yang macam ni lah. Hei, kau jangan main-main tau. Aku curi gambar ni dari simpanan dia,” budak Eriq ni sengaja membakar hati Syiera. Sedap betul si Eriq mentertawakan dirinya.
“Kau ni membebel macam cik Aznida lah. Habis tu, kau nak aku jadikan muka aku macam kartun ni?” Eriq menunjukkan jari telunjuknya tepat pada mukanya.
“Hoi, apalah kau ni. Tu kan kartun. Aku rasa kau ada kelebihan kat mata dia.”
“Banyak kau punya kelebihan. Dia pandang aku pun tak nak…” Eriq buat-buat sedih. Syiera tak tahan lagi. Tawanya meletus. Kelakar betul!
“Bukan. Aku rasa dia suka lelaki mata sepet macam kau ni ha. Tapi apa kata kau ubah potongan rambut kau macam dalam gambar ni. Rambut kau tu serabailah!”
“Ha, aku tak minat lah fesyen rambut tegak-tegak ni! Macam ni okey apa.”
“Hei, tak minat pula? Habis tu kau minat Izzah tak?”
“Minat sangat-sangat!”
“Ikut cakap aku dan tunaikan janji kau petang tadi. Belanja aku. Aku lapar ni!” Syiera menyengih. Alahai, bila seorang mafia jatuh cinta…
* * * * *
Semua pelajar bersemangat. Almaklumlah, sekejap lagi pukul 12.00 tengahari. Waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Selepas pukul 12.00 mereka dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing. Kebanyakan pensyarah cukup tidak gemar hari seperti ini. Kalau mengajar pun tak ada guna. Cuma jasad pelajar sahaja ada di kolej, hati sudah jauh terbang melayang ke rumah masing-masing.
Eriq merenung gadis dihadapannya yang berkemas-kemas untuk pulang. Kuliah bersama Cik Aznida baru sahaja berakhir. Pelik muka Cik Aznida sebaik sahaja dia masuk wajah Eriq sudah ada dalam dewan kuliah. Eriq perasan beberapa kali juga Cik Aznida melihat jam tangannya dan jam di dalam dewan kuliah.
“Eh, tunggu. Jangan balik lagi. Saya ada hal nak cakap dengan awak ni,” cepat-cepat Eriq menghalang Izzah yang sudah bersiap nak balik.
‘Apa hal mamat ni. Aku nak balik ni banyak pula cekadaknya!’ Eriq kini berdiri di hadapannya. Syiera di sebelah cuma menyengih dan terus menjauhkan dirinya dari Eriq dan Izzah. Tak mahu kacau daun.
“Eh, Syiera. Tunggulah aku,” namun Syiera terus berlalu dan mengenyitkan mata nakal kepada Izzah. Izzah perasan sejak akhir-akhir ni Syiera selalu bercerita tentang Eriq dan kadang kala memuji Eriq. Takkan Syiera jatuh hati pada orang yang tak berapa sihat mentalnya ni. Buang tabiat?
“Sayang, sayang balik nanti jaga diri elok-elok tau. Jangan cari lelaki lain. Abang jealous. Ada apa-apa yang sayang nak cakap kat abang?”
Izzah merenung sekeliling. Ada beberapa pelajar yang masih berada dalam dewan kuliah memandang dia dan Eriq dengan senyum yang penuh makna. Ada juga yang bersorak mendengar kata-kata Eriq tadi. Nak kena Cipan ni! Buat malu aku je!
“ Ada ! Ni abang sayang awak!” Izzah memijak kaki lelaki di hadapannya sekuat hati. Padan muka!
“Aduh, kenapa ni sayang?” Eriq ter-hencut-hencut. Boleh tahan perempuan ni. Patutlah jadi kapten hoki.
“Saya benci awak! Jangan panggil saya sayang!” air mutiara hangat ditahan dari me-ngalir. Tergesa-gesa Izzah keluar dari dewan kuliah sebelum empangan matanya pecah.
Eriq berjalan terhencut-hencut keluar dari dewan kuliah. Kenapa dengan Izzah? Jangan panggil saya sayang? Dia ada pengalaman pahit fasal orang yang panggil dia sayangkah? Tapi Syiera beritahu Izzah tidak berpunya. Single and available!
Sampai di bilik, Izzah menangis. Nasib baik Syiera sudah pulang. Dia tidak mahu Syiera melihat air matanya. Kenapa aku masih mengingati lelaki itu? Kenapa?
