Tuesday, 17 May 2011

LIFE: keluarga baru..weeee..

hahahaha..gaya tajuk post aku macamlah baru lepas kahwin..haish..bukan..ni keluarga multidip aku..multidip ni subject yang gabungkan architect, surveyor, designer n landscaper utk sama2 siapkan project..sng cite ala2 firma la gitu..


ni logo company aku..haha..actually aksara tu bahasa melayu klasik..maksud dia 'huruf' atau sng citer 'alphabet'..haha..kenapa aksara? sebab, kalau nak membaca, ejaan kena betul baru maklumat sampai..even if we lost an alphabet, it may give a different meaning..contoh:brought / bought.. satu maksudnye bawak..satu maksudnya beli.. (ape aku merapu ni?) hahaha..tak adalah lah..senang cerita macam ni la..even aksara was only an alphabet, any changes even for the single of it will effect the whole word..kira kau macam nak highlight elemen teamwork la..kalau nak jadi company yg best lg macho dan hebat, kne la ada kerjasama dalam company tu..tak bley ada tercicir walaupun satu..hihihihih...


(ala2 majalah sekolah..hahahah..)
berdiri dari kiri: lego, fahmi, kak zati, fami nepe, kak et, lylia, pizah
duduk/berlutut dari kiri: azizul, jnol, apus, cipit, omar, anaz, mus
bersimpuh dari kiri (hahahaha): kak fiza, haura, mondok,fika, bujal, aku yg xcute n im..

aku harap btol kot sume nama ni..sejujurnya aku ada masalah nak ingat nama org..hehe..so kalau aku nk ingt aku kne tengok gambar..sebab kalau tengok dpn2 aku ingt kaler baju je..bila tengok gambar aku sng cket nk ingt.. (konon2 sweet la cara aku nak ingt org..ala2 tenung gambar enchik boypren sblm tido..hahahaha) bkn pe..sbb kalau camtu aku ingt nama sbb muka..aku mmg pelik cket..bkn cket..byk kot..buruk perangai kan..lagi satu sbb fb aku lg sng nak ingt nama korg..huhu..mintak ampun....


so far aku sonok keje kat ofis..part sonok gila mse hias opis..cbuk nk psycho opis mida n jiran2 yg len..haha..saje ske2..tp kdg2 aku cam penat..siang g ofis..malam ofis lg..tgh malam smpi subuh g achitecture workshop preparation..adeeeiii...so aku mntk maap la kat sume klo kdg2 aku mcm wat sengal2 blur cket..krg tdo la..naseb bek ofis aku gila2..kalo x, x mustahil aku ttdo dpn pintu opis..


huaaaa...gmbr lagi..pape pon aku happy knal member2 baru..member2 lama pon aku hepi jgak..hihihi..pasal multidip ni kalah ke mng blkg kira..yg penting kita sume wat keje enjoy..kan3?mne tau ada rezeki kte bley wat bisnes kat opis ke..klo de duet lebih boley wat jamuan2, makan2, bkelah2..haih..mkn je keje..hahahaha..pape pon, SALAM PERKENALAN..JOM KITA ENJOY MULTIDIP.. ;-p

Friday, 13 May 2011

pesanan buat kaum hawa: JANGAN 10 PERKARA KALAU ADA BOYFRIEND

1. JANGAN lupakan Ilahi
pergi dating sampai tinggal sembahyang? wel.., remember that the feeling of love is given by Allah. bersyukurlah dengan apa yang DIA kurniakan. tak patut rasanya abaikan tanggungjawab kepada YANG MENCIPTA KITA semata-tama untuk orang yang belum tentu jodoh kita. ingatlah ALLAH adalah KEKASIH YANG TAK PERNAH MELUPAKAN, JAUH SEKALI MENINGGALKAN.

2. JANGAN belakangkan keluarga
utamakan boyfriend daripada keluarga?well, tu aku rasa benda yang sangat tak patut. keluarga adalah orang yang sentiasa menyokong kita walau apa pun keadaan kita. are you sure your bf will be by your side in joy and sorrow? not 100% sure..

