Sunday, 31 March 2013

Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum.

Tiba-tiba jari rasa ketagih nak menulis. Dah lama tak menaip sebenarnya sejak Manuskrip Secangkir Kopi Karamel dah 'lulus piawai'. Insya-Allah bakal diterbitkan Julai nanti. Manuskrip baharu? Errr... Idea dah ada tapi tak tahulah pula bila nak mula menulis. 


Allah lebih tahu. Ya, ada masanya kita rasa kecewa dengan ujian yang menimpa kita. Tapi, lupakah kita ujian tu tanda Allah sayang? Ujian tu kerana Allah rindu nak dengar kita berdoa dan meminta dari dia. 

"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan doa bagimu." Surah al-Mukmin: 60.

Kadangkala kita mempersoalkan, dah lama kita berdoa tapi Allah tak makbulkan pun. Jangan putus asa dengan Allah. Allah kan lebih tahu. Doa ni ada 3 kategori. 1) Doa yang dimakbulkan 2) Doa yang ditangguhkan kerana Allah tahu bila masanya yang sesuai untuk kita. 3) Doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah tahu ada yang lain yang lebih baik untuk diberikan kepada kita.


Petikan ayat Quran ni kena dengan situasi saya. Saya bukanlah pelajar senibina yang hebat. Design saya suam-suam kuku je. Contohnya ini.. :P


Tapi, alhamdulillah saya tak pernah gagal subjek studio. Disebabkan bakat saya yang suam-suam kuku tu, saya rasa 'Architecture is a scary world.' Dan atas sebab itu, saya nak beralih arah ke Interior Design yang kononnya saya rasakan lebih baik. 

Tapi, Allah lebih tahu. Pelbagai dugaan saya dapat semasa bekerja sebagai interior designer. Apa dugaannya biarlah, tak mahulah cerita. Cuma saya harap ex-majikan saya tu tidak mengulangi apa yang dilakukannya pada saya kepada orang lain. Itu sahaja.

Saya selalu minta Allah berikan saya peluang pekerjaan yang baik dengan rezeki yang halal. Saya sangka kerjaya sebagai interior designer adalah lebih baik dari architecture. Tapi, Allah lebih tahu. 

Alhamdulillah, minggu depan saya akan mula bekerja sebagai Junior Architect. Adalah sedikit rasa 'gerun' tapi saya tengok bakal majikan saya tu baik orangnya. Dia bukan seperti seorang majikan tapi lebih kepada seorang guru. 

Bukankah saya sendiri yang meminta dari Allah supaya mengurniakan saya kerja yang baik dengan rezeki yang halal? Saya percaya Allah tahu itu yang terbaik untuk saya. Saya tengok bakal majikan saya ni seorang yang sedia berkongsi. Masa temuduga pun dia ada tanya bangunan apa di Malaysia yang saya rasakan terbaik aspek senibinanya.



Ada banyak bangunan di Malaysia ni yang bagus rekabentuknya. Tapi, ini yang terlintas dalam jawapan saya, DIAMOND BUILDING PUTRAJAYA. Kalau saya nak cerita fasal bangunan ni rasanya kena buat post lain kut. Cuma nak cerita bangunan ni sangat bagus dari aspek eco-design, energy efficiency, heat control, self shading facade. Oh, okey cukup-cukup.

Kemudian, bakal majikan saya tu tunjukkan portfolio firma dia. Oh, bukan saya sahaja yang datang temuduga tunjuk portfolio, firma tu pun tunjuk portfolio dia juga! Setelah membelek beberapa rekabentuk projek yang pernah dibuat oleh firma tersebut, Subhanallah. Diamond Building adalah rekaan bakal majikan saya. Patutlah dia senyum saja masa saya cerita fasal bangunan tu. Ni namanya 'mengipas tanpa niat'. Hehehe. :) Terima kasih, Allah.

Dulu, saya rasa "Tak naklah jadi arkitek! Sebab belajar senibina ni tertekan." Tapi, entahlah. Saya rasa persepsi hati saya ni dah bertukar. Kan Allah lebih tahu. Dan Allah juga yang membolak-balikkan hati. Kalau ada rezeki, saya nak sambung belajar lagi. Ya, dalam bidang senibina. Dan saya rasa kerja yang bakal saya mulakan minggu depan ni dapat membantu saya. 