- Syg, abg x prnh sygkan mana2 ppuan mcm rasa syg abg pada syg..abg yakin dengan perasaan abg pada syg..
Izzah tersenyum membaca mesej itu. Berbunga-bunga hatinya apabila menerima mesej dari sahabat baik yang memanggilnya sayang dan Izzah memanggilnya abang. Permintaan lelaki itu sendiri. Kononnya supaya lebih mesra.
Sudah banyak kali lelaki itu menyatakan sayang padanya. Izzah yakin lelaki itu berkata benar kerana lelaki itu tidak pernah membohonginya. Demi tidak mahu merosakkan persahabatan mereka, Izzah cuba menyemai benih cinta buat lelaki bernama Zuqman itu dalam hatinya.
- Ye ke?
- Tengok tu..orang cakap dia x mau percaya..syg buatlah macam ni kat abg..syg x syg kat abg ek..?
Izzah tersenyum lagi. Kalaulah lelaki itu melamarnya secara serius, dia pasti akan terima. Lelaki ini adalah yang terbaik buatnya. Sentiasa sabar melayani kerenahnya yang manja dan kuat merajuk. Izzah merasakan bahgia itu miliknya kini.
- Kalau abg serius, sy nak abg cakap dalam telefon, bukan sms. Boleh?
- Abg malulah syg..abg x biasa..abg x pandai bercinta..pertama kali abg rasa macam ni..sms je x boleh ek..?
- Abg jgn lambat2 tau.sy nak tahu sejauh mana keyakinan abg.
- Amboi macam interview pulak... ada competition x?
- Mestilah.pesaing abg hebat tau.dia boleh ckp face 2 face dengan sy yang dia sygkan sy.abg nak ke jawatan jd bf sy ni?
- Nak..mestilah nak..
- So,abg cakaplah.
- Abg malulah syg..
- Abg, kalau abg lambat2 sy pilih budak 2 tau!
- Jgnlah macam tu syg..bg lah abg masa..abg mmg sygkan syg sangat2..tp syg bagilah abg masa..
- Jgn risau ok.sy boleh bagi abg masa.sy pun harap abg yg dapat jawatan ni.boleh?
- Terima kasih syg..minggu depan abg cakap ye..1 minggu cukup kot nak practice..hehe..i luv u syg..syg sangat2 kat syg yg tersyg ni..
Seminggu berlalu. Izzah kembali menghantar SMS kepada Zuqman dengan penuh harapan.
- Kata nak cakap.abg I’m waiting 4 it.
Nada dering lagu Pencinta Wanita nyanyian Irwansyah bergema dari telefon bimbit Izzah. Izzah sudah tahu siapa pemanggilnya. Pasti Zuqman. Ya Allah, adakah hari ini penantianku buat lelaki yang terbaik dalam hidupku berakhir? Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana mengurniakan lelaki ini buatku.
“Hello.. Kita kawan sajalah ya. Susahlah couple ni. Saya tak nak kecewakan awak,” sungguh! Bukan itu yang Izzah harapkan. Mengapa lelaki ini memberikan dia harapan dan sekelip mata menghancurkannya.
“Ok..” lemah. Namun hakikatnya Izzah tidak dapat menerima kenyataan Zuqman. Susah payah dia memujuk hati perempuannya untuk mencintai Zuqman kerana tidak mahu mengecewakan Zuqman. Rasa cintanya kini hanya untuk Zuqman seorang. Benarlah kata orang, rasa cinta boleh dipupuk, hati boleh dipujuk. Bodohnya! Lain yang diharapkan, lain yang jadi.
“Okey, kita kawan ya.”
“Sampai hati awak,” Izzah tak mahu berpura-pura lagi. Hanya di dalam mesej mereka menggunakan abang dan sayang. Zuqman juga yang meminta untuk memanggil Izzah sayang dahulu.
“Alah, kita kawan sahajalah! Kawan lagi best dari bercouple. Kenapa? Awak dah ada perasaan lain pada saya?”
Izzah mengangguk dengan juraian air mata yang tidak putus-putus di pipinya. Namun dia sedar Zuqman tidak dapat melihat anggukannya di hujung talian sana .
“Ya, saya dah sayangkan awak lebih dari seorang kawan. Tapi awak juga yang nak saya sayangkan awak,” Ya Allah, kuatkanlah hatiku menghadapi semua ini.
