Bahan red velvet (40 cups):
1 1/2 cawan self raising flour
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 buku butter
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil sodium bikarbonat
Bahan red paste:
1 sudu serbuk koko
3 sudu pewarna merah
Bahan buttermilk:
1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecil cuka
Bahan cream cheese frosting:
1/2 buku cream cheese
1/4 buku butter
1 sudu kecil esen vanilla
1 cup icing sugar
Cara-cara:
1. Ayak self-raising flour dengan baking powder.
2. Sediakan red paste. Campurkan serbuk koko dan pewarna merah. Kacau sehingga sebati.
3. Pukul gula dan butter sampai kembang. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan red paste.
5. Untuk penyediaan buttermilk, campurkan fresh milk dengan cuka. Kacau sehingga sebati.
6. Masukkan 1/3 tepung ke dalam adunan beserta 1/2 buttermilk. Kacau rata. Masukkan lagi 1/3 tepung dan lebihan buttermilk. Apabila sudah sebati masukkan lagi lebihan tepung ke dalam adunan dan kacau rata.
7. Campurkan cuka dengan sodium bikarbonat. Apabila bancuhan cuka berbuih, masukkan dengan cepat ke dalam adunan.
8. Masukkan ke dalam cawan kek dengan sukatan 1/3 cawan. Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit.
9. Untuk penyediaan cream cheese frosting, campurkan kesemua bahan untuk frosting dan pukul sehingga rata. Apabila red velvet sudah sejuk, sapukan frosting ke atas red velvet dan buatlah hiasan sesuka hati. Siap... :)
Friday, 24 August 2012
Monday, 30 July 2012
Review: KISAH CINTA 1000 WAJAH
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, tak sangka cerpen saya terpilih untuk dimuatkan dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah ni. Iyalah. Kalau nak diikutkan saya ni kategori penulis yang tersangatlah super junior dalam keluarga besar Jemari Seni. Saya tidaklah terlalu berharap semasa menghantar cerpen ni dulu. Iyalah, siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan penulis lain yang lebih berpengalaman. Terima kasih diucapkan kepada Kak Su dan para juri sebab memberikan saya peluang..
Dah sempat mencuri masa untuk meng'khatam'kan antologi ni. Saya setuju dengan kata editor JS Adiwarna, "cinta tu tak klise..." sebab antologi ni dah membuktikan kata-kata editor tu betul. Secebis review:
1. Berikan Aku Kekuatan Itu (Szalies)
Dalam dunia ni tak ada ibu yang sempurna. Tapi seorang ibu akan cuba memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anaknya. Tak ada orang yang sanggup berkorban seperti apa yang telah ibu kita korbankan.
2. Bukan Satu Kebetulan (Kamalia)
Kadang-kadang, cinta itu tak terluah. Tapi betul kata orang. Luahkanlah sebelum terlambat. Mana tahu, si dia juga menyimpan rasa yang sama.
3. Cerita Cinta Buku Merah Jambu (Hafizul Osman)
Seseorang itu romantik bukan melalui kata-kata tetapi melalui perbuatan dan tulisan. Berakhirnya hayat bukan bermakna berakhirnya sayang.
4. Cinta Itu Bahagia (Aidah Bakri)
Jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin tertulis seorang lelaki itu 'tulang rusuknya yang hilang bukanlah satu'. Tapi, Allah tahu apa yang terbaik. Setiap yang berlaku ada hikmah. Sebagai hamba-Nya, menyerah bukanlah kerana lemah, tapi kerana reda.
5. Kereta Api dan Filosof Cinta (John Norafizan)
Hidayah Allah itu datang kepada orang yang dikehendakiNya. Berusahalah menjadi insan yang baik supaya Allah menemukan kita dengan 'gloire de dijon' yang terbaik.
6. Ini Dosa Siapa? (Imaen)
Lumrah manusia. Persis lagu semasa zaman kanak-kanak, Bangau oh Bangau. Kita kerap menunding jari kepada pihak lain tatkala ditimpa masalah semata-mata menjulang ego. Adakalanya, kita perlu kenal erti 'muhasabah'.
7. Isteriku Seorang Geisha (Hafizul Osman)
Tak ada orang baik tak ada masa silam. Tak ada orang jahat tak ada masa depan. Maka kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan masa lampau. Fitrah manusia itu hatinya boleh berubah.
