Assalamualaikum.
Tiba-tiba jari rasa ketagih nak menulis. Dah lama tak menaip sebenarnya sejak Manuskrip Secangkir Kopi Karamel dah 'lulus piawai'. Insya-Allah bakal diterbitkan Julai nanti. Manuskrip baharu? Errr... Idea dah ada tapi tak tahulah pula bila nak mula menulis.
Allah lebih tahu. Ya, ada masanya kita rasa kecewa dengan ujian yang menimpa kita. Tapi, lupakah kita ujian tu tanda Allah sayang? Ujian tu kerana Allah rindu nak dengar kita berdoa dan meminta dari dia.
"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan doa bagimu." Surah al-Mukmin: 60.
Kadangkala kita mempersoalkan, dah lama kita berdoa tapi Allah tak makbulkan pun. Jangan putus asa dengan Allah. Allah kan lebih tahu. Doa ni ada 3 kategori. 1) Doa yang dimakbulkan 2) Doa yang ditangguhkan kerana Allah tahu bila masanya yang sesuai untuk kita. 3) Doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah tahu ada yang lain yang lebih baik untuk diberikan kepada kita.
Petikan ayat Quran ni kena dengan situasi saya. Saya bukanlah pelajar senibina yang hebat. Design saya suam-suam kuku je. Contohnya ini.. :P
Tapi, alhamdulillah saya tak pernah gagal subjek studio. Disebabkan bakat saya yang suam-suam kuku tu, saya rasa 'Architecture is a scary world.' Dan atas sebab itu, saya nak beralih arah ke Interior Design yang kononnya saya rasakan lebih baik.
Tapi, Allah lebih tahu. Pelbagai dugaan saya dapat semasa bekerja sebagai interior designer. Apa dugaannya biarlah, tak mahulah cerita. Cuma saya harap ex-majikan saya tu tidak mengulangi apa yang dilakukannya pada saya kepada orang lain. Itu sahaja.
Saya selalu minta Allah berikan saya peluang pekerjaan yang baik dengan rezeki yang halal. Saya sangka kerjaya sebagai interior designer adalah lebih baik dari architecture. Tapi, Allah lebih tahu.
Alhamdulillah, minggu depan saya akan mula bekerja sebagai Junior Architect. Adalah sedikit rasa 'gerun' tapi saya tengok bakal majikan saya tu baik orangnya. Dia bukan seperti seorang majikan tapi lebih kepada seorang guru.
Bukankah saya sendiri yang meminta dari Allah supaya mengurniakan saya kerja yang baik dengan rezeki yang halal? Saya percaya Allah tahu itu yang terbaik untuk saya. Saya tengok bakal majikan saya ni seorang yang sedia berkongsi. Masa temuduga pun dia ada tanya bangunan apa di Malaysia yang saya rasakan terbaik aspek senibinanya.
Ada banyak bangunan di Malaysia ni yang bagus rekabentuknya. Tapi, ini yang terlintas dalam jawapan saya, DIAMOND BUILDING PUTRAJAYA. Kalau saya nak cerita fasal bangunan ni rasanya kena buat post lain kut. Cuma nak cerita bangunan ni sangat bagus dari aspek eco-design, energy efficiency, heat control, self shading facade. Oh, okey cukup-cukup.
Kemudian, bakal majikan saya tu tunjukkan portfolio firma dia. Oh, bukan saya sahaja yang datang temuduga tunjuk portfolio, firma tu pun tunjuk portfolio dia juga! Setelah membelek beberapa rekabentuk projek yang pernah dibuat oleh firma tersebut, Subhanallah. Diamond Building adalah rekaan bakal majikan saya. Patutlah dia senyum saja masa saya cerita fasal bangunan tu. Ni namanya 'mengipas tanpa niat'. Hehehe. :) Terima kasih, Allah.
Dulu, saya rasa "Tak naklah jadi arkitek! Sebab belajar senibina ni tertekan." Tapi, entahlah. Saya rasa persepsi hati saya ni dah bertukar. Kan Allah lebih tahu. Dan Allah juga yang membolak-balikkan hati. Kalau ada rezeki, saya nak sambung belajar lagi. Ya, dalam bidang senibina. Dan saya rasa kerja yang bakal saya mulakan minggu depan ni dapat membantu saya.
Ambil LAM Part 2 kena buat thesis. Saya ada menghadiri beberapa temuduga sebelum ni tapi firma yang satu ini pilihan hati saya. Sebab, rekabentuknya lebih kepada eco-design dengan teknologi yang hebat. "Green Design is not just putting trees on the rooftop!" (Oh, facepalm!) Maka, saya dapat rasakan banyak perkara yang saya bakal belajar dari firma tersebut. Which is good for my Part 2 soon. :)
Sebagai seorang yang tamak (ishh..) kerjaya sebagai penulis saya tak akan lupakan. Antara senibina dan penulisan, ya saya terperangkap dalam dunia dimensi dunia yang berbeza. But I love it! Saya tak nafikan senibina ni dunia yang mencabar tapi dunia yang penuh cabaran tu boleh diubat dalam dunia penulisan yang menenangkan... So, saya nak dua-dua dunia tu. (Tamak kan?)
Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Julai. Secangkir Kopi Karamel. Okey, nah teaser sikit. Hehehehe.
Okey, akhir kata, sentiasalah bersangka baik pada Allah. Sebab Allah lebih tahu.
p/s: Jangan difikir derita akan berpanjangan. Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.
No comments:
Post a Comment