“Memang. Tapi saya nak awak sayangkan saya sebagai bestfriend, bukan boyfriend!”
Dum! Izzah merasakan seperti langit runtuh menghempapnya. Air mata ditahan dari mengalir lagi. Apakah maksudnya semua ini? Lelaki yang dipercayainya memainkan pe-rasaannya sesuka hati. Ya Allah, sabarkanlah aku.
“Okeylah awak. Kita SMS pula ya. Nanti lama-lama cakap dengan awak habis pula kredit saya,” sabarlah kau wahai hati. Izzah memujuk hati sendiri.
“Okey, tapi mesej guna saya dan awak sahaja. Saya tak mahu guna panggilan abang dan sayang dah. Boleh?”
“Memang itu pun yang saya nak!” hati Izzah hancur. Sampai hati lelaki ini melakukannya sampai begini. Izzah berhati-hati untuk meminta Zuqman menggunakan panggilan saya dan awak kerana panggilan abang dan sayang adalah permintaan lelaki ini dahulu.
Tergamak lelaki ini mempermainkan hati perempuannya. Sialan! Tiada mesej yang dihantar oleh Zuqman. Ini bukan kali pertama Zuqman tidak menunaikan janji. Sudah banyak kali! Ah, biarlah! Aku pun malas nak mesej dengan dia. Malam itu, Izzah tidur bertemankan air mata yang setia.
Awal-awal pagi lagi ada mesej sampai untuk Izzah. Bingkas Izzah bangun menyangkakan mesej dari Zuqman. Ah, butanya cinta. Masih berharap pada yang tidak sudi dan yang telah menghancurlumatkan sekeping hati. Sangkaan Izzah meleset. Mesej dari Amru, kawan baik Zuqman. Lelaki inilah yang memperkenalkan Zuqman dengan Izzah suatu masa dahulu. Tetapi Izzah tahu lelaki ini tidak wajar dipersalahkan.
- Eiyh, nak tahu? Zuqman ada awek nama Ayu Nadzirah! Fuyoo!
Hati Izzah seperti kaca terhempas ke batu. Apakah maksudnya Zuqman bertanya tentang perasaannya semalam? Hendak memalukannya? Supaya dia boleh bercerita pada kawan-kawannya dan mentertawakan aku yang bodoh ini beramai-ramai? Bodohnya aku kerana bersikap jujur!
“Izzah, nak ke mana tu?” rakan sebilik Izzah, Syiera bertanya. Syiera sibuk bermain SMS. Sudah tentu dengan buah hatinya, Zameer. Semua orang ada teman lelaki untuk menyayangi dan disayangi. Aku ni memang tak layak menerima kasih sayang dari lelakikah?
“Aku sakit perutlah. Nak pergi tandas. Nak ikut?” ah, penipunya aku! Siap boleh buat lawak bodoh pula! Hebat betul lakonan aku. Maaf Syiera. Aku tipu kau. Aku malu nak berkongsi cerita hidupku ini dengan sesiapa. Aku malu dengan kebodohan aku. Bodoh mengharap pada yang tak sudi! Hanya diarinya menjadi teman setianya untuk mencurahkan segala isi hati.
Di tandas, Izzah menangis sepuas-puasnya. Dia sedar cinta itu tidak layak untuk dia miliki.
- Tahniah.awk dah ada kekasih kan ? Name dia Ayu Nadzirah.pandai awk pilih.. Yg baik, bertimbang rasa,sopan, ayu, lemah lembut,x garang,x boros.. Sy tak berminat nk rapat sangat dgn kekasih org ni. Takut jadi salah faham pula.oklah, ni last mesej dari sy. Lpas ni sy kn pergi jauh-jauh dari hidup awk. Sy x akn ganggu awk lagi. Sy doakan awk bahagia, x kisah dgn siapa pun. Yg sy tahu x mungkin dgn sy.bye.. J
Izzah menekan punat berwarna hijau. Mesej dihantar buat lelaki bernama Zuqman. Mesej terakhir dan Izzah bertekad untuk menukar nombor telefonnya selepas ini. Tiada sebarang balasan dari Zuqman. Izzah dah agak. Ah, sudah tentu dia sibuk dengan kekasihnya, Ayu Nadzirah! Izzah mengenali gadis itu. Kejamnya lelaki ini! Izzah merasakan maruahnya seperti dipijak-pijak oleh Zuqman.