8. Kerana Aku Bernama Tasha (Dihsar Ludba Haqifa)
Dalam hidup ni, tak semestinya kita dapat apa yang kita nak. Tapi kita kena ingat janji Allah, "mungkin apa yang kita rasakan baik itu buruk buat kita, mungkin apa yang kita rasakan yang buruk itu baik buat kita..."
9. Laksa Kam (Hafizah Iszahanid)
Jangan terlalu buruk sangka. Mungkin apa yang kita sangka itu bukanlah apa yang dipanggil 'kebenaran'. Percayalah, cinta itu datang melalui pelbagai cara.
10. Leo itu Bintang Kamu (Misdhiaz)
Orang yang selalu membuat orang lain bahagia belum tentu orang yang paling bahagia dalam hidupnya. Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang menghargai apa yang dia ada.
11. Lola (Ika Madera)
Setiap orang ada sifat 'aneh' sendiri. Tapi, adakalanya sifat 'aneh' tu yang buat orang jatuh hati. Tak perlu mencari yang terlalu sempurna. Cukuplah menerima seseorang seadanya.
12. Maya Iskandar (Pingu Toha)
Cinta dalam mimpi? Mimpikan orang yang tak dikenali? Tapi ada satu rasa yang buat kita mahu mencari si dia di alam realiti.
13. Mengenangmu (Fatihah Pauzihal)
Ajal itu bukan pemisah cinta. Kerana ada rasa percaya bahawa cinta sejati akan bertemu di syurga. Mungkin kerana cerpen ini adalah kisah benar, kesedihan itu jelas terasa.
14. Menunggu Salji (John Norafizan)
Cinta tiga segi. Yang pergi tak mungkin kembali. Yang masih ada perlu teruskan kehidupan. Kehidupan mengajar kita apa itu erti ketentuan.
15. Sepucuk Surat Cinta (Dari Lembah Kundasang) (Noor Suraya)
Ada masanya, kita cuma menyedari sesuatu itu berharga apabila sudah tiada di depan mata. Belajarlah erti menghargai. Jangan apabila sudah terlambat baru nak menyesal sendiri.
16. Sujud Syukur Kerana Cinta. (Ijazati Habib)
Yang ni tak boleh komen apa-apa. Tapi saya memerlukan komen dari pembaca. Cerpen ni didedikasikan khas buat kawan-kawan saya sempena konvokesyen yang bakal menjelang. Kepada Im, Iqbal, Fahmy, Luqman, Azizul terima kasih untuk PERSAHABATAN.
17. Yang Terlewat (Nazawati)
Perkahwinan itu adalah satu ikatan yang memberikan keberkatan. Momokan bahawa perkahwinan itu menakutkan bukanlah satu alasan. Sunnah Rasulullah itu benar.
18. Zara Amanda Perempuan Gedik (Haswida Abu Bakar)
Jangan terlalu membenci. Kelak nanti jatuh hati. Jangan terlalu sayang. Takut satu hari nanti rasa itu makin berkurang. Tak semestinya apa yang kita nak itu yang kita dapat. Kerana hidup ini aturan Allah.
Sekali lagi jutaan terima kasih buat Kak Su, barisan panel dan keluarga besar Jemari Seni. Sebarang kesilapan harap dimaafkan. Apa-apa pun, sama semakin bersemangat untuk menulis lagi. InsyaAllah, akan ada lagi selepas Ros Biru untuk Dia.
Kepada para pembaca, jangan lupa dapatkan antologi ni. Best. Satu buku yang memberi 1000 rasa. :-)
With love: IJAZATI HABIB
p/s: Ijazati maksudnya membenarkan. Habib maksudnya cinta. Just don't ask me why... Hehehe.
Wednesday, 27 June 2012
From CIREBON with love!
![]() |
| Credit: Nanna Mhamod |
Assalamualaikum...
Blog update kali ni bukan fasal novel. Tapi fasal pengalaman saya yang mungkin cuma sekali seumur hidup. Trip to Cirebon. Rombongan seramai 41 orang ni bukanlah untuk bercuti ya. Tapi untuk membuat kajian mengenai seorang tokoh Islam dan peradaban Islam di bumi Cirebon.
