Tuesday, 15 March 2011

mahalnya harga seorang wanita..

hehe..terbaca satu artikel dari iluvislam..aku rasa ada banyak petikan yang best..antaranya..

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

nice article.and aku teringat pulak satu komen aku kat satu page fb...

errrr..over la plak aku macam nak highlight komen sendiri..kualiti gambar maybe tak memuaskan..aku tak berapa nak reti print screen ni..hehhehe..tapi senang cerita conclusionnye cam ni la..

bersyukur lah kalau hal ini terjadi..ini maknanya Allah hendak memelihara anda..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..just take it from the bright side..at least suami kamu tak dapat 'bekas' orang..and yup..you should feel lucky..

lelaki yang baik akan melindungi, bukan merosakkan..bukan juga mengambil kesempatan..lelaki yang ikhlas akan membimbing wanita yang dia sayang..sebab dia nak bersama dengan perempuan yang dia sayang bukan saja di dunia, tapi di syurga..sayang ke seorang lelaki kalau dia yang 'membantu' menghumbankan wanita tu ke neraka?dan sekiranya perempuan tu sendiri yang merelakan dirinya disentuh, sayang ke perempuan tu pada lelaki tu if she is the main reason why that guy end up living in hell..

yup..aku bukan baik sangat untuk cakap benda2 macam ni..nak berlagak jadi 'ustazah' jauh sekali..tapi, kepada semua kaum aku..mahalkanlah diri demi cinta.kasihanlah pada 'bakal pasangan hidup' anda..and kepada lelaki, hormatilah wanita..apa perasaan kalau lelaki lain melakukan perkara yang sama kepada adik beradik perempuan kamu?hehehe..ini pesanan untuk aku sendiri, manusia yang selalu leka..


“Jadilah seperti permata di dalam kaca…
Indah dipandang mata…
Disentuh tidak bisa…
Jangan jadi seperti pakaian yang diperaga…
Mudah disentuh dan dicuba…
Namun yang dipilih bukan dia…
Tetapi yang di dalam bungkusan baru terpelihara…”
(Petikan novel Coklat Cinta Strawberi)

No comments:

Post a Comment