Air mata Izah merembes laju. Sakit dan malunya rasa apabila cinta bertepuk sebelah tangan. Namun, semua itu salahnya sendiri. Menyesal dia memujuk hatinya mencintai Zuqman sampai ke tahap ini semata-mata tidak mahu menerima lelaki itu atas dasar kasihan. Akhirnya dia juga yang merana. Cukuplah! Dia sudah puas menangis kerana Zuqman sejak dia mengenali lelaki itu dalam jangkamasa tidak sampai setahun. Kalau dikumpul agaknya sudah lebih tujuh tempayan. Dah boleh buat hantaran untuk Puteri Gunung Ledang agaknya. Biarlah tangisan ini yang terakhir untuk lelaki itu.
Dalam diri Izzah, wujud dendam untuk kaum Adam. Pada Izzah, lelaki tidak boleh dipercayai! Hanya tahu berseronok dengan mempermainkan hati perempuan. Hanya pandai menabur janji dan mempermainkan perempuan. Terima kasih Zuqman kerana menyedarkan aku tentang semua ini. Mudah-mudahan apa yang aku rasa kini akan kau rasa juga satu hari nanti!
* * * * *
Eriq berbaring di dalam biliknya merenung kipas yang ligat berputar. Seligat otaknya yang berfikir bagaimana mahu mendekati Izzah. Hatinya meronta-ronta untuk menghubungi Izzah tetapi gadis itu selalu melayannya acuh tak acuh sahaja. Dibukanya galeri dalam telefon bimbit. Ada berpuluh-puluh gambar Izzah yang diambilnya secara curi-curi. Ada di dalam dewan kuliah, kelas tutorial, perpustakaan, padang hoki, kafe dan ada juga di surau. Haha. Syukri memeluk erat telefon bimbitnya. Tidak pernah dia menyayangi mana-mana gadis sedalam cintanya buat Izzah.
Izzah lain dari yang lain. Bertudung, sopan, amat menjaga pergaulan, nampak ayu tetapi ganas juga rupanya. Direnungnya kaki kanannya yang dipijak kaki comel gadis itu dua minggu lepas. Mama dan papa pelik melihat dia pulang dalam keadaan terhencut-hencut sewaktu mama dan papa menjemputnya untuk pulang tempoh hari. Alasannya jatuh di bilik air, tapi yang sebenarnya dipijak oleh seorang gadis comel.
Setelah dua minggu bercuti, Eriq pulang semula ke kolej. Gembiranya bukan kepalang. Hairan mama dan papa melihatnya. Penampilannya juga sudah diubah. Rambutnya dipotong rapi, mengikut lukisan Izzah. Pelik tukang gunting tempoh hari apabila dia menunjukkan gambar lukisan Izzah dan meminta rambutnya dipotong mengikut lukisan itu, ala-ala watak Jefry dalam cerita Sembilu Kasih. Gilanya cinta! Baju Eriq juga digosok kemas. Tidak lagi selekeh macam dulu. Wajahnya ceria.
“Anak mama ni sihat kah?” pelik Puan Zaharah melihat Eriq. Kalau dahulu bukan main lagi liatnya disuruh bangun pagi. Kalau nak balik semula kolej pun tunjuk muka malas. Perangai macam budak-budak! Tapi pagi ini bukan main bersemangat lagi nak balik semula kolej. Suaminya juga ada memberitahu ternampak Eriq solat subuh pagi tadi.
“Sihatlah mama, papa. Sebab tu Eriq jadi macam ni,” Eriq menyengih. Nampaknya dah ada orang perasan dia mengubah penampilannya. Harap-harap Izzah pun sedar.
“Risau mama tengok. Dari tadi tersenyum-senyum,” seingat Puan Zaharah, sepanjang dua minggu di rumah Eriq langsung tidak keluar malam untuk pergi berlumba motorsikal. Kalau dahulu setiap malam keluar. Bukan Puan Zaharah dan Encik Latif tidak tahu tabiat buruk anaknya itu. Namun, sudah puas dinasihati. Sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Eriq hanya duduk dirumah dan membelek-belek telefon bimbitnya sambil tersenyum-senyum.
“Eriq dah ada kekasih kah?” selamba Encik Latif bertanya.
“Eriq ada minat someone papa. Sebab tu Eriq berubah sampai macam ni. Tapi dia macam tak suka Eriq lah.”
“Kamu berubah sampai macam ni sekali kerana perempuan tu? You love her that much? Mesti dia perempuan yang baik. Kenalkanlah papa pada menantu tunggal papa tu,” sengaja Encik Latif mengusik.