Ambil LAM Part 2 kena buat thesis. Saya ada menghadiri beberapa temuduga sebelum ni tapi firma yang satu ini pilihan hati saya. Sebab, rekabentuknya lebih kepada eco-design dengan teknologi yang hebat. "Green Design is not just putting trees on the rooftop!" (Oh, facepalm!) Maka, saya dapat rasakan banyak perkara yang saya bakal belajar dari firma tersebut. Which is good for my Part 2 soon. :)

Sebagai seorang yang tamak (ishh..) kerjaya sebagai penulis saya tak akan lupakan. Antara senibina dan penulisan, ya saya terperangkap dalam dunia dimensi dunia yang berbeza. But I love it! Saya tak nafikan senibina ni dunia yang mencabar tapi dunia yang penuh cabaran tu boleh diubat dalam dunia penulisan yang menenangkan... So, saya nak dua-dua dunia tu. (Tamak kan?)

Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Julai. Secangkir Kopi Karamel. Okey, nah teaser sikit. Hehehehe.


Okey, akhir kata, sentiasalah bersangka baik pada Allah. Sebab Allah lebih tahu. 

p/s: Jangan difikir derita akan berpanjangan. Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.




Monday, 31 December 2012

Life, must move on...



Rasa sekejap je, tahun 2012 dah melabuhkan tirai. Tahun 2013 bakal menjengah. Rasa sedih sebab 2012 yang indah bakal meninggalkan saya. 2012 banyak menyimpan kenangan pahit, manis, konvokesyen, hari lahir yang istimewa sekali seumur hidup, persahabatan dan percintaan. Opsss…


Antara pengalaman berharga dalam 2012 adalah terbitnya novel sulung saya, Ros Biru untuk Dia pada Januari 2012. Kemudian disusuli cerpen Sujud Syukur Kerana Cinta dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah pada bulan Jun 2012. Seumur hidup, saya tak pernah terfikir pun akan menjadi seorang penulis. Novelis apatah lagi. Sebab dari kecil hobi saya memang melukis dan ‘membuat mural’ di dinding rumah. Oh, nakalnya saya! So architectural! Hahaha.

Menjadi seorang novelis dan seorang pelajar senibina pada masa yang sama sangatlah mencabar mental dan fizikal saya. Bayangkan seorang pelajar yang biasanya menghadap komputer menatap Auto-CAD, Photoshop, Artlantis dan Sketch-up terpaksa menghadap Microsoft Word menulis novel! Oh, kontra sungguh!

Tambahan pula saya berkejar pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC April 2012 di saat rakan-rakan sekuliah sibuk menyiapkan projek akhir subjek studio. Dugaannya… Tapi, Alhamdulillah saya telah selamat konvo Oktober lalu. Mungkin berkat dari doa ibu bapa saya. Mungkin juga berkat dari doa orang-orang yang saya tak pernah tahu pun dia doakan saya. Apa-apa pun, terima kasih semua.

2012 banyak mengajar saya erti kehidupan. Hidup kita ni bergerak ke hadapan, bukanlah ke belakang. Tapi sesekali kita perlu menoleh ke belakang. Bukan untuk berpatah balik, tapi untuk mengambil iktibar. Saya tak percaya pada peluang kedua. Anda pula? J

1 Januari 2013 adalah titik bermulanya kehidupan yang baharu untuk saya. My life will change. I will enter a new phase in my life. Ehem. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan saya… J

Banyak juga perkara yang saya hendak kejar pada tahun 2013 nanti. Yalah, semua orang ada impian dan matlamat dalam hidup. Saya juga begitu. Opsss… tiba-tiba teringat pula. Insya-Allah novel baharu saya, Secangkir Kopi Karamel akan menemui pembaca Jun/Julai tahun ini. Saya ada merancang sesuatu untuk pembaca. Tunggu ya… ;)

Saturday, 3 November 2012

Mimpi, Istikharah, Jodoh?



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, 26 Oktober 2012 lepas genap sudah umur saya 23 tahun. Yup, hari yang sama dengan Hari Raya Korban yang jatuh pada hari Jumaat. Pakej birthday+aidiladha+penghulu segala hari ni rasanya cuma sekali seumur hidup. Alhamdulillah.

Mimpi? Alkisah, pada malam hari lahir tu saya mengalami satu mimpi yang pelik. Sumpah pelik. Ceritanya begini, saya bermimpi saya tersesat di satu kawasan. Ramai sangat orang tapi semua saya tak kenal. Sampailah akhirnya saya terjumpa seorang lelaki yang dikenali ni. (Siapa orangnya biarlah rahsia. Lagipun, agak kelakar saya mimpikan orang itu. Cukuplah saya tulis nama dia di sini sebagai Mr. X.)

