Monday, 20 June 2011

10 sebab LELAKI tak respect PEREMPUAN

huhu..sebelum ni aku tulis fasal 10 sebab perempuan tak respect lelaki..atas permintaan beberapa org, aku buat 10 sebab lelaki tak respect perempuan pulak..sebab aku perempuan, ni sumei jawapan yg aku dpt dari member2 lelaki aku..credit member2 aku..hehe...




10 sebab LELAKI tak respect PEREMPUAN.

1. kau pakai tudung tapi dengan boyfriend kau kasi gambar free hair. boyfriend kau nak pegang apa-apa pun kau kasi. kau ingt kitorg nak buat perempuan macam kau bini? sorry, KAU PEREMPUAN MURAH...

2. bila kau hisap rokok kau rasa kau cool.. konon apa lelaki buat kau pun boleh buat.. kau rasa kau hisap rokok sebab kau nampak hebat.. kau silap.. wei, KAU PEREMPUAN LIAR..

3. asal ada fesyen terkini kau nak ikut.. berhabis duit untuk make-up, baju, bla.. bla.. bla.. bla... kau pernah cermin diri ke fesyen tu semua sesuai dengan kau atau tak? kadang-kadang macam mangsa fesyen je aku tengok.. kau ingat cantik? heh, KAU PEREMPUAN PLASTIK..

4. asal keluar kau minta belanja.. nak beli itu ini mintak kat boyfriend.. semua benda harap boyfriend kau settlekan.. apa kau ingat boyfriend kau tu kerja cop duit ke? woi, KAU PEREMPUAN PENGIKIS..

5. keluar shopping berjam-jam.. padahal nak beli baju sepasang je.. lepas tu banyak pula cekadaknya.. itu tak boleh, ini tak boleh.. nak makan pun memilih..konon warung tepi jalan xde class.. adoi, KAU PEREMPUAN CEREWET..

6. make-up tebal berinci-inci.. kau tak faham ke makna 'natural beauty'? dekat fb pulak berlambak-lambak gambar muka kau seorang tengah juih bibir.. kasihan aku tengok kau ni.. kau ingat tu seksi? hei, KAU PEREMPUAN BAJET CUN..

7. muka kau cun.. tapi kalau bukak almari baju kau, gila busuk..bilik tidur kau lantai pun tak rupa lantai.. pakai baju kerenyuk seribu pun kau tak kisah.. hoi, KAU PEREMPUAN PENGOTOR..

8. bila kau berborak dengan kawan-kawan kau, kau macam bercakap guna mikrofon..konon untuk tarik perhatian orang.. tengah azan pun kau nak borak sakan.. lepas tu gelak mengilai ramai-ramai.. herm, KAU TAK ADA KESOPANAN..

9. depan lelaki tersipu-sipu.. berjalan nak slow kalahkan siput.. makan pula macam tak reti nak buka mulut.. tapi belakang lelaki kau perangai pecah rumah.. kau ingat orang tak tahu? eleh, KAU PEREMPUAN HIPOKRIT..

10. time angin puting beliung kau datang, mulut kau macam tak ada insurans.. mencarut ke apa ke langsung kau tak kisah.. yang kau kisah emosi kau yang konon terusik tu je.. pergh, KAU PEREMPUAN CELUPAR..

p/s: ni untuk suka2..tak semua perempuan macam ni..n bkn semua perempuan ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni perempuan baik tak pupus lagi..huhuhuhu

sharing is caring..i don't mind people share this note..but please NO COPY AND PASTE..u will understand what i mean when u write something n people just simply pretending like it was theirs..thanks..

Tuesday, 17 May 2011

LIFE: keluarga baru..weeee..

hahahaha..gaya tajuk post aku macamlah baru lepas kahwin..haish..bukan..ni keluarga multidip aku..multidip ni subject yang gabungkan architect, surveyor, designer n landscaper utk sama2 siapkan project..sng cite ala2 firma la gitu..


ni logo company aku..haha..actually aksara tu bahasa melayu klasik..maksud dia 'huruf' atau sng citer 'alphabet'..haha..kenapa aksara? sebab, kalau nak membaca, ejaan kena betul baru maklumat sampai..even if we lost an alphabet, it may give a different meaning..contoh:brought / bought.. satu maksudnye bawak..satu maksudnya beli.. (ape aku merapu ni?) hahaha..tak adalah lah..senang cerita macam ni la..even aksara was only an alphabet, any changes even for the single of it will effect the whole word..kira kau macam nak highlight elemen teamwork la..kalau nak jadi company yg best lg macho dan hebat, kne la ada kerjasama dalam company tu..tak bley ada tercicir walaupun satu..hihihihih...