“Tapi bila dah confirm lah papa, mama. Dia macam tak suka Eriq je…”
“Alah. Perempuan ni keras-keras kerak nasi. Lama-lama lembutlah. Mama tak kisah siapa pilihan kamu. Kalau kamu dah suka, mama pun suka.”
Eriq terfikir sebentar. Entahlah… Masalahnya Izzah ni bukan setakat keras-keras kerak nasi biasa. Dia ni keras-keras kerak nasi hangit beras dari negara mana entah! Keras bukan main. Tapi tak apa. Demimu Izzah…
* * * * *
Lusa akan diadakan perlawanan hoki antara kolej. Perlawanan itu diadakan di kolej mereka. Pasukan hoki kolej semakin bersungguh-sungguh berlatih. Atas sebab jurulatih hoki kolej mereka. Encik Mustafa mempercayai bakat yang dimiliki oleh Eriq, Eriq telah dilantik menjadi kapten hoki bagi pasukan lelaki. Barulah sesuai kapten hoki lelaki dan kapten hoki perempuan.
“Baiklah, malam ini saya akan adakan sedikit jamuan barbeku untuk awak semua. Tapi kamu semua mesti berjanji untuk berlawan dengan bersungguh-sungguh. Kalau kalah, malu kita,” bersungguh-sungguh Encik Mustafa menyampaikan nasihatnya. Semua pemain hoki bertepuk tangan suka.
Eriq merenung Izzah yang duduk agak jauh setentang dengannya. Gadis comel itu langsung tidak memandangnya. Dikeluarkan telefon bimbitnya. Kelihatan Izzah sedang mengelap peluh di dahinya dengan sehelai tuala kecil berwana merah jambu. Alahai, comelnya! Snap! Dapat lagi gambar Izzah. Eriq tersenyum.
Jamuan barbeku pada malam itu walaupun ringkas tetapi meriah. Semua pemain hoki macam pelahap. Semua makanan disapu bersih!
Eriq merenung Izzah yang memakai kemeja berwarna merah jambu dan seluar slack berwarna hitam. Tudungnya pun merah jambu. Daripada Syiera dia mendapat tahu yang Izzah memang fanatik gila dengan warna merah jambu. Demimu Izzah, aku sanggup pakai baju merah jambu juga! Eriq merenung kemeja lengan pendek merah jambu yang baru dibelinya semasa cuti lalu. Dia tertawa sendiri.
Izzah sedang bersama-sama beberapa pemain hoki perempuan yang lain. Sesekali ada tawa mesra dan senyum manis terukir di bibir seksi gadis itu. Alangkah baiknya kalau bibir yang cantik itu memberikan senyuman untuknya. Bukan cebikan dan muncung sedepa macam selalu. Tapi Eriq suka melihat bibir gadis itu muncung sedepa. Comel sangat! Macam budak kecil yang merajuk dan minta dipujuk. Bilakah hatimu akan terbuka untukku Izzah?
“Hei, Eriq!” selamba Syiera menyergah Eriq. Kemaruk dekat Izzah betul lelaki ini.
“Takut aku tengok kau renung kawan aku sampai macam tu sekali! Tak mahulah aku adjustkan dia untuk kau!”
“Janganlah macam tu! Aku sayang kat dia sangat-sangat. Aku bukan setakat nak bercinta. Aku nak kahwin dengan dia!”
Terkejut Syiera mendengar pengakuan berani Eriq. Terlopng mulutnya. Kalau lalat lalu mesti masuk!
“Tapi Eriq, aku dapat tahu something fasal dia. Benda ni bagi masalah sikit untuk kau pikat dia. Susah sikitlah,” Syiera mula hendak buka cerita.
“Kenapa, dia dah ada kekasih ke? Tapi kau juga cakap kat aku yang Izzah tu single and available! Atau ada lelaki lain minat dia?”
“Dia memang ada ramai peminat pun tapi semua dia tak layan. Bertuahlah engkau kalau dapat pikat dia. Tapi susah sikitlah.”
“Tak habis-habis dari tadi susah sikit. Cuba kau cakap apa yang susahnya?”
“Sebenarnya aku rasa berdosa buat macam ni pada dia. Tapi aku terpaksa untuk kau yang kemaruk ni hah!”
“Kenapa aku dipersalahkan pula?”