Saya beritahu Mr. X yang saya tersesat. Dia bawa saya pergi satu tempat atas gunung. Kawasan tu cantik sangat. Dalam mimpi saya tu cahaya dekat tempat tu berwarna kebiru-biruan. Tempat tu tak sejuk sangat, suhunya selesa. Siap ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Haha. Saya duduk atas satu batu menghadap pemandangan cantik. Tiba-tiba mata saya masuk habuk. Pedih sangat sampai rasa nak nangis. Mr. X tiup mata saya lalu saya terjaga.

Masa terjaga tu, mata kanan saya rasa pedih macam betul-betul masuk habuk. Saya tengok jam, pukul 2.30 pagi. Lalu saya pun membaca auzubillah dan tukar posisi tidur. (Atas faktor Mr. X yang saya mimpikan, saya kategorikan mimpi tu sebagai seram. Bhahahaha.)

Oh, saya tak anggap pun mimpi tu sebagai petunjuk sebab saya tak ada puan buat solat istikharah!  Mimpi ni mengingatkan saya pada satu buku Hilal Ashraf yang bertajuk Sebelum Aku Menikah. Dalam tu Hilal ada tegaskan, jangan terlalu obses dengan mimpi-mimpi yang kita alami. Maka saya pun beranggap, tu mainan tidur di malam hari lahir saya je lah. Hehehe...



Istikaharah? Ramai masyarakat kita menganggap istikharah tu cuma perlu masa nak tentukan siapa jodoh kita je. Silap tu. Istikharah ni untuk minta petunjuk. Tak semestinya tentang jodoh. Istikharah ni boleh dibuat untuk membuat pilihan. Allah tu Maha Penyayang. Dia tahu kita ni lemah dan kemampuan kita terhad. Istikharah adalah bantuan dari Allah. Allah kan 'Penulis Skrip' hidup kita. Mestilah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Soal istikharah ni juga ada dijelaskan dalam cerpen saya yang dimuatkan dalam Antologi Kisah Cinta Seribu Wajah.



Ya, petunjuk Allah itu tidak semestinya melalui mimpi. Tapi, bagaimana kita nak pastikan yang petunjuk kita dapat tu dari Allah, bukan gangguan syaitan? Isu itu ada dibincangkan dalam manuskrip yang baru siap proses edit. Doakanlah supaya manuskrip itu mencapai piawai dan menjadi sebuah novel ya...

(Sekadar gambar hiasan. Ni bukan cover novel ya...)

Jodoh? Ishk... Umur dah 23 wajiblah fikir soal jodoh kan? Betul atau tak situasi ni.

Pergi beraya masa sekolah menengah, orang akan tanya, "Sekarang sekolah di mana? Lepas SPM nak sambung belajar di mana?"
Pergi beraya masa zaman universiti, orang akan tanya, "Belajar di universiti mana? Jurusan apa?"
Pergi beraya selepas musim konvokesyen/dah bekerja, "Bila nak kahwin?"

Oh, zaman sudah berlalu. HEHEHE...

Kalau ditanya kepada saya bila nak kahwin, herm... Semua orang pun nak kahwin. Semua orang pun nak hidup berpasangan dan ada zuriat. Bila nak kahwin? Allah dah tentukan siapa jodoh saya dan bila jodoh saya akan dipertemukan dengan saya. It's okey to wait. (Bukan bermakna saya tidak berusaha ya...). Apa yang saya pasti, Allah akan pertemukan saya dengan jodoh saya bila Dia tahu saya sudah bersedia. Bersedia di sini bukan setakat cakap, "Eh, aku yakin aku dah boleh kahwin..." Tak...

Kahwin ni bukan sekadar hidup dengan pasangan. Tapi matlamat kahwin tu sendiri meletakkan kita pada satu tanggungjawab yang sangat berat. Ya, tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri dan tanggungjawab sebagai pendidik kepada zuriat kita. Kita memerlukan ilmu agar kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal menjadi saham kita di akhirat. Persoalannya, benarkah kita benar-benar sudah bersedia?

Siapa pun jodoh kita, kita kena terima dia seadanya. Tak ada manusia yang tak ada kekurangan. Tapi Allah bagi kita pasangan yang akan menyempurnakan kita. Bak kata Hilal Asyraf, kalau cinta biarlah sampai syurga.

Tak tahu dah nak tulis apa. Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita pasangan jodoh yang baik. Sekian, wassalam.

