1. JANGAN lupakan Ilahi
pergi dating sampai tinggal sembahyang? wel.., remember that the feeling of love is given by Allah. bersyukurlah dengan apa yang DIA kurniakan. tak patut rasanya abaikan tanggungjawab kepada YANG MENCIPTA KITA semata-tama untuk orang yang belum tentu jodoh kita. ingatlah ALLAH adalah KEKASIH YANG TAK PERNAH MELUPAKAN, JAUH SEKALI MENINGGALKAN.
2. JANGAN belakangkan keluarga
utamakan boyfriend daripada keluarga?well, tu aku rasa benda yang sangat tak patut. keluarga adalah orang yang sentiasa menyokong kita walau apa pun keadaan kita. are you sure your bf will be by your side in joy and sorrow? not 100% sure..
3. JANGAN biar diri murah
sanggup berkorban apa saja? yup, cinta itu pengorbanan but bukan korbankan maruah diri. letting go of someone that you love for his happiness..tu baru betul pengorbanan. biarkan bf sentuh-sentuh sesuka hati? herm, percaya ke lelaki tu confirm bukan cinta 'touch-n-go'? sanggup bagi gambar free hair special utk bf sedangkan anda bertudung? melihat aurat perempuan lain adalah dosa. if you let your bf got a lot of sins from you and you are the one who made him end up in hell, is that a true love? memang pasti ke bf tu akan jadi suami? jangan biarkan suami anda nanti dapat sisa. kasihanlah kepada si dia.
4. JANGAN mengutuk keluarga dia
especially his mother.. mungkin ada sesetengah bf ada salah faham dengan ibu sendiri. kalau dia meluahkan masalah tersebut kepada anda, janganlah jadi batu api. berikanlah pendapat yang positif. walau apa pun keadaan, perempuan yang paling disayangi oleh lelaki adalah ibu dia sendiri. ibu si dia tak suka anda? janganlah balas dengan kebencian. perasaan adalah fleksibel. mudah berubah-ubah. berdoalah supaya ibu si dia akan menyenangi anda suatu hari nanti. amalkan satu doa dalam Surah al-Fatah. Inna fatahna la kalfatham mubina. doa untuk melembutkan hati.
5. JANGAN biarkan diri buta
cinta tu tak buta tapi manusia sendiri yang buta kerana cinta. macam kata seorang member aku, "kalau dah suka tahi gigi pun kata coklat!" (damn!geli!!!) ingatlah tak ada manusia sempurna. tipulah kalau si dia tak ada kekurangan dan kesilapan. terimalah segala kekurangan si dia KECUALI yang berkaitan dengan soal agama. jangan butakan mata dan pekakkan telinga kalau dengar apa-apa yang tak baik tentang dia. siasatlah perkara itu dahulu. janganlah menuduh melulu. dan janganlah terlalu percaya. bersederhana dalam semua perkara pasti akan memperoleh bahagia. (jiwang plak aku)
6. JANGAN paksa diri jadi orang lain
he asks you to change? kalau untuk yang lebih baik, tak ada salahnya mencuba. cuma yang salah bila dia mengajak kamu ke arah yang tidak baik. tetapkanlah prinsip dalam hati, sekurang-kurangnya kalau si dia tak suka atau tinggalkan anda kerana prinsip yang baik, orang lain tetap akan memandang anda sebagai wanita yang terhormat. janganlah juga 'berlakon' sempurna untuk menambat hati dia. just be yourself. tak ada orang yang boleh jadi bukan diri dia lebih dari setahun. sampai bila boleh bertahan jadi orang lain? a true love is seeing imperfect person perfectly..it is impossible to be perfect but it is good to change to be a better person.. ;-p if he trully love you, he will accept you all the way you are.
7. JANGAN jadi pak turut
apa je yang bf minta semua nak kasi. siap kasi gambar yang bukan-bukan konon untuk 'mengikat' si dia. kalau dah namanya lelaki macam mana pun dia, dia tetap akan cari perempuan baik-baik sebagai isteri dan ibu untuk zuriat dia. janganlah biarkan diri anda jadi stok geli-geli semata-mata. lagi satu, ada banyak contoh dekat facebook yang mana exboyfriend menyebarkan gambar 'ekslusif' exgirlfriend atas sebab dendam, sakit hati, mungkin juga nak menunjukkan 'kehebatan' mereka mengayat kepada member2.. kalau dah jadi macam tu, dekat mana nak letak muka?
8. JANGAN bergadai harta benda
opsss... bukan bermakna kena jadi seorang yang berkira. tak salah sesekali nak belanja. cuma kalau sampai duit sewa rumah, duit ansuran kereta, hutang bank minta awek sponsor tu namanya si dia cuma mengambil kesempatan. jangan ingat perempuan je ada pisau cukur, lelaki pun ada. tak mustahil suatu hari nanti si dia meninggalkan anda dan masa tu anda cuma mampu terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. mana tak nya, dah lah boyfriend dah tak ada, hutang pula keliling pinggang.
9. JANGAN terlalu sayang
sayang tu tak salah tapi biarkah berpada-pada. tak perlu sayang sepenuh hati terhadap boyfriend. kalau untuk suami tak apa. dapat pahala. hehehe. bukan apa, takut sayang tu memakan diri sendiri. sediakanlah sedikit ruang yang kosong dalam hati. sekiranya si dia meninggalkan anda hati tu tak lah hancur kot. dan sedikit ruang yang ada tu akan membenarkan insan yang lebih layak memasukinya. hehehe...breaking up was not the end of the life..just move on..belief that Allah gives what you need, not what you want..
10. JANGAN terlalu berharap semua perkara yang indah
tak salah nak jadi optimis. cuma berpada-pada. baru je kenal boyfriend sebulan dua dah fikir sampai nak beranak pinak dengan dia? herm. macam aneh sikit. dan jangan pula berharap semua perkara yang dilalui bersama akan indah belaka. bukan hiduplah kalau setiap masa tak ada masalah. hidup ni bukan macam novel, ending best and dapat hidup bersama. hidup ni aturan Ilahi. kita tak tahu sama ada si dia memang benar jodoh kita.
pesanan ni untuk diri aku juga..sama-samalah kita berdoa supaya maruah kita terpelihara..LOVE..
No comments:
Post a Comment