Saturday, 14 April 2012

Jika Tak Kerna Kamu...


Assalamualaikum...

Oh... lama gila tak update blog. Kalaulah benih-benih spora mampu menempel pada blog ni memang dah ada macam-macam species cendawan kot tumbuh melata. Huhuhu. Lately sangat sangat sibuk. Tiba-tiba terbuka hati rasa nak menulis kat sini. Tu pun sebab cam trauma asyik tekan 'space bar' n 'esc' (space bar and esc are the most favourite keys on keyboard for architects.. AutoCAD punya fasal..hahahahaha) 

12 April yang lalu (ceh3...skema gila) macam lagu rock kapak tu yang tajuk dia SEUMPAMA MIMPI DI DALAM MIMPI.. Hahaha. Beberapa hari sebelum tu ada someone post satu poster kat group Architecture.KAED. Dengan semangat semangkuknya si Syarfiq tag cakap "Pija Ijazati Habib, ada Adam?" Oh, tindakan refleks saya lepas tengok komen Cipit a.k.a Syarfiq >>> nganga depan desktop. Hahaha.

Rupanya Abang Adam datang sempena KAED Islamic Carnival. Majlis pembukaan tu dimulakan dengan persembahan satu kumpulan dari student KAED, kumpulan Saljuk. Okey, frankly speaking lagu and lirik ciptaan diorang yang bertajuk Anugerah Terindah tu sangat bagus. Apa lagi anugerah terindah dalam hidup kita kalau bukan Islam. Sebab, hidayah Allah tu bukan untuk semua orang. Bersyukurlah kita lahir sebagai seorang Muslim. Ni gambar kumpulan Saljuk tu (Yang tengah tu terkecuali. Harap maklum. Hehehe.) Tapi ada dua orang ahli tak ada dalam gambar ni, Encik TOP merangkap main vocal dan 'my adik kecik' yang main instrument apa ntah nama dia. 

Okey. Next performance after Saljuk ni Rahmat Mega dengan lagu dia tajuk Suara and lagu yang Farah Mas paling tak puas hati (sebab dia cakap lirik lagu part "andai diberikan emas permata, kupilih senyumanmu" tu hyperbola sangat..hahaha..) Bayangan Gurauan. Haish Farah. Nama tajuk lagu tu pun Bayangan Gurauan. Dia gurau-gurau je. Hehehe. Btw, berapa umur Rahmat Mega ni ye? Aku rasa aku dah dengar lagu dia dari kecil tapi dia macam muda je lagi. Hahaha.

Next performance yang ditunggu-tunggu (gelojoh sangat kamu pija!) my Abang Adam. Oh, ada story fasal ni! Dalam pukul 6.30 petang hari kejadian, saya dapat call dari main com Archimic (KAED-Kulliyyah of Architecture and Environment Design punya kelab la lebih kurang) yang minta saya untuk jadi usherette abang Adam untuk malam tu. Adei, tak fasal-fasal. Tapi tak apalah. Saya seronok je. Hehehe. Malam tu abang Adam nyanyi dua lagu yang sweet, Jika Tak Kerna Kamu dan Tiga Kata. Thumbs up banyak-banyak-banyak. Errr... orang nervous memang selalu salah. Hihihi... ;)

Hehehe. Lepas abang Adam ada sedikit pengisian rohani dari Imam Muda Azhar. My comment, penyampaian dakwah yang santai dengan cerita-cerita yang menarik tapi mesej sampai. Antaranya, dia bercakap fasal 'islamic couple' (oh, that kind of 'islamic couple' never exist!) Diibaratkan seorang lelaki memelihara khinzir dengan memberikan makanan yang baik, membersihkan binatang tersebut setiap hari hatta memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sekalipun pada binatang tersebut setiap hari, khinzir tetap sesuatu yang haram. Senang cerita matlamat tidak menghalalkan cara. Yang haram tetap haram. Imam Muda ni boleh tahan kelakar juga. Dia cakap "pada pendapat saya, guru yang merotan ni bukanlah guru yang baik..." Terfikir-ikir juga memang ada dalil yang cakap macam tu ke. Tapi lepas tu Imam Muda ni sambung "cikgu saya baik sebab dia tak rotan, dia bantai guna batang mop je..." Eiyh! Teringat anak kak Su si Aisya yang gelak sakan sebab ayat ni.



Apa-apa pun, rasa lega sebab dah tunaikan janji. Hehehe. Terima kasih banyak-banyak ye abang untuk lagu 'Pergilah' dan 'Ellena'... Lagu Ellena ni juga saya pinjam untuk teaser. 

And sorry la sebab autograph saya tak glamour. Hehehe. Cerita fasal autograph, biasanya pada novel Ros Biru untuk Dia saya sign untuk orang lain. Hehehe.

Tapi untuk novel simpanan saya sendiri, saya minta abang Adam sign. Hehehe. To Pija, ADAM LOVE YOU. I love you too lah, abang! Hehehehe.

Hehehe. Malam tu juga jumpa beberapa orang AVX. Antaranya, Kak Deeda, Kak Su, Aisya, Nazurah, Asilah, Zieha, and ada beberapa orang lagi (sorry...certain name i can't remember but lots of thanks sebab sudi datang n support). Paling excited jumpa my daughter, Cik Nisa! Love!

Okeylah. Lepas ni tak tahulah bila lagi nak menulis. Apa-apa pun saya nak menjemput semua hadir ke booth Jemari Seni pada 27 April-6 May. Insya-Allah ada diskaun. Dan Insya-Allah juga sesi tandatangan novel untuk saya pada 5 May (10-2petang) dan 6 May (2-6 petang). Jumpa di sana! With love, IJAZATI HABIB.






5 comments:

  1. Untung laaaaaa!! :'( mummy! kim slm kat papadam..hehehehe :D

    ReplyDelete
  2. hehehe..mummy da ckp da ari tu kat papadam..

    ReplyDelete
  3. Tau..then,,dye cakap ape? ahahahahhahahaa

    ReplyDelete
  4. mula2 cakap eida dia mcm x ingt tp bila cakap eida azhar dia senyum..heheheeh

    ReplyDelete
  5. Wahhh!! abg snyum?? hahahaha..thanks mummy..snyuman abg tu msti manis..kikiki (buat giler daa..) hahahaa

    ReplyDelete