Tokoh Islam yang kumpulan nusantara Batch Ozen kaji kali ni ialah SUNAN GUNUNG JATI a.k.a Sharif Hidayatullah. Tak kenal? Beliau adalah salah seorang wali songo (belajar sejarah kan? mesti tahu apa itu wali songo) dan beliau adalah wali yang termuda sekali. Hasil kajian kami, Syarif Hidayatullah adalah pewaris keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang datang ke Cirebon untuk berdakwah. Kami report team ada siapkan chart untuk susur galur keturunan dari Nabi Muhammad sampai Syariff Hidayatullah.
![]() |
| credit; google...hahaha |
![]() |
| credit: google gak |
And, duduk dekat Cirebon merasalah masuk paper... Hehehe. Duduk kat Malaysia tak pernah masuk paper kot. Tapi, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di tempat sendiri. Ye dak?
![]() |
| Koran Radar Cirebon |
![]() |
| Koran Kabar Cirebon |
![]() |
| Makam Sunan Gunung Jati, Gunung Sembung (credit: nanat) |
![]() |
| Kota Lama (credit: Fariza) |
![]() |
| Tangkuban Parahu, Bandung (credit:nanat) |
![]() |
| Dalam kawasan Keraton (credit:nanat) |
Saya akhiri post ini (haram...cam ucapan Muazan plak bunyinya) dengan hasil nukilan Syarfiq Cipit yang kunun-kununnye sweet... :p
mencari rentak susur sang wali,
langkah disusun satu per satu,
dugaan menimpa tidak disesali,
andai percaya pada yg SATU...
akal digabung, bahu di ganding,
peroleh jawapan, inginnya satu,
tidaklah pergi untuk bertanding,
mencari rahsia sebalik batu....
rela merentas langit dan lautan,
keresahan tiba tiada peduli,
andainya itu sudah suratan,
ke tanah jawa kami susuli....
p/s: Kami cuma trauma dgn satu mende: Pape pun, Cirebon, we'll miss it!
Saturday, 14 April 2012
Jika Tak Kerna Kamu...
Assalamualaikum...
Oh... lama gila tak update blog. Kalaulah benih-benih spora mampu menempel pada blog ni memang dah ada macam-macam species cendawan kot tumbuh melata. Huhuhu. Lately sangat sangat sibuk. Tiba-tiba terbuka hati rasa nak menulis kat sini. Tu pun sebab cam trauma asyik tekan 'space bar' n 'esc' (space bar and esc are the most favourite keys on keyboard for architects.. AutoCAD punya fasal..hahahahaha)
12 April yang lalu (ceh3...skema gila) macam lagu rock kapak tu yang tajuk dia SEUMPAMA MIMPI DI DALAM MIMPI.. Hahaha. Beberapa hari sebelum tu ada someone post satu poster kat group Architecture.KAED. Dengan semangat semangkuknya si Syarfiq tag cakap "Pija Ijazati Habib, ada Adam?" Oh, tindakan refleks saya lepas tengok komen Cipit a.k.a Syarfiq >>> nganga depan desktop. Hahaha.
Rupanya Abang Adam datang sempena KAED Islamic Carnival. Majlis pembukaan tu dimulakan dengan persembahan satu kumpulan dari student KAED, kumpulan Saljuk. Okey, frankly speaking lagu and lirik ciptaan diorang yang bertajuk Anugerah Terindah tu sangat bagus. Apa lagi anugerah terindah dalam hidup kita kalau bukan Islam. Sebab, hidayah Allah tu bukan untuk semua orang. Bersyukurlah kita lahir sebagai seorang Muslim. Ni gambar kumpulan Saljuk tu (Yang tengah tu terkecuali. Harap maklum. Hehehe.) Tapi ada dua orang ahli tak ada dalam gambar ni, Encik TOP merangkap main vocal dan 'my adik kecik' yang main instrument apa ntah nama dia.
Okey. Next performance after Saljuk ni Rahmat Mega dengan lagu dia tajuk Suara and lagu yang Farah Mas paling tak puas hati (sebab dia cakap lirik lagu part "andai diberikan emas permata, kupilih senyumanmu" tu hyperbola sangat..hahaha..) Bayangan Gurauan. Haish Farah. Nama tajuk lagu tu pun Bayangan Gurauan. Dia gurau-gurau je. Hehehe. Btw, berapa umur Rahmat Mega ni ye? Aku rasa aku dah dengar lagu dia dari kecil tapi dia macam muda je lagi. Hahaha.