3. JANGAN biar diri murah
sanggup berkorban apa saja? yup, cinta itu pengorbanan but bukan korbankan maruah diri. letting go of someone that you love for his happiness..tu baru betul pengorbanan. biarkan bf sentuh-sentuh sesuka hati? herm, percaya ke lelaki tu confirm bukan cinta 'touch-n-go'? sanggup bagi gambar free hair special utk bf sedangkan anda bertudung? melihat aurat perempuan lain adalah dosa. if you let your bf got a lot of sins from you and you are the one who made him end up in hell, is that a true love? memang pasti ke bf tu akan jadi suami? jangan biarkan suami anda nanti dapat sisa. kasihanlah kepada si dia.

4. JANGAN mengutuk keluarga dia
especially his mother.. mungkin ada sesetengah bf ada salah faham dengan ibu sendiri. kalau dia meluahkan masalah tersebut kepada anda, janganlah jadi batu api. berikanlah pendapat yang positif. walau apa pun keadaan, perempuan yang paling disayangi oleh lelaki adalah ibu dia sendiri. ibu si dia tak suka anda? janganlah balas dengan kebencian. perasaan adalah fleksibel. mudah berubah-ubah. berdoalah supaya ibu si dia akan menyenangi anda suatu hari nanti. amalkan satu doa dalam Surah al-Fatah. Inna fatahna la kalfatham mubina. doa untuk melembutkan hati.

5. JANGAN biarkan diri buta
cinta tu tak buta tapi manusia sendiri yang buta kerana cinta. macam kata seorang member aku, "kalau dah suka tahi gigi pun kata coklat!" (damn!geli!!!) ingatlah tak ada manusia sempurna. tipulah kalau si dia tak ada kekurangan dan kesilapan. terimalah segala kekurangan si dia KECUALI yang berkaitan dengan soal agama. jangan butakan mata dan pekakkan telinga kalau dengar apa-apa yang tak baik tentang dia. siasatlah perkara itu dahulu. janganlah menuduh melulu. dan janganlah terlalu percaya. bersederhana dalam semua perkara pasti akan memperoleh bahagia. (jiwang plak aku)

6. JANGAN paksa diri jadi orang lain
he asks you to change? kalau untuk yang lebih baik, tak ada salahnya mencuba. cuma yang salah bila dia mengajak kamu ke arah yang tidak baik. tetapkanlah prinsip dalam hati, sekurang-kurangnya kalau si dia tak suka atau tinggalkan anda kerana prinsip yang baik, orang lain tetap akan memandang anda sebagai wanita yang terhormat. janganlah juga 'berlakon' sempurna untuk menambat hati dia. just be yourself. tak ada orang yang boleh jadi bukan diri dia lebih dari setahun. sampai bila boleh bertahan jadi orang lain? a true love is seeing imperfect person perfectly..it is impossible to be perfect but it is good to change to be a better person.. ;-p if he trully love you, he will accept you all the way you are.

7. JANGAN jadi pak turut
apa je yang bf minta semua nak kasi. siap kasi gambar yang bukan-bukan konon untuk 'mengikat' si dia. kalau dah namanya lelaki macam mana pun dia, dia tetap akan cari perempuan baik-baik sebagai isteri dan ibu untuk zuriat dia. janganlah biarkan diri anda jadi stok geli-geli semata-mata. lagi satu, ada banyak contoh dekat facebook yang mana exboyfriend menyebarkan gambar 'ekslusif' exgirlfriend atas sebab dendam, sakit hati, mungkin juga nak menunjukkan 'kehebatan' mereka mengayat kepada member2.. kalau dah jadi macam tu, dekat mana nak letak muka?

8. JANGAN bergadai harta benda
opsss... bukan bermakna kena jadi seorang yang berkira. tak salah sesekali nak belanja. cuma kalau sampai duit sewa rumah, duit ansuran kereta, hutang bank minta awek sponsor tu namanya si dia cuma mengambil kesempatan. jangan ingat perempuan je ada pisau cukur, lelaki pun ada. tak mustahil suatu hari nanti si dia meninggalkan anda dan masa tu anda cuma mampu terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. mana tak nya, dah lah boyfriend dah tak ada, hutang pula keliling pinggang.