“Aku terbaca diari dia. Actually bukan terbaca, tapi aku memang sengaja baca. Aku cuma nak tahu kenapa dia antilelaki. Tiap kali aku promote kau kat dia dia selalu cakap lelaki semua samalah, penipu, suka main-mainkan perasaan perempuan, suka berjanji tapi mampus nak tunaikan, lelaki tak gunalah. Rupanya dia pernah dipermainkan lelaki. Lelaki tu Zuqman, kawan baik dia. Tapi lelaki tu selalu cakap sayang sangat-sangat kat dialah, tak pernah sayang pada mana-mana perempuan macam dia sayang kat Izzahlah, nak jadikan Izzah isteri dialah. Izzah tak mahu kecewakan lelaki tu. Dia cuba sayang lelaki tu dan terima lelaki tu lebih daripada seorang kawan sebab dia ingat lelaki tu serius. Bila dia betul-betul sayang pada lelaki tu, lelaki tu cakap nak kawan je dengan Izzah. Lelaki tu selalu juga cakap pada Izzah yang dia nak Izzah sayangkan dia. Bila Izzah ungkit fasal hal tu, sedap je lelaki tu cakap dia nak Izzah sayangkan dia sebagai bestfriend, bukan boyfriend. Kalau aku pun aku rasa malu…” berlinang air mata Syiera. Menitis air matanya semasa membaca luahan hati Izzah di dalam diarinya. Sedih apabila Izzah mengatakan dia tidak layak untuk mencintai atau dicintai lelaki! Kasihan Izzah. Kerana lelaki tak guna tu Izzah jadi antilelaki, berdendam pada lelaki dan tidak percayakan lelaki.
“Tapi, aku tak main-main. Aku betul-betul sayangkan dia. Syiera, tolong aku. Aku betul-betul sayang kat dia, cintakan dia! Aku takkan buat dia macam lelaki tak guna tu dah buat pada dia! Kalau aku tahu siapa lelaki tu, aku bunuh dia! Sebab dia Izzah layan aku macam ni…”
Syiera merenung Eriq seketika. Dilihatnya rambut Eriq yang sudah dipotong mengikut lukisan Izzah. Dia tersenyum seketika. Namun masih ada rasa kasihan buat lelaki bernama Eriq di hadapannya ini.
“Cubalah kau cakap face to face dengan Izzah. Berdasarkan diari dia, aku rasa dia percaya pada lelaki yang berkeyakinan. Cuba tunjukkan keyakinan kau. Yakinkan dia yang kau betul-betul jujur sayangkan dia. Hm, handsome pun rambut baru kau!” Syiera cuba memberi semangat kepda lelaki di hadapannya. Terpancar keceriaan pada wajah Eriq yang mendung sebentar tadi.
“Ye ke? So, aku dah handsomelah ni?”
“Rambut je handsome. Orangnya tak pun! Aku gurau je lah. Kau ni handsome juga. Chinese look! Kalau kau nak ambil hati Izzah, kau terus terang je yang kau cintakan dia. Paling penting kau kembalikan kepercayaannya pada lelaki sebab aku rasa cuma lelaki yang boleh kembalikan kepercayaannya kepada lelaki. Good luck! Pergilah. Dia tengah duduk seorang diri tu,”
‘Ya Allah, KAU bantulah Eriq membukakan hati Izzah untuk insan yang bernama lelaki. Satukanlah hati mereka dalam keimanan dan kecintaan. Aku hanya mahu melihat sahabatku Izzah bahagia.’ Syiera sempat berdoa dalam hati. Dia mahu melihat Izzah bahagia seperti orang lain tanpa ada dendam dalam hatinya untuk lelaki. Dia mahu Izzah merasai keindahan cinta. Izzah kawan yang baik. Tidak pernah jemu membantu, memberi semangat dan memberi nasihat. Dia akui Izzah seorang pendengar yang baik. Tidak pernah jemu mendengar masalah orang yang sudi mengadu padanya.
“Assalamualaikum Izzah. Boleh saya duduk dekat sini,” mesra Eriq menyapa.
“Waalaikumussalam! Ikut suka hati awaklah. Kerusi tu bukan saya yang punya. Siapa-siapa pun boleh duduk situ,” dingin!
Sabar Eriq, kau mesti menangi hati dia. Paling penting kembalikan kepercayaannya pada lelaki. Syiera dah bagi tanggungjawab tu kat kau Eriq.