With love, Ijazati Habib...

p/s: Saya sedang ketagih mahu menaip tapi manuskrip sudah siap dan tak ada idea untuk menulis manuskrip baru. Maka terhasillah 'entry' ini. Hehehehe....

Thursday, 6 September 2012

RESIPI: Butter cookies + chocolate chips



Bahan A:
1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter
1 cawan minyak
1 sudu besar susu
1 sudu besar esen vanila

Bahan B:
4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil krim tartar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut
2 cawan chocolate chips

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan A.

2. Pukul sampai kembang.

3. Masukkan semua bahan B. Pukul rata sampai sebati.

4. Simpan adunan dalam peti sejuk. (Minimum sejam)

5. Bulat-bulatkan doh dan tekan guna garfu di atas loyang. Susun jarak-jarak sedikit sebab biskut akan mengembang.

6. Bakar pada suhu 160'c selama 10 minit. (Lain oven lain tahap suhunya. Bakar sampai keperang-perangan cam dalam gambar ni.) Siap!








Friday, 24 August 2012

RESIPI: Red Velvet

Bahan red velvet (40 cups):
1 1/2 cawan self raising flour
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 buku butter
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil sodium bikarbonat

Bahan red paste:
1 sudu serbuk koko
3 sudu pewarna merah

Bahan buttermilk:
1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil cuka

Bahan cream cheese frosting:
1/2 buku cream cheese
1/4 buku butter
1 sudu kecil esen vanilla
1 cup icing sugar

Cara-cara:
1. Ayak self-raising flour dengan baking powder.


2. Sediakan red paste. Campurkan serbuk koko dan pewarna merah. Kacau sehingga sebati.

3. Pukul gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.


4. Masukkan esen vanilla dan red paste.

5. Untuk penyediaan buttermilk, campurkan fresh milk dengan cuka. Kacau sehingga sebati.


6. Masukkan 1/3 tepung ke dalam adunan beserta 1/2 buttermilk. Kacau rata. Masukkan lagi 1/3 tepung dan lebihan buttermilk. Apabila sudah sebati masukkan lagi lebihan tepung ke dalam adunan dan kacau rata.
7. Campurkan cuka dengan sodium bikarbonat. Apabila bancuhan cuka berbuih, masukkan dengan cepat ke dalam adunan.
8. Masukkan ke dalam cawan kek dengan sukatan 1/3 cawan. Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit.

9. Untuk penyediaan cream cheese frosting, campurkan kesemua bahan untuk frosting dan pukul sehingga rata. Apabila red velvet sudah sejuk, sapukan frosting ke atas red velvet dan buatlah hiasan sesuka hati. Siap... :)

Monday, 30 July 2012

Review: KISAH CINTA 1000 WAJAH


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tak sangka cerpen saya terpilih untuk dimuatkan dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah ni. Iyalah. Kalau nak diikutkan saya ni kategori penulis yang tersangatlah super junior dalam keluarga besar Jemari Seni. Saya tidaklah terlalu berharap semasa menghantar cerpen ni dulu. Iyalah, siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan penulis lain yang lebih berpengalaman. Terima kasih diucapkan kepada Kak Su dan para juri sebab memberikan saya peluang..

Dah sempat mencuri masa untuk meng'khatam'kan antologi ni. Saya setuju dengan kata editor JS Adiwarna, "cinta tu tak klise..." sebab antologi ni dah membuktikan kata-kata editor tu betul. Secebis review:

1. Berikan Aku Kekuatan Itu (Szalies)
Dalam dunia ni tak ada ibu yang sempurna. Tapi seorang ibu akan cuba memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anaknya. Tak ada orang yang sanggup berkorban seperti apa yang telah ibu kita korbankan.

2. Bukan Satu Kebetulan (Kamalia)
Kadang-kadang, cinta itu tak terluah. Tapi betul kata orang. Luahkanlah sebelum terlambat. Mana tahu, si dia juga menyimpan rasa yang sama.

3. Cerita Cinta Buku Merah Jambu (Hafizul Osman)
Seseorang itu romantik bukan melalui kata-kata tetapi melalui perbuatan dan tulisan. Berakhirnya hayat bukan bermakna berakhirnya sayang.

4. Cinta Itu Bahagia (Aidah Bakri)
Jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin tertulis seorang lelaki itu 'tulang rusuknya yang hilang bukanlah satu'. Tapi, Allah tahu apa yang terbaik. Setiap yang berlaku ada hikmah. Sebagai hamba-Nya, menyerah bukanlah kerana lemah, tapi kerana reda.