9. JANGAN terlalu sayang
sayang tu tak salah tapi biarkah berpada-pada. tak perlu sayang sepenuh hati terhadap boyfriend. kalau untuk suami tak apa. dapat pahala. hehehe. bukan apa, takut sayang tu memakan diri sendiri. sediakanlah sedikit ruang yang kosong dalam hati. sekiranya si dia meninggalkan anda hati tu tak lah hancur kot. dan sedikit ruang yang ada tu akan membenarkan insan yang lebih layak memasukinya. hehehe...breaking up was not the end of the life..just move on..belief that Allah gives what you need, not what you want..

10. JANGAN terlalu berharap semua perkara yang indah
tak salah nak jadi optimis. cuma berpada-pada. baru je kenal boyfriend sebulan dua dah fikir sampai nak beranak pinak dengan dia? herm. macam aneh sikit. dan jangan pula berharap semua perkara yang dilalui bersama akan indah belaka. bukan hiduplah kalau setiap masa tak ada masalah. hidup ni bukan macam novel, ending best and dapat hidup bersama. hidup ni aturan Ilahi. kita tak tahu sama ada si dia memang benar jodoh kita.

pesanan ni untuk diri aku juga..sama-samalah kita berdoa supaya maruah kita terpelihara..LOVE..

Tuesday, 10 May 2011

RESIPI: gulai tempoyak ikan patin

heh..ni sume pasal tgk majalah tiga ari tu..haha..tp aku cam aneh sikit.. xmkn durian tp tempoyak aku layan je..hahah..


BAHAN-BAHAN
3 potong ikan patin (letak garam n serbuk kunyit n goreng dulu)
4 cm kunyit hidup
10 biji cili api
4 sudu tempoyak
3 tangkai daun kesum
3 kuntum bunga kantan (belah dua)
2 keping asam
3 cawan air
1 mangkuk kecil timun (potong memanjang..btw aku xtau pe nama sbnr timun tu tp yg kulit kaler oren tu)

CARA-CARA
1. goreng dulu ikan patin
2. tumbuk kunyit, cili api n tempoyak.
3. masukkan air dalam periuk n bahan yg ditumbuk. masukkan garam gula secukup rasa. biarka mendidih.
4. masukkan ikan.
5. masukkan bunga kantan, daun kesum n timun. masukkan asam keping.
6. bila timun dah lembut, tutup api. siap!

RESIPI: sambal udang


BAHAN:
10 ekor udang (buang kepala n potong sikit ekor)
2 sudu minyak
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
4 sudu cili kering kisar
1 cawan air
1 keping asam
1 biji bawang besar

CARA-CARA:
1. panaskan minyak. tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
2. tumis plak cili kering kisar sampai naik bau. isi garam gula secukup rasa. tambahakan air.masukkan asam keping dan biarkan mendidih.
3. masukkan udang. biar sampai udang berwarna oren2..
4. hiris bawang besar bulat-bulat. masukkan bawang besar. kacau sekejap n lepas tu tutup api. siap!

Thursday, 5 May 2011

pantun2 sweet utk dia.. (err...sweet ke?)




ada pokok kelapa,
ada seekor penyu,
sehari tak bersapa,
i rindu kat u..

petang-petang bertapa,
tak sedar hari dah senja,
awk ni kenapa,
asyik main misscall je..

pensil picit pensil kayu,
usik ekor kucing lalu,
jari rasa nak mesej u,
tapi hati kata malu..

cuti-cuti pergi jepun,
tak sedar mandi pun belum,
duduk-duduk tenung henpon,
wallpaper awak tersenyum..

hijau sungguh warna gunung,
dekat belakang rumah pak saleh,
bosan pula termenung,
nak mesej awak boleh?

selipar tercabut bunga tertanggal,
paku tekan paku serpih,
sent mesej asyik gagal,
rupanya kredit dah habih..