Next performance yang ditunggu-tunggu (gelojoh sangat kamu pija!) my Abang Adam. Oh, ada story fasal ni! Dalam pukul 6.30 petang hari kejadian, saya dapat call dari main com Archimic (KAED-Kulliyyah of Architecture and Environment Design punya kelab la lebih kurang) yang minta saya untuk jadi usherette abang Adam untuk malam tu. Adei, tak fasal-fasal. Tapi tak apalah. Saya seronok je. Hehehe. Malam tu abang Adam nyanyi dua lagu yang sweet, Jika Tak Kerna Kamu dan Tiga Kata. Thumbs up banyak-banyak-banyak. Errr... orang nervous memang selalu salah. Hihihi... ;)
Hehehe. Lepas abang Adam ada sedikit pengisian rohani dari Imam Muda Azhar. My comment, penyampaian dakwah yang santai dengan cerita-cerita yang menarik tapi mesej sampai. Antaranya, dia bercakap fasal 'islamic couple' (oh, that kind of 'islamic couple' never exist!) Diibaratkan seorang lelaki memelihara khinzir dengan memberikan makanan yang baik, membersihkan binatang tersebut setiap hari hatta memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sekalipun pada binatang tersebut setiap hari, khinzir tetap sesuatu yang haram. Senang cerita matlamat tidak menghalalkan cara. Yang haram tetap haram. Imam Muda ni boleh tahan kelakar juga. Dia cakap "pada pendapat saya, guru yang merotan ni bukanlah guru yang baik..." Terfikir-ikir juga memang ada dalil yang cakap macam tu ke. Tapi lepas tu Imam Muda ni sambung "cikgu saya baik sebab dia tak rotan, dia bantai guna batang mop je..." Eiyh! Teringat anak kak Su si Aisya yang gelak sakan sebab ayat ni.
Apa-apa pun, rasa lega sebab dah tunaikan janji. Hehehe. Terima kasih banyak-banyak ye abang untuk lagu 'Pergilah' dan 'Ellena'... Lagu Ellena ni juga saya pinjam untuk teaser.
And sorry la sebab autograph saya tak glamour. Hehehe. Cerita fasal autograph, biasanya pada novel Ros Biru untuk Dia saya sign untuk orang lain. Hehehe.
Tapi untuk novel simpanan saya sendiri, saya minta abang Adam sign. Hehehe. To Pija, ADAM LOVE YOU. I love you too lah, abang! Hehehehe.
Hehehe. Malam tu juga jumpa beberapa orang AVX. Antaranya, Kak Deeda, Kak Su, Aisya, Nazurah, Asilah, Zieha, and ada beberapa orang lagi (sorry...certain name i can't remember but lots of thanks sebab sudi datang n support). Paling excited jumpa my daughter, Cik Nisa! Love!
Okeylah. Lepas ni tak tahulah bila lagi nak menulis. Apa-apa pun saya nak menjemput semua hadir ke booth Jemari Seni pada 27 April-6 May. Insya-Allah ada diskaun. Dan Insya-Allah juga sesi tandatangan novel untuk saya pada 5 May (10-2petang) dan 6 May (2-6 petang). Jumpa di sana! With love, IJAZATI HABIB.
Tuesday, 31 January 2012
"HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II "
Assalamualaikum...
Jarang nak join contest. Tapi rasa contest ni macam menarik. Nak tahu butiran lanjut tentang contest ni boleh pergi ke blog Hafiz Zainal... By the way, blog dia best. Saya dah 'selongkar' blog dia. Ada cerita fasal dentistry student's life, kehidupan dia kat Mesir (thanks...saya guna untuk research for my 2nd novel) dan dia juga ada cerita fasal LOVE.. But of course from the guys way of love talk; COOL! Apa lagi. Jom follow! Follow twitter dia sekali... :)
Cerita fasal contest tu, SENYUM MAHAL II... Senyum Mahal 1 tak dapat join sebab saya fans Hafiz Zainal kategori 'newbie'. Hehehe. Untuk contest tu, saya pilih gambar ni...