(ala2 majalah sekolah..hahahah..)
berdiri dari kiri: lego, fahmi, kak zati, fami nepe, kak et, lylia, pizah
duduk/berlutut dari kiri: azizul, jnol, apus, cipit, omar, anaz, mus
bersimpuh dari kiri (hahahaha): kak fiza, haura, mondok,fika, bujal, aku yg xcute n im..

aku harap btol kot sume nama ni..sejujurnya aku ada masalah nak ingat nama org..hehe..so kalau aku nk ingt aku kne tengok gambar..sebab kalau tengok dpn2 aku ingt kaler baju je..bila tengok gambar aku sng cket nk ingt.. (konon2 sweet la cara aku nak ingt org..ala2 tenung gambar enchik boypren sblm tido..hahahaha) bkn pe..sbb kalau camtu aku ingt nama sbb muka..aku mmg pelik cket..bkn cket..byk kot..buruk perangai kan..lagi satu sbb fb aku lg sng nak ingt nama korg..huhu..mintak ampun....


so far aku sonok keje kat ofis..part sonok gila mse hias opis..cbuk nk psycho opis mida n jiran2 yg len..haha..saje ske2..tp kdg2 aku cam penat..siang g ofis..malam ofis lg..tgh malam smpi subuh g achitecture workshop preparation..adeeeiii...so aku mntk maap la kat sume klo kdg2 aku mcm wat sengal2 blur cket..krg tdo la..naseb bek ofis aku gila2..kalo x, x mustahil aku ttdo dpn pintu opis..


huaaaa...gmbr lagi..pape pon aku happy knal member2 baru..member2 lama pon aku hepi jgak..hihihi..pasal multidip ni kalah ke mng blkg kira..yg penting kita sume wat keje enjoy..kan3?mne tau ada rezeki kte bley wat bisnes kat opis ke..klo de duet lebih boley wat jamuan2, makan2, bkelah2..haih..mkn je keje..hahahaha..pape pon, SALAM PERKENALAN..JOM KITA ENJOY MULTIDIP.. ;-p

Friday, 13 May 2011

pesanan buat kaum hawa: JANGAN 10 PERKARA KALAU ADA BOYFRIEND

1. JANGAN lupakan Ilahi
pergi dating sampai tinggal sembahyang? wel.., remember that the feeling of love is given by Allah. bersyukurlah dengan apa yang DIA kurniakan. tak patut rasanya abaikan tanggungjawab kepada YANG MENCIPTA KITA semata-tama untuk orang yang belum tentu jodoh kita. ingatlah ALLAH adalah KEKASIH YANG TAK PERNAH MELUPAKAN, JAUH SEKALI MENINGGALKAN.

2. JANGAN belakangkan keluarga
utamakan boyfriend daripada keluarga?well, tu aku rasa benda yang sangat tak patut. keluarga adalah orang yang sentiasa menyokong kita walau apa pun keadaan kita. are you sure your bf will be by your side in joy and sorrow? not 100% sure..

3. JANGAN biar diri murah
sanggup berkorban apa saja? yup, cinta itu pengorbanan but bukan korbankan maruah diri. letting go of someone that you love for his happiness..tu baru betul pengorbanan. biarkan bf sentuh-sentuh sesuka hati? herm, percaya ke lelaki tu confirm bukan cinta 'touch-n-go'? sanggup bagi gambar free hair special utk bf sedangkan anda bertudung? melihat aurat perempuan lain adalah dosa. if you let your bf got a lot of sins from you and you are the one who made him end up in hell, is that a true love? memang pasti ke bf tu akan jadi suami? jangan biarkan suami anda nanti dapat sisa. kasihanlah kepada si dia.

4. JANGAN mengutuk keluarga dia
especially his mother.. mungkin ada sesetengah bf ada salah faham dengan ibu sendiri. kalau dia meluahkan masalah tersebut kepada anda, janganlah jadi batu api. berikanlah pendapat yang positif. walau apa pun keadaan, perempuan yang paling disayangi oleh lelaki adalah ibu dia sendiri. ibu si dia tak suka anda? janganlah balas dengan kebencian. perasaan adalah fleksibel. mudah berubah-ubah. berdoalah supaya ibu si dia akan menyenangi anda suatu hari nanti. amalkan satu doa dalam Surah al-Fatah. Inna fatahna la kalfatham mubina. doa untuk melembutkan hati.

