Friday, 28 June 2013

Di Sebalik Secangkir Kopi


CERITA SECANGKIR KOPI...

Alhamdulillah... Setelah lebih setahun Ros Biru untuk Dia, 'anak' kedua saya bakal lahir. Secangkir Kopi Karamel. Tak lama. Lagi 3 hari je. Berdebar-debar menghitung hari. (Pergh. Macam pengantin pula bunyinya. Bhahaha)  ^___^

"Secangkir Kopi Karamel cerita tentang apa ya?"

Itu yang ramai orang tanya. Tentang apa? Saya boleh cakap Secangkir Kopi Karamel ni

tentang FAITH
tentang LOVE
tentang LOYALTY
tentang TRUST
tentang HIJRAH
tentang DIA
and of course, tentang my favourite KOPI! Hehehe.


Terharu tengok cover novel yang sangat 'comel'. Terima kasih kepada pereka grafik yang merealisasikan impian saya, si manusia obses kopi.


Pengalaman menulis Secangkir Kopi Karamel ni, saya boleh kategorikan sebagai satu pengalaman yang indah. Sebab ada sesetengah babak buat saya rasa saya menaip dalam suasana bunga sakura gugur (Wei, punya melampau! Syok sendiri betul bunyinya.) Bhahahahahaha. Sungguh tak boleh blah.

Teaser? Novel Secangkir Kopi Karamel ni ada teaser kartun-kartun je. Kartun tu semua lukis masa zaman menganggur lepas grad dulu. Jelas ketara kat situ sungguh banyak masa terluang si penanam anggur.

TEASER SECANGKIR KOPI KARAMEL

Bab awal dah keluar dekat website Jemari Seni. Boleh baca Bab 1-5 Secangkir Kopi Karamel. Eh, sungguh excited tengok gambar secawan kopi pada setiap bab baharu tu!

Saya harap novel Secangkir Kopi Karamel ni bukan untuk hiburan semata-mata. Saya harap saya dapat berkongsi sesuatu yang baru/ilmu dengan pembaca.

Bila nak tulis novel lagi? Perasaan nak tulis tu memang membuak-buak. Tapi, saya tak nafikan sejak dah kerja ni saya ada sedikit kekangan masa. Tapi saya akan cuba tulis sikit-sikit. Doakan saya ya?

With Love: IJAZATI HABIB

p/s: Saat mata terpejam, hanya kau kuterbayang. Saat mata terbuka, kamulah yang pertama. (Eh, macam tak ada kaitan. Tapi sebenarnya saya tengah dengar lagu Faizal Tahir. Hehehe)

3 comments:

  1. Lyana dah beli, dah habis baca dah. Sangat2 best. Beli jangan tak beli. Cite skk ni comelllll sangat bagi lyana. keanak-anakan sikit tp menangis jugak lyana baca. Sungguh kehidupan tu sesuatu yang tak dijangka kan. Ia menjadi mudah apabila kita menerima ketentuan dari Allah dengan penuh kesabaran. Tahniah buat penulis kerana diberi anugerah untuk mencipta cerita yang begitu indah ini. Seriously jatuh cinta dah dengan rayyan..hik3 =D
    "saya cuma tak boleh dua perkara je..." wahh..
    Irdina pun sangat comel. Kuat merajuk macam saya.hihi... Best sebab cite ni tak jadikan heroin dia macam perempuan melayu terakhir yang pakar dalam semua perkara,tapi untuk setiap kelemahan yg ada itu, dia sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik. Dan bertambah comel sebab rayyan tak pernah ambil kesempatan terhadap kelemahan isteri dia. Tak puas baca cerita rayyan dan irdina. rasa nak baca sambungan lagi..hehe Lots of love for Ms. Ijazati Habib.

    ReplyDelete