Eh, main-main je! Hahaha. Salah satu syarat untuk contest tu kena ada gambar sendiri, tak kisah nak sengih seorang diri ataupun angkut satu kampung. Tarahal... So gambar atas ni tak cukup syarat. Majin Buu tu tak ada gigi lagipun.... Yang ni baru gambar betul...
(credit to mr. photographer yang tak pernah jemu edit+amik gambar saya&frens: zack )
i- Ceritakan kenapa anda rasa gamba senyuman
anda ini adalah senyuman mahal ?
Mahal sebab my friends selalu complaint saya kategori orang yang kedekut nak senyum nampak gigi. sedikit sebanyak ada betulnya... -_-" Kedekutnya saya....
ii- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?
Saya tertengok video Hafiz Zainal wat cover lagu Selena Gomez, Love You Like a Love Song. Rasa sedap pula cover tu sampai rasa nak download buat ringtone.
Saya saja-saja cari facebook Hafiz Zainal. Fortunately, I found the real fanpage. Tengok-tengok dalam facebook tu ada contest. Nasib baik belum terlambat nak join. Hafiz, I admit that I clicked 'like' on your page few hours ago... And now my fingers are running on the keyboard for this contest. Tak tahu kenapa join contest ni. Maybe sebab teruja belum terlambat nak join.
(Errr....sorry jawapan panjang siap ada kronologi. As a novelist, I cant control my fingers... Hehehe.)
iii- Apa 1st impression korang terhadap org yg pakai braces ?
Bila si pemakai braces bercakap, rasa macam nak nyanyi lagu 'Lady Antebellum; Can't Take My Eyes Off You' bukan pada orang tapi kat braces tu. I keep staring at the braces. So, orang yang pakai braces ni 'eye catching' bila bercakap... Hehehehe...
3 orang cute yang saya nak tag:
p/s: Saya belajar senyum nampak gigi lepas tragedi dalam video ni... Hahaha..Apa-apa pun senyum lah...Tu lah cara paling senang nak dapat pahala. Muka pun tak cepat tua... :) With love...
Friday, 20 January 2012
Ros Biru Untuk Abang Adam ;)
Assalamualaikum semua... Dah agak lama tak update blog. Kebelakangan ni sibuk sikit. Alhamdulillah, novel sulung saya ROS BIRU UNTUK DIA dah berada dalam tangan pada 19 Januari lepas. Segar dari lori. Hahaha. Rasa teruja juga bila tengok novel tu. Macam tak percaya dari Microsoft Word dah jadi satu buku.
Novel ni belum ada di pasaran. Tapi tempahan sudah boleh dibuat di laman web rasmi Jemari Seni http://jemariseni.com/ dengan tawaran diskaun sebanyak 20% dan caj pos percuma bagi pembelian lebih dari dua buah novel.
Cerita tentang novel ni, saya nak cakap terima kasih dekat Encik Mohd Aizam sebab pinjamkan lirik lagu 'Pergilah' dan 'Ellena'. Hero novel ni pun nama Adam juga. Tapi bukan Mohd Aizam. Nama hero tu Adam Zafran. Ni petikan dari novel tu yang guna lirik lagu abang...
LYANNA memandu dalam keadaan yang tidak keruan. Air mata tidak berhenti membasahi pipi. Adam dah benci Lyanna. Adam rasa tertipu. Suara ceria deejay radio yang berkumandang dari radio di dalam kereta langsung tidak mampu memujuk hati Lyanna. Terluka! Kecewa!
“Lagu seterusnya adalah nyanyian Adam. Wah, lagu ini sarat dengan kisah luka kerana kekasih yang curang! Marilah kita dengarkan lagu Adam, dengan tajuknya Pergilah…” suara deejay menyentak Lyanna. Adam? Memanglah yang nyanyi tu bukan Adam Zafran tapi Adam bekas pelajar Akademi Fantasia. Nama sahaja yang sama.
Pabila ku merenung tepat dalam matamu,
Ku rasa bagai suatu mengganggu fikiranmu,
Bagai satu rahsia tapi kau sembunyikannya,
Apakah maksudmu sayang…
Air mata Lyanna semakin lebat. Terasa seperti Adam Zafran menujukan lagi tersebut khas buatnya.