5. JANGAN biarkan diri buta
cinta tu tak buta tapi manusia sendiri yang buta kerana cinta. macam kata seorang member aku, "kalau dah suka tahi gigi pun kata coklat!" (damn!geli!!!) ingatlah tak ada manusia sempurna. tipulah kalau si dia tak ada kekurangan dan kesilapan. terimalah segala kekurangan si dia KECUALI yang berkaitan dengan soal agama. jangan butakan mata dan pekakkan telinga kalau dengar apa-apa yang tak baik tentang dia. siasatlah perkara itu dahulu. janganlah menuduh melulu. dan janganlah terlalu percaya. bersederhana dalam semua perkara pasti akan memperoleh bahagia. (jiwang plak aku)

6. JANGAN paksa diri jadi orang lain
he asks you to change? kalau untuk yang lebih baik, tak ada salahnya mencuba. cuma yang salah bila dia mengajak kamu ke arah yang tidak baik. tetapkanlah prinsip dalam hati, sekurang-kurangnya kalau si dia tak suka atau tinggalkan anda kerana prinsip yang baik, orang lain tetap akan memandang anda sebagai wanita yang terhormat. janganlah juga 'berlakon' sempurna untuk menambat hati dia. just be yourself. tak ada orang yang boleh jadi bukan diri dia lebih dari setahun. sampai bila boleh bertahan jadi orang lain? a true love is seeing imperfect person perfectly..it is impossible to be perfect but it is good to change to be a better person.. ;-p if he trully love you, he will accept you all the way you are.

7. JANGAN jadi pak turut
apa je yang bf minta semua nak kasi. siap kasi gambar yang bukan-bukan konon untuk 'mengikat' si dia. kalau dah namanya lelaki macam mana pun dia, dia tetap akan cari perempuan baik-baik sebagai isteri dan ibu untuk zuriat dia. janganlah biarkan diri anda jadi stok geli-geli semata-mata. lagi satu, ada banyak contoh dekat facebook yang mana exboyfriend menyebarkan gambar 'ekslusif' exgirlfriend atas sebab dendam, sakit hati, mungkin juga nak menunjukkan 'kehebatan' mereka mengayat kepada member2.. kalau dah jadi macam tu, dekat mana nak letak muka?

8. JANGAN bergadai harta benda
opsss... bukan bermakna kena jadi seorang yang berkira. tak salah sesekali nak belanja. cuma kalau sampai duit sewa rumah, duit ansuran kereta, hutang bank minta awek sponsor tu namanya si dia cuma mengambil kesempatan. jangan ingat perempuan je ada pisau cukur, lelaki pun ada. tak mustahil suatu hari nanti si dia meninggalkan anda dan masa tu anda cuma mampu terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. mana tak nya, dah lah boyfriend dah tak ada, hutang pula keliling pinggang.

9. JANGAN terlalu sayang
sayang tu tak salah tapi biarkah berpada-pada. tak perlu sayang sepenuh hati terhadap boyfriend. kalau untuk suami tak apa. dapat pahala. hehehe. bukan apa, takut sayang tu memakan diri sendiri. sediakanlah sedikit ruang yang kosong dalam hati. sekiranya si dia meninggalkan anda hati tu tak lah hancur kot. dan sedikit ruang yang ada tu akan membenarkan insan yang lebih layak memasukinya. hehehe...breaking up was not the end of the life..just move on..belief that Allah gives what you need, not what you want..

10. JANGAN terlalu berharap semua perkara yang indah
tak salah nak jadi optimis. cuma berpada-pada. baru je kenal boyfriend sebulan dua dah fikir sampai nak beranak pinak dengan dia? herm. macam aneh sikit. dan jangan pula berharap semua perkara yang dilalui bersama akan indah belaka. bukan hiduplah kalau setiap masa tak ada masalah. hidup ni bukan macam novel, ending best and dapat hidup bersama. hidup ni aturan Ilahi. kita tak tahu sama ada si dia memang benar jodoh kita.

pesanan ni untuk diri aku juga..sama-samalah kita berdoa supaya maruah kita terpelihara..LOVE..

Tuesday, 10 May 2011

RESIPI: gulai tempoyak ikan patin

heh..ni sume pasal tgk majalah tiga ari tu..haha..tp aku cam aneh sikit.. xmkn durian tp tempoyak aku layan je..hahah..