5. Kereta Api dan Filosof Cinta (John Norafizan)
Hidayah Allah itu datang kepada orang yang dikehendakiNya. Berusahalah menjadi insan yang baik supaya Allah menemukan kita dengan 'gloire de dijon' yang terbaik.

6. Ini Dosa Siapa? (Imaen)
Lumrah manusia. Persis lagu semasa zaman kanak-kanak, Bangau oh Bangau. Kita kerap menunding jari kepada pihak lain tatkala ditimpa masalah semata-mata menjulang ego. Adakalanya, kita perlu kenal erti 'muhasabah'.

7. Isteriku Seorang Geisha (Hafizul Osman)
Tak ada orang baik tak ada masa silam. Tak ada orang jahat tak ada masa depan. Maka kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan masa lampau. Fitrah manusia itu hatinya boleh berubah.

8. Kerana Aku Bernama Tasha (Dihsar Ludba Haqifa)
Dalam hidup ni, tak semestinya kita dapat apa yang kita nak. Tapi kita kena ingat janji Allah, "mungkin apa yang kita rasakan baik itu buruk buat kita, mungkin apa yang kita rasakan yang buruk itu baik buat kita..."

9. Laksa Kam (Hafizah Iszahanid)
Jangan terlalu buruk sangka. Mungkin apa yang kita sangka itu bukanlah apa yang dipanggil 'kebenaran'. Percayalah, cinta itu datang melalui pelbagai cara.

10. Leo itu Bintang Kamu (Misdhiaz)
Orang yang selalu membuat orang lain bahagia belum tentu orang yang paling bahagia dalam hidupnya. Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang menghargai apa yang dia ada.

11. Lola (Ika Madera)
Setiap orang ada sifat 'aneh' sendiri. Tapi, adakalanya sifat 'aneh' tu yang buat orang jatuh hati. Tak perlu mencari yang terlalu sempurna. Cukuplah menerima seseorang seadanya.

12. Maya Iskandar (Pingu Toha)
Cinta dalam mimpi? Mimpikan orang yang tak dikenali? Tapi ada satu rasa yang buat kita mahu mencari si dia di alam realiti.

13. Mengenangmu (Fatihah Pauzihal)
Ajal itu bukan pemisah cinta. Kerana ada rasa percaya bahawa cinta sejati akan bertemu di syurga. Mungkin kerana cerpen ini adalah kisah benar, kesedihan itu jelas terasa.

14. Menunggu Salji (John Norafizan)
Cinta tiga segi. Yang pergi tak mungkin kembali. Yang masih ada perlu teruskan kehidupan. Kehidupan mengajar kita apa itu erti ketentuan.

15. Sepucuk Surat Cinta (Dari Lembah Kundasang)  (Noor Suraya)
Ada masanya, kita cuma menyedari sesuatu itu berharga apabila sudah tiada di depan mata. Belajarlah erti menghargai. Jangan apabila sudah terlambat baru nak menyesal sendiri.

16. Sujud Syukur Kerana Cinta. (Ijazati Habib)
Yang ni tak boleh komen apa-apa. Tapi saya memerlukan komen dari pembaca. Cerpen ni didedikasikan khas buat kawan-kawan saya sempena konvokesyen yang bakal menjelang. Kepada Im, Iqbal, Fahmy, Luqman, Azizul terima kasih untuk PERSAHABATAN.

17. Yang Terlewat (Nazawati)
Perkahwinan itu adalah satu ikatan yang memberikan keberkatan. Momokan bahawa perkahwinan itu menakutkan bukanlah satu alasan. Sunnah Rasulullah itu benar.

18. Zara Amanda Perempuan Gedik (Haswida Abu Bakar)
Jangan terlalu membenci. Kelak nanti jatuh hati. Jangan terlalu sayang. Takut satu hari nanti rasa itu makin berkurang. Tak semestinya apa yang kita nak itu yang kita dapat. Kerana hidup ini aturan Allah.

Sekali lagi jutaan terima kasih buat Kak Su, barisan panel dan keluarga besar Jemari Seni. Sebarang kesilapan harap dimaafkan. Apa-apa pun, sama semakin bersemangat untuk menulis lagi. InsyaAllah, akan ada lagi selepas Ros Biru untuk Dia.

Kepada para pembaca, jangan lupa dapatkan antologi ni. Best. Satu buku yang memberi 1000 rasa. :-)

With love: IJAZATI HABIB

p/s: Ijazati maksudnya membenarkan. Habib maksudnya cinta. Just don't ask me why... Hehehe.




