Monday, 30 July 2012
Review: KISAH CINTA 1000 WAJAH
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, tak sangka cerpen saya terpilih untuk dimuatkan dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah ni. Iyalah. Kalau nak diikutkan saya ni kategori penulis yang tersangatlah super junior dalam keluarga besar Jemari Seni. Saya tidaklah terlalu berharap semasa menghantar cerpen ni dulu. Iyalah, siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan penulis lain yang lebih berpengalaman. Terima kasih diucapkan kepada Kak Su dan para juri sebab memberikan saya peluang..
Dah sempat mencuri masa untuk meng'khatam'kan antologi ni. Saya setuju dengan kata editor JS Adiwarna, "cinta tu tak klise..." sebab antologi ni dah membuktikan kata-kata editor tu betul. Secebis review:
1. Berikan Aku Kekuatan Itu (Szalies)
Dalam dunia ni tak ada ibu yang sempurna. Tapi seorang ibu akan cuba memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anaknya. Tak ada orang yang sanggup berkorban seperti apa yang telah ibu kita korbankan.
2. Bukan Satu Kebetulan (Kamalia)
Kadang-kadang, cinta itu tak terluah. Tapi betul kata orang. Luahkanlah sebelum terlambat. Mana tahu, si dia juga menyimpan rasa yang sama.
3. Cerita Cinta Buku Merah Jambu (Hafizul Osman)
Seseorang itu romantik bukan melalui kata-kata tetapi melalui perbuatan dan tulisan. Berakhirnya hayat bukan bermakna berakhirnya sayang.
4. Cinta Itu Bahagia (Aidah Bakri)
Jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin tertulis seorang lelaki itu 'tulang rusuknya yang hilang bukanlah satu'. Tapi, Allah tahu apa yang terbaik. Setiap yang berlaku ada hikmah. Sebagai hamba-Nya, menyerah bukanlah kerana lemah, tapi kerana reda.
5. Kereta Api dan Filosof Cinta (John Norafizan)
Hidayah Allah itu datang kepada orang yang dikehendakiNya. Berusahalah menjadi insan yang baik supaya Allah menemukan kita dengan 'gloire de dijon' yang terbaik.
6. Ini Dosa Siapa? (Imaen)
Lumrah manusia. Persis lagu semasa zaman kanak-kanak, Bangau oh Bangau. Kita kerap menunding jari kepada pihak lain tatkala ditimpa masalah semata-mata menjulang ego. Adakalanya, kita perlu kenal erti 'muhasabah'.
7. Isteriku Seorang Geisha (Hafizul Osman)
Tak ada orang baik tak ada masa silam. Tak ada orang jahat tak ada masa depan. Maka kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan masa lampau. Fitrah manusia itu hatinya boleh berubah.
8. Kerana Aku Bernama Tasha (Dihsar Ludba Haqifa)
Dalam hidup ni, tak semestinya kita dapat apa yang kita nak. Tapi kita kena ingat janji Allah, "mungkin apa yang kita rasakan baik itu buruk buat kita, mungkin apa yang kita rasakan yang buruk itu baik buat kita..."
9. Laksa Kam (Hafizah Iszahanid)
Jangan terlalu buruk sangka. Mungkin apa yang kita sangka itu bukanlah apa yang dipanggil 'kebenaran'. Percayalah, cinta itu datang melalui pelbagai cara.
10. Leo itu Bintang Kamu (Misdhiaz)
Orang yang selalu membuat orang lain bahagia belum tentu orang yang paling bahagia dalam hidupnya. Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang menghargai apa yang dia ada.
11. Lola (Ika Madera)
Setiap orang ada sifat 'aneh' sendiri. Tapi, adakalanya sifat 'aneh' tu yang buat orang jatuh hati. Tak perlu mencari yang terlalu sempurna. Cukuplah menerima seseorang seadanya.
12. Maya Iskandar (Pingu Toha)
Cinta dalam mimpi? Mimpikan orang yang tak dikenali? Tapi ada satu rasa yang buat kita mahu mencari si dia di alam realiti.
13. Mengenangmu (Fatihah Pauzihal)
Ajal itu bukan pemisah cinta. Kerana ada rasa percaya bahawa cinta sejati akan bertemu di syurga. Mungkin kerana cerpen ini adalah kisah benar, kesedihan itu jelas terasa.
14. Menunggu Salji (John Norafizan)
Cinta tiga segi. Yang pergi tak mungkin kembali. Yang masih ada perlu teruskan kehidupan. Kehidupan mengajar kita apa itu erti ketentuan.
15. Sepucuk Surat Cinta (Dari Lembah Kundasang) (Noor Suraya)
Ada masanya, kita cuma menyedari sesuatu itu berharga apabila sudah tiada di depan mata. Belajarlah erti menghargai. Jangan apabila sudah terlambat baru nak menyesal sendiri.
16. Sujud Syukur Kerana Cinta. (Ijazati Habib)
Yang ni tak boleh komen apa-apa. Tapi saya memerlukan komen dari pembaca. Cerpen ni didedikasikan khas buat kawan-kawan saya sempena konvokesyen yang bakal menjelang. Kepada Im, Iqbal, Fahmy, Luqman, Azizul terima kasih untuk PERSAHABATAN.
17. Yang Terlewat (Nazawati)
Perkahwinan itu adalah satu ikatan yang memberikan keberkatan. Momokan bahawa perkahwinan itu menakutkan bukanlah satu alasan. Sunnah Rasulullah itu benar.
18. Zara Amanda Perempuan Gedik (Haswida Abu Bakar)
Jangan terlalu membenci. Kelak nanti jatuh hati. Jangan terlalu sayang. Takut satu hari nanti rasa itu makin berkurang. Tak semestinya apa yang kita nak itu yang kita dapat. Kerana hidup ini aturan Allah.
Sekali lagi jutaan terima kasih buat Kak Su, barisan panel dan keluarga besar Jemari Seni. Sebarang kesilapan harap dimaafkan. Apa-apa pun, sama semakin bersemangat untuk menulis lagi. InsyaAllah, akan ada lagi selepas Ros Biru untuk Dia.
Kepada para pembaca, jangan lupa dapatkan antologi ni. Best. Satu buku yang memberi 1000 rasa. :-)
With love: IJAZATI HABIB
p/s: Ijazati maksudnya membenarkan. Habib maksudnya cinta. Just don't ask me why... Hehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cinta itu bahagia, cinta itu derita... frasa ini benar jika kita membenarkannya! Selamat maju jaya!
ReplyDeleteterima kasih kak fatihah pauzihal... :)
ReplyDelete