BAHAN-BAHAN
3 potong ikan patin (letak garam n serbuk kunyit n goreng dulu)
4 cm kunyit hidup
10 biji cili api
4 sudu tempoyak
3 tangkai daun kesum
3 kuntum bunga kantan (belah dua)
2 keping asam
3 cawan air
1 mangkuk kecil timun (potong memanjang..btw aku xtau pe nama sbnr timun tu tp yg kulit kaler oren tu)

CARA-CARA
1. goreng dulu ikan patin
2. tumbuk kunyit, cili api n tempoyak.
3. masukkan air dalam periuk n bahan yg ditumbuk. masukkan garam gula secukup rasa. biarka mendidih.
4. masukkan ikan.
5. masukkan bunga kantan, daun kesum n timun. masukkan asam keping.
6. bila timun dah lembut, tutup api. siap!

RESIPI: sambal udang


BAHAN:
10 ekor udang (buang kepala n potong sikit ekor)
2 sudu minyak
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
4 sudu cili kering kisar
1 cawan air
1 keping asam
1 biji bawang besar

CARA-CARA:
1. panaskan minyak. tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
2. tumis plak cili kering kisar sampai naik bau. isi garam gula secukup rasa. tambahakan air.masukkan asam keping dan biarkan mendidih.
3. masukkan udang. biar sampai udang berwarna oren2..
4. hiris bawang besar bulat-bulat. masukkan bawang besar. kacau sekejap n lepas tu tutup api. siap!

Thursday, 5 May 2011

pantun2 sweet utk dia.. (err...sweet ke?)




ada pokok kelapa,
ada seekor penyu,
sehari tak bersapa,
i rindu kat u..

petang-petang bertapa,
tak sedar hari dah senja,
awk ni kenapa,
asyik main misscall je..

pensil picit pensil kayu,
usik ekor kucing lalu,
jari rasa nak mesej u,
tapi hati kata malu..

cuti-cuti pergi jepun,
tak sedar mandi pun belum,
duduk-duduk tenung henpon,
wallpaper awak tersenyum..

hijau sungguh warna gunung,
dekat belakang rumah pak saleh,
bosan pula termenung,
nak mesej awak boleh?

selipar tercabut bunga tertanggal,
paku tekan paku serpih,
sent mesej asyik gagal,
rupanya kredit dah habih..

baling-baling main dadu,
emak lalu sambil menoleh,
rasa nak dengar suara merdu,
awak call saya boleh?

kalau pergi tanjung malim,
jangan lupa salam pengakap,
awak cakap dekat ym,
awak lupa nak top up..

tengok-tengok ular tedung,
tiba-tiba nampak buaya,
cepat pergi pakai tudung,
awak kata "kita webcam pulak ye!"

personaliti anak keempat

huhu..lately blog aku ni da ala2 beautiful nara dah..haha..btw, aku cuma akan tulis kalau fasal v.i.p..

kalau ikt psychology, urutan dalam adik beradik mempengaruhi sikap kita..sejauh mana kebenarannya? aku pun tak tahu..huhu..aku xde wat kajian plak fasal ni..

hari tu ada dekat fb notes fasal anak kedua..aku pun nak jugalah buat fasal anak keempat.. (dasar dengki..hahaha)..just doing this for fun..orang cakap anak keempat ni unsur angin..nak percaya sangat tu tak la..btw, this post is not originally by me..i refer dari link:http://diarihati.com/blog/2011/01/04/rahsia-cinta-sifat-wanita-mengikut-unsur-tanah-air-api-dan-angin/

PERSONALITI ANAK KEEMPAT, check it out!

1.LEMAH LEMBUT DAN MENYENANGKAN
hahaha..frankly speaking im not kinda girlish type..patutnya kasaq n menyerabutkan la kot..haha..

2.PANDAI BERMAIN KATA DAN MEMUJUK RAYU
Pandai bermain kata? maybe.. sebab tu aku suka tulis merepek2 kot.. i just don't know how to express my feeling by act.. kalau tulis2 ni cam sweet sikit, ye dak? hahaha..memujuk rayu?aku pujuk orang fail kot..

3. SOPAN SANTUN DAN BERBUDI BAHASA
haihhh..yg ni satu je aku nk ckp..perbandingan dengan aku..cam matahari dgn pluto..

4. BIJAK MEWUJUDKAN SUASANA SELESA
aku ni da la x peramah..ni pun cam tak je..

5. HATI YG CEPAT BERUBAH
ishkkk...saya setia orgnya.....hahahaha


p/s:sume x sama dgn aku..ke aku x sdar diri?heh!