Izzah memandang sekilas lelaki di sebelahnya. Lain macam sahaja. Oh, rambut. Macam biasa dilhat rambut macam tu, tapi di mana ya?
“Lawa rambut…” oppss. Bibirnya dah melanggar kata. Ringannya mulutnya memuji rambut baru Eriq.
“Oh, hehe. Terima kasih. Awak, saya nak berubah. Awak boleh tolong?”
“Baguslah kalau nak berubah. Jangan rambut je berubah. Kalau nak berubah, kena ada azam dalam diri. Bukan sebab nak suruh ornag tolong!” selamba Izzah menjawab. Mak oii, pedasnya!
“Tapi, awak dah tolong pun,” Eriq bersuara lembut. Api tak boleh dilawan dengan api.
“Bila masa pula saya tolong awak. Tolong pijak kaki awak adalah!”
“Awak yang tak sedar. Sebab saya sayangkan awak, cintakan awaklah saya berubah macam ni. Awak dah tolong saya Izzah,” Izzah, fahamilah aku. Aku terlalu menyintaimu!
“Awak gila! Saya tak berminat nak bercinta! Awak ingat saya percayakan lelaki ke? Heh, semua lelaki sama. Penipu! Bermaknakah cinta pada seorang lelaki? Lelaki cuma tahu mempermainkan perempuan, buat koleksi banyak-banyak lepas tu boleh cerita pada kawan-kawan fasal perempuan-perempuan yang telah dipermainkan dan ketawakan perempuan tu! “
“Memang saya gila. Saya gilakan awak, Izzah! Saya tak akan buat awak macam tu. Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya sanggup berubah demi awak. Saya bukan sekadar nak bercinta dengan awak, tapi saya nak kahwin dengan awak.”
“Nonsense talking. Saya tak percayakan lelaki. Kalau awak teringin sangat nak bercinta, cari je perempuan lain.”
“Izzah, awak ingat saya main-mainkah? Mengalihkan cinta saya pada awak untuk orang lain adalah suatu yang mustahil untuk saya lakukan. Pada saya cinta itu bukan permainan. Awak tak boleh fikir semua lelaki sama. Izzah, fahamilah saya. Saya cintakan awak sangat-sangat!”
“Awak ingat saya percayakan cinta? Love is just a poison. Menyakitkan!”
“Awak, pada saya love is something unexplained, unconditional feeling that I have just for you Izzah. Love is feeling that come without I realizing it. Percayalah saya Izzah. Awak tak boleh samakan semua lelaki. Kalau awak fikir semua lelaki permainkan perempuan, habis tu ayah awak main-mainkan mak awak. Izzah saya pernah nampak emak dan ayah awak. They look love each other. Bahagia. Awak tak nak bahgia macam tu?”
Izzah terdiam. Memang ayahnya amat menyayangi emaknya. Wajarkah semua lelaki disamakan hanya kerana seorang lelaki bernama Zuqman? Adilkah?
“Izzah, hina sangatkah saya pada mata awak? Saya dah berubah kerana awak. Saya dah tak lewat datang kuliah, tak ponteng kelas tutorial, dah tak lumba haram dan saya dah berhenti merokok Izzah. Kalau awak tak percaya, awak ada terbau rokok tak masa saya bercakap dengan awak ni?”
Izzah sekadar menggelaleng. Dipandang sebentar lelaki di hadapannya yang sudah berubah panampilannya. Bukan Eriq yang dulu lagi.
“Tapi Eriq, saya masih fikir yang saya tak layak untuk menyayangi atau disayangi mana-mana lelaki. Saya rasa mana-mana lelaki yang mengaku sayangkan saya cuma nak mempermainkan saya! Maaf, saya tetap tidak boleh terima awak, dan mana-mana lelaki pun.”
“Listen Nur Izzah Sarafina binti Hanif, saya cintakan awak. Saya tak main-mainkan awak! Saya serius. Saya tahu awak pernah dipermainkan seorang lelaki. Zuqman kan ?”
“Jangan sebut nama tu! Saya tak mahu dengar!”
“Saya sebut juga untuk sedarkan awak. Zuqman dan Eriq adalah lelaki yang berbeza, muka yang berbeza, latar belakang yang berbeza, dan tak mungkin saya melakukan awak sama seperti yang dia dah buat pada awak! Kami berbeza. Setiap yang Allah jadikan itu berbeza Izzah. Kembar seiras pun perangainya takkan sama inikan pula saya dengan Zuqman. Cuba awak renung kuda belang yang Allah jadikan. Nampak macam samakan? Tapi sebenarnya belang-belang di badan mereka tu berbeza. Macam tu juga dengan lelaki. Kami semua tak sama sekalipun jantina sama. Awak tak boleh samakan semua lelaki Izzah!”air mata lelaki Eriq menitis. Izzah terharu. Lelaki ini menangis kerananya.