Kini ku mengerti apa yang terjadi,
Kini kau dah punya teman baru,
Namun ku tetap melepaskanmu,
Just go away, just go away, just go away…
Memang salah Lyanna sendiri kerana menyembunyikan perkahwinan Lyanna dengan Fakhrul. Bukan niat Lyanna hendak menipu Adam. Bukan. Lyanna nak menjaga hati Adam. Lyanna tak nak Adam terluka. Tapi, sekarang Adam benar-benar terluka.
Tak akan ku kembali ke sisimu kasih,Segalanya kini dah berakhir,Selamat kuucapkan,Bahagia di sisi teman baru yang kau cinta,Pergilah, pergilah, pergilah saja…
Lyanna tidak mampu lagi menahan perasaan. Adam, Lyanna tak cintakan Fakhrul. Tak pernah. Lyanna tak bahagia dengan dia. Dia tak sayangkan Lyanna. Lyanna tak curang. Perkahwinan ini terjadi atas kejadian salah faham. Lyanna tak rela.
Lyanna memberikan isyarat ke kiri. Lyanna memberhentikan kereta di lorong kecemasan. Segala kesedihan Lyanna dihamburkan sepuas-puasnya. Teresak-esak Lyanna menangis di dalam kereta.
Hehehe... Itulah antara petikan dalam novel ROS BIRU UNTUK DIA... Sinopsis untuk novel ni boleh baca dekat sini https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150488650098193 ...
Specially for abang Adam, terima kasih banyak-banyak untuk lirik lagu tu. Saya tak nafikan lirik lagu 'Pergilah' dan 'Ellena' adalah sumber inspirasi untuk jalan cerita novel saya. Nama ADAM tu sendiri pun bagi semangat pada saya, sebab saya ingat abang pernah cakap "Percaya rezeki dari Allah, bukan dari pengutuk..." Nice saying! Semoga rezeki abang bertambah murah ye... Amin. Abang tunggu novel+autograph sampai kat tangan abang nanti. Tapi autograph saya tak glamer la... Hehehe... Tak lupa pada Kak Deeda. Terima kasih atas pertolongan+nasihat+tunjuk ajar. Akak cool!
By the way, saya berniat nak bagi lima novel ni secara percuma. Tapi, untuk berlaku adil saya buat ala-ala contest. Alah bukan kuiz susah-susah, slogan je. Sesipa yang berminat untuk mendapatkan novel ROS BIRU UNTUK DIA secara percuma, boleh lengkapkan slogan ni. Saya berminat untuk mendapatkan novel Ros Biru untuk Dia karya Ijazati Habib kerana ................... (tidak lebih 20 patah perkataan). Slogan boleh dihantar ke inbox facebook saya hingga 22 Januari. Lima slogan terbaik akan memiliki novel sulung saya + autograph yang tak seberapa. Hehehe.
Saya harap novel pertama saya ni dapat memuaskan hati para pencinta novel. Mungkin ada banyak kekurangan sebab ini adalah kali pertama saya menulis novel. Saya nak ucapkan terima kasih juga pada Kak Su,Kak Maryah, Cik Editor Shida dan Jemari Seni. Salah dan silap harap dimaafi.
p/s: Kak Maryah Jemari Seni cakap,pembaca mesti suka pada watak Adam. Frankly speaking, saya mengaku saya jatuh hati pada hero novel saya sendiri. Trust me, ADAM ZAFRAN is cool.. ;)
Friday, 18 November 2011
RAIN-MUSIC OF THE CLOUD
Rain as the music of the cloud? Oh, ni cuma konsep untuk gambar V.I.P yang aku edit ni. Taraaaa...
Hehehe.. Kalau orang cakap hujan tu muzik untuk awan, dance pula umpama Bumi. Sebab hujan bagi kehidupan pada Bumi. Sama macam muzik yang bagi kehidupan pada dance. Without music, people will unable to dance, even if they could they can't enjoy it. Different genre of music produce different kind of dance. Sama macam hujan. Kalau hujan renyai-renyai, bunyi dia lain. Kalau hujan lebat, siap ada gurh+petir tu rhythm dia lain...
Okey, lack of idea. Just doing this for competition organized by Eida n Nisa. Last minute works. Hahaha. The end of the story, with love. Tatatititutu,,,,
Subscribe to:
Posts (Atom)



