baling-baling main dadu,
emak lalu sambil menoleh,
rasa nak dengar suara merdu,
awak call saya boleh?

kalau pergi tanjung malim,
jangan lupa salam pengakap,
awak cakap dekat ym,
awak lupa nak top up..

tengok-tengok ular tedung,
tiba-tiba nampak buaya,
cepat pergi pakai tudung,
awak kata "kita webcam pulak ye!"

personaliti anak keempat

huhu..lately blog aku ni da ala2 beautiful nara dah..haha..btw, aku cuma akan tulis kalau fasal v.i.p..

kalau ikt psychology, urutan dalam adik beradik mempengaruhi sikap kita..sejauh mana kebenarannya? aku pun tak tahu..huhu..aku xde wat kajian plak fasal ni..

hari tu ada dekat fb notes fasal anak kedua..aku pun nak jugalah buat fasal anak keempat.. (dasar dengki..hahaha)..just doing this for fun..orang cakap anak keempat ni unsur angin..nak percaya sangat tu tak la..btw, this post is not originally by me..i refer dari link:http://diarihati.com/blog/2011/01/04/rahsia-cinta-sifat-wanita-mengikut-unsur-tanah-air-api-dan-angin/

PERSONALITI ANAK KEEMPAT, check it out!

1.LEMAH LEMBUT DAN MENYENANGKAN
hahaha..frankly speaking im not kinda girlish type..patutnya kasaq n menyerabutkan la kot..haha..

2.PANDAI BERMAIN KATA DAN MEMUJUK RAYU
Pandai bermain kata? maybe.. sebab tu aku suka tulis merepek2 kot.. i just don't know how to express my feeling by act.. kalau tulis2 ni cam sweet sikit, ye dak? hahaha..memujuk rayu?aku pujuk orang fail kot..

3. SOPAN SANTUN DAN BERBUDI BAHASA
haihhh..yg ni satu je aku nk ckp..perbandingan dengan aku..cam matahari dgn pluto..

4. BIJAK MEWUJUDKAN SUASANA SELESA
aku ni da la x peramah..ni pun cam tak je..

5. HATI YG CEPAT BERUBAH
ishkkk...saya setia orgnya.....hahahaha


p/s:sume x sama dgn aku..ke aku x sdar diri?heh!

Tuesday, 3 May 2011

sampai hati dia kutuk buah hati aku..


Adalah seorang insan ni.. Ada ke patut dia pergi edit gambar atas ni dan mengarut yang bukan-bukan kat gambar tu? sampai hati wei.. Ni aku nak bangkang perbuatan aneh tu berdasarkan fakta..hahaha

1. she claimed that V.I.P was a copycat of big bang..


okeylah..I agree if people said that 24:7 and Gula Gula as copycat..but not V.I.P..sebab
- V.I.P never claim that they are kpop group like the 24:7 and Gula Gula did..
- V.I.P was inspired of KRU, Backstreet Boys and the latest one KPop..meh kte tgk kronologi..
KRU - 1992
Back Street Boys - 1999
Kpop (aku amik big bang la ye..sbb sonok sgt kate big bang copycat) - 2007
Adam Af - 2004
es d co - sebelum adam masuk af, means sblm 2004..

so..as a conclusion, sape copycat sape nih? sape yg establish dulu? sorry..but korean was not the one who start the pop dance music genre..


2. Some people said that V.I.P was a copycat as their face looks similar to the Big Bang group members..


statement ni yang aku rasa sangat x bley blah..adoi la..bawak2 pengucaplah ya..lupa ke wajah tu kurniaan ALLAH..dah muka sama nak buat camne?btw, korean yg korg banggakan sangat tu byk plastic surgery..maknanya kalau sama hensem lagi V.IP..semulajadi..cuba tgk dua gambar bawah ni..mne 1 korean?lebih krg je kan..
marlon