“Awak tak percayakan sayakan? Baik!” Eriq terus berlalu.
Izzah menutup kedua belah matanya dengan kedua tapak tangan. Air mata ditahan dari merembes keluar. Ya Allah, aku sudah mengecewakan lelaki ini. Wajarkah aku biarkan dia kecewa seperti apa yang pernah aku alami?
“Lagu ini ditujukan untuk semua dan teristimewa untuk Nur Izzah Sarafina binti Hanif. Terimalah, Perempuanku…”
Izzah terkejut. Semua mata menumpu kepada Izzah. Di atas pentas kelihatan Eriq sedang memegang gitar. Bersedia untuk menyanyi.
Biarkan aku di sini untukmu,
Aku hanya ingin menghibur malam ini,
Malam yang pasti menyenangkan,
Untukmu dan tentu untukku,
Biarkan di sini aku bernyanyi,
Hanya untukmu,
Dan untuk menghibur kamu,
Dan aku yakin senyummu,
Tulus dan jujur hanya untukku…
Perempuanku…
Engkau cintaku,,,
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu,
Pisah hilang…
Ku pasti sedih,,,
Ku cinta engkau cinta pada,
Perempuanku…
Semakin lama semakin kutahu,
Maksud hati tak hanya mencintaimu,
Kuingin habiskan hidupku,
Hanya untukmu…
Ku cinta engkau perempuanku…
Perempuanku…
Semua yang hadir pada jamuan malam itu bertepuk tangan. Eriq kembali menghampiri Izzah.
“Kalau awak tak yakin dengan saya, mereka semua yang hadir jamuan malam ni boleh jadi saksi,” lembut Eriq berbicara. Meruntun perasaan Izzah.
“Awak jangan kecewakan saya,” Izzah tersenyum. Pertama kali senyuman yang ikhlas buat Eriq. Air mata gembira Izzah mengalir.
“Awak jangan menangis. Saya tak pandai pujuklah.”
“Saya menangis sebab gembiralah!”
“I don’t think I can understand women… Kenapa happy pun nak menangis?” tawa Izzah dan Eriq bersatu.
“Awak boleh jadi boyfriend saya, tapi dengan satu syarat. Awak tak boleh sentuh saya selagi awak belum sah jadi suami saya tau,” serius Izzah mengingatkan Eriq.
“Okey. Bagus juga. Malam pertama kita nanti baru best!” Eriq mengenyit nakal.
“Awak jahat!” manja suara Izzah. Eriq tersenyum. Inilah Izzah yang sebenar. Manja dan penuh dengan kasih sayang.
“Tapi tak adillah sayang. Awak dah pernah sentuh saya tau!” sengaja Eriq mengusik. Suka melihat wajah Izzah yang seakan-akan sedang berfikir.
“Sekali je! Saya pijak kaki awak. Eh, tu berlapik tahu!” bibir seksi Izzah memuncung. Mata coklatnya menunjukkan rasa tidak puas hati. Suka Eriq manatap Izzah.
“ Ada lagilah. Cuba ingat… Awak ni pelupalah sayang. Banyak makan semut ya?”
“Sampai hati awak. Saya bukan tenggiling tahu! Mana adalah!”
“Lupalah tu. Awak dah sentuh hati saya, sayang. Saya dah berubah kerana awak. Mama dan papa saya nak kenal bakal menantu tunggal mereka,” Eriq mengenyit mata nakal.
Bagi Eriq, kemenangan menambat hati Izzah adalah kemenangan yang paling besar dalam hidupnya. Dia yakin Izahlah soulmate yang dicari. Dia berjanji akan membahagiakan gadis itu sehingga ke akhir hayatnya. Sesungguhnya hanya awak di hati Izzah…
Bagi Izzah pula, dendamnya terhadap lelaki telah terhapus kerana kehadiran lelaki mulia bernama Mohd Ariq Syazwan bin Abdul Latif. Terima kasih sayang… Awak dah menyedarkan saya. Saya akan berusaha menjadi pasangan yang baik.
TAMAT
No comments:
Post a Comment