Saturday, 3 November 2012

Mimpi, Istikharah, Jodoh?



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, 26 Oktober 2012 lepas genap sudah umur saya 23 tahun. Yup, hari yang sama dengan Hari Raya Korban yang jatuh pada hari Jumaat. Pakej birthday+aidiladha+penghulu segala hari ni rasanya cuma sekali seumur hidup. Alhamdulillah.

Mimpi? Alkisah, pada malam hari lahir tu saya mengalami satu mimpi yang pelik. Sumpah pelik. Ceritanya begini, saya bermimpi saya tersesat di satu kawasan. Ramai sangat orang tapi semua saya tak kenal. Sampailah akhirnya saya terjumpa seorang lelaki yang dikenali ni. (Siapa orangnya biarlah rahsia. Lagipun, agak kelakar saya mimpikan orang itu. Cukuplah saya tulis nama dia di sini sebagai Mr. X.)

Saya beritahu Mr. X yang saya tersesat. Dia bawa saya pergi satu tempat atas gunung. Kawasan tu cantik sangat. Dalam mimpi saya tu cahaya dekat tempat tu berwarna kebiru-biruan. Tempat tu tak sejuk sangat, suhunya selesa. Siap ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Haha. Saya duduk atas satu batu menghadap pemandangan cantik. Tiba-tiba mata saya masuk habuk. Pedih sangat sampai rasa nak nangis. Mr. X tiup mata saya lalu saya terjaga.

Masa terjaga tu, mata kanan saya rasa pedih macam betul-betul masuk habuk. Saya tengok jam, pukul 2.30 pagi. Lalu saya pun membaca auzubillah dan tukar posisi tidur. (Atas faktor Mr. X yang saya mimpikan, saya kategorikan mimpi tu sebagai seram. Bhahahaha.)

Oh, saya tak anggap pun mimpi tu sebagai petunjuk sebab saya tak ada puan buat solat istikharah!  Mimpi ni mengingatkan saya pada satu buku Hilal Ashraf yang bertajuk Sebelum Aku Menikah. Dalam tu Hilal ada tegaskan, jangan terlalu obses dengan mimpi-mimpi yang kita alami. Maka saya pun beranggap, tu mainan tidur di malam hari lahir saya je lah. Hehehe...



Istikaharah? Ramai masyarakat kita menganggap istikharah tu cuma perlu masa nak tentukan siapa jodoh kita je. Silap tu. Istikharah ni untuk minta petunjuk. Tak semestinya tentang jodoh. Istikharah ni boleh dibuat untuk membuat pilihan. Allah tu Maha Penyayang. Dia tahu kita ni lemah dan kemampuan kita terhad. Istikharah adalah bantuan dari Allah. Allah kan 'Penulis Skrip' hidup kita. Mestilah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Soal istikharah ni juga ada dijelaskan dalam cerpen saya yang dimuatkan dalam Antologi Kisah Cinta Seribu Wajah.



Ya, petunjuk Allah itu tidak semestinya melalui mimpi. Tapi, bagaimana kita nak pastikan yang petunjuk kita dapat tu dari Allah, bukan gangguan syaitan? Isu itu ada dibincangkan dalam manuskrip yang baru siap proses edit. Doakanlah supaya manuskrip itu mencapai piawai dan menjadi sebuah novel ya...

(Sekadar gambar hiasan. Ni bukan cover novel ya...)

Jodoh? Ishk... Umur dah 23 wajiblah fikir soal jodoh kan? Betul atau tak situasi ni.

Pergi beraya masa sekolah menengah, orang akan tanya, "Sekarang sekolah di mana? Lepas SPM nak sambung belajar di mana?"
Pergi beraya masa zaman universiti, orang akan tanya, "Belajar di universiti mana? Jurusan apa?"
Pergi beraya selepas musim konvokesyen/dah bekerja, "Bila nak kahwin?"

Oh, zaman sudah berlalu. HEHEHE...

Kalau ditanya kepada saya bila nak kahwin, herm... Semua orang pun nak kahwin. Semua orang pun nak hidup berpasangan dan ada zuriat. Bila nak kahwin? Allah dah tentukan siapa jodoh saya dan bila jodoh saya akan dipertemukan dengan saya. It's okey to wait. (Bukan bermakna saya tidak berusaha ya...). Apa yang saya pasti, Allah akan pertemukan saya dengan jodoh saya bila Dia tahu saya sudah bersedia. Bersedia di sini bukan setakat cakap, "Eh, aku yakin aku dah boleh kahwin..." Tak...

Kahwin ni bukan sekadar hidup dengan pasangan. Tapi matlamat kahwin tu sendiri meletakkan kita pada satu tanggungjawab yang sangat berat. Ya, tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri dan tanggungjawab sebagai pendidik kepada zuriat kita. Kita memerlukan ilmu agar kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal menjadi saham kita di akhirat. Persoalannya, benarkah kita benar-benar sudah bersedia?

Siapa pun jodoh kita, kita kena terima dia seadanya. Tak ada manusia yang tak ada kekurangan. Tapi Allah bagi kita pasangan yang akan menyempurnakan kita. Bak kata Hilal Asyraf, kalau cinta biarlah sampai syurga.

Tak tahu dah nak tulis apa. Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita pasangan jodoh yang baik. Sekian, wassalam.

With love, Ijazati Habib...

p/s: Saya sedang ketagih mahu menaip tapi manuskrip sudah siap dan tak ada idea untuk menulis manuskrip baru. Maka terhasillah 'entry' ini. Hehehehe....

4 comments:

  1. Mr. X...mimpi seram. Apakah beliau yang dimaksudkan? Hurmmm

    ReplyDelete
  2. haaa.... kompius ni.. sapekah Mr. X.. hahaha.. btw part
    >>

    Pergi beraya masa sekolah menengah, orang akan tanya, "Sekarang sekolah di mana? Lepas SPM nak sambung belajar di mana?"
    Pergi beraya masa zaman universiti, orang akan tanya, "Belajar di universiti mana? Jurusan apa?"
    Pergi beraya selepas musim konvokesyen/dah bekerja, "Bila nak kahwin?"


    memang betul sgt lah kn~ normal betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...nasib baik utk lepas konvo aku dpt soalan "so sekarang kerja kat mana?" haha

      Delete
    2. toya; kan....[ergi kenduri kahwin pun sama....sadis.

      syam: hahaha....mr x itu biarlah rahsia...

      Delete