Wednesday, 27 June 2012

From CIREBON with love!

Credit: Nanna Mhamod


Assalamualaikum...

Blog update kali ni bukan fasal novel. Tapi fasal pengalaman saya yang mungkin cuma sekali seumur hidup. Trip to Cirebon. Rombongan seramai 41 orang ni bukanlah untuk bercuti ya. Tapi untuk membuat kajian mengenai seorang tokoh Islam dan peradaban Islam di bumi Cirebon.

Tokoh Islam yang kumpulan nusantara Batch Ozen kaji kali ni ialah SUNAN GUNUNG JATI a.k.a Sharif Hidayatullah. Tak kenal? Beliau adalah salah seorang wali songo (belajar sejarah kan? mesti tahu apa itu wali songo) dan beliau adalah wali yang termuda sekali. Hasil kajian kami, Syarif Hidayatullah adalah pewaris keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang datang ke Cirebon untuk berdakwah. Kami report team ada siapkan chart untuk susur galur keturunan dari Nabi Muhammad sampai Syariff Hidayatullah.

credit; google...hahaha
Antara peninggalan bersejarah Syariff Hidayatullah ni adalah salah satu bangunan yang kami kaji. Masjid Agung Sang Cipta Rasa. Masjid ini direka oleh seorang arkitek dari Majapahit bernama Raden Sepat. Masjid ni kaya dengan ukiran-ukiran yang indah hasil kreativiti seorang lagi wali, Sunan Kalijaga. Salah satu elemen menarik dalam masjid ini adalah tiang tatal atau dikenali sebagai saka tatal. Tiang ni adalah hasil gabungan serpihan-serpihan kayu yang diikat menjadi satu tiang. Metafora yang menarik. Tiang tu lambang kekuatan. "Sekecil mana pun kita, kita akan mampu jadi kuat seperti yang lain jika bersatu..." Pak Ashari.


credit: google gak
Another building yang kami kaji adalah Keraton Kasepuhan. Keraton tu kalau dalam bahasa Melayu maknanya istana. Keraton ni agak besar dan terdapat Kreteg (jambatan), Pancaniti (tempat berlatih prajurit), Pancaratna (tempat menghadap pembesar), Siti Inggil (tempat sultan melihat latihan perang), Gapura (pintu gerbang yang mempunyai ciri binaan pengaruh Hindu), Sri Manganti (tempat menunggu keputusan raja), bangunan induk keraton (tempat raja), Langgar Alit (gazebo) dan banyak lagi. Senang cerita keraton ni sangat-sangat luas. *sweat

And, duduk dekat Cirebon merasalah masuk paper... Hehehe. Duduk kat Malaysia tak pernah masuk paper kot. Tapi, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di tempat sendiri. Ye dak?

Koran Radar Cirebon

Koran Kabar Cirebon
Selain dari menghadap buku-buku dalam bahasa Indonesia, pergi interview, urban trail, buat research, tolong wat measurement, tolong buat rubbing, menaip ala-ala menaip manuskrip untuk novel (kerja team report) sempat la juga pergi jalan-jalan melawat Cirebon, Bandung dan Jakarta. Ni adalah gambar sikit-sikit.

Makam Sunan Gunung Jati, Gunung Sembung (credit: nanat)

Kota Lama (credit: Fariza)
Tangkuban Parahu, Bandung (credit:nanat)

Dalam kawasan Keraton (credit:nanat)
Hahahahaha. Ada banyak lagi tapi malas nak upload. Apa-apa pun, wish us luck untuk semua team Heritage Studies 2012 by O'zen termasuklah team Xi'an, China and Team Pekan, Pahang. Semoga kita dapat buat yang terbaik untuk exhibition nanti..

Saya akhiri post ini (haram...cam ucapan Muazan plak bunyinya) dengan hasil nukilan Syarfiq Cipit yang kunun-kununnye sweet... :p

mencari rentak susur sang wali,
langkah disusun satu per satu,
dugaan menimpa tidak disesali,
andai percaya pada yg SATU...

akal digabung, bahu di ganding,
peroleh jawapan, inginnya satu,
tidaklah pergi untuk bertanding,
mencari rahsia sebalik batu....

rela merentas langit dan lautan,
keresahan tiba tiada peduli,
andainya itu sudah suratan,
ke tanah jawa kami susuli....


p/s: Kami cuma trauma dgn satu mende: Pape pun, Cirebon, we'll miss it!