tae yang


3. Diorang cakap V.I.P copycat sebab LAGU SEDIH macam lagu big bang LOVE SONG


yg ni aku nak gelak..sorry lah ye..LOVE SONG=lagu cinta.. aik? lagu cinta tu lagu kumpulan dewa..kenapa tak cakap V.I.P copycat elton john? kalau tak silap aku elton john ada lagu tajuk sad song=LAGU SEDIH..itulah pentingnya english education..
copycat is not about the song title la..abih tu:
- farahwahida copycat 2pm..tanpamu=without you
- elyana copycat wondergirls ironi=irony
heh!aku rasa lagu farahwahida n elyana tu yg keluar dulu dr lagu 2pm n ironi..macam mana pula dengan lagu ni:
-sean kingston copycat snsd? BEAUTIFUL GIRL???
as a conclusion copycat is not about the song title..kalau x silap aku JoJo pun ade lagu tajuk beautiful girl tu..lawak!



aku bknnye ape..klo nak menuduh tu biarla ada fakta n logik sikit..lagipun aku x sampai hati sbb adam sgt baik dgn fans..same goes to the other vip members..pernah ke artis korea yg korg banggakan tu nasihat korg camni?






so please la..jgn la kutuk yg bukan2 pada dia..korg xknal korg xtau dia cmne..dia sgt baik dgn fans dia..so aku x sampai hati..tu je..

RENUNG2KAN..N SLAMAT BERAMAL...PEACE!

Sunday, 1 May 2011

10 sebab perempuan tak respect lelaki


1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.



2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.



3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.



4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.



5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.



6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.



7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.



8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..



9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.



10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.



p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu



sharing is caring..i don't mind people share this post..but please DONT COPY AND PASTE..u will understand what i mean when u write something n people just simply pretending like it was theirs..thanks..

BAKAT vs RUPA..?

huhu..dah lama tak menulis..lately aku banyak post novel and resipi je..k, hari ni aku menulis pula..tapi ni bukan gosip artis ala-ala beautifulnara atau apa, cuma aku nak bagi pendapat berdasarkan apa yang aku nampak.opsss..abang nara jangan marah..hehe..

sekarang ni kecoh fasal band k-pop malaysia..herm..ada dengar fasal GULA GULA and 24:7?kecoh fasal diorang ni jadi copycat beberapa group dari korea..kalau copy music tu memanglah salah tapi logik lagi..ni masalahnya copy dressing..herm..x sesuai kot..orang korea kan putih-putih dan comel-comel serta jambu-jambu..kita kena sedar kita ni sawo matang jek..eheheh..

bak kata abi hurairah dalam cerita hantu kak limah, budaya kita wajah kita tau..errr..diorang ni menggambarkan wajah diorang ke? kpop a.k.a korean pop?kita bukan malaysia ke?herm..bukan nak mengata ke apa..cuma untuk gula-gula n 24:7 ni, gambar je berlambak-lambak kat internet..single ke apa tak keluar lagi pun..soalan pedas sikit..nak jual muka ke nak jual bakat? ke caner?


ada komen kt fb cakap, kaki cam badak pakai skirt pendek..herm....



perempuan ditegur kerana aurat?well dah biasa dengar kan? tapi, pusat tu aurat bang..cian bakal wife abang..org da tgk..huhuhuk...


pape pun aku tetap respect pd v.i.p (versatility in performance)..kalau gula gula n 24:7 ni duk tayang gambar2 konon comel je, tapi v.i.p siap ade single yang best, LAGU SEDIH..dance pun mantap!fans pun makin ramai..sebab diorang ni x bajet kpop ke apa..even diorang pon x suka disamakan dengan kpop..lagi satu, diorang x poyo2 hensem walaupun diorang hensem..awal2 x ramai yang kenal diorang..ade pun yang kenal sebab adam af..tapi sekarang fans diorang makin ramai..sebab, orang respect cara diorang..jual bakat bukan jual muka/body..


pergh..google gambar pun gmbr v.i.p kuar sikit je..kalau gambar si gula-gula n 24:7 tu dah berlambak-lambak..adeiiiii..pape pun, adam, marlon, ryan, fadlan n yandi..I LOVE YOU ALL..keep it up..