Tuesday, 16 April 2013

BUKAN SEMUA LELAKI JAHAT, BUKAN SEMUA PEREMPUAN BAIK.


“Ah, aku benci ex aku! Semua lelaki sama!”


Tu adalah ayat-ayat ‘klise’ orang-orang baru putus cinta. Alahai. Hehehe. Sekarang saya dah jarang ber’Muka Buku’. Hehehe. Sibuk sikit dengan kerja. Tadi baru perasan kewujudan ‘others’ pada bahagian inbox FB message. (Baru tahu. Kuno gila Pija!). Tanjat boboi! Banyaknya mesej dan kebanyakannya menceritakan masalah cinta.

Errr… Ya, saya penulis novel cinta. Saya tulis cerita jiwang-jiwang (Tak jiwang sangat kut. Saya bukanlah romantik orangnya. Sweet apatah lagi. Hehehe). Tapi, saya bukanlah pakar dalam soal hati ni kut. Saya sendiri pun tak ‘cemerlang tahap dean list’ bab perasaan ni. Senang cerita saya kategori ‘fail sampai kena buang universiti’. Punyalah teruk!


Ayat yang “semua lelaki sama” tu ada beberapa orang tulis dalam perihal cinta mereka. Maaf, saya bukanlah orang yang arif tentang perasaan. Cuma, apa yang saya nak cakap, kita tak boleh nilai orang berdasarkan jantina. Pernah dengar, lelaki ego kuat, perempuan emo kuat? Ayat tu macam tak tepat sangat. Saya mengaku saya perempuan yang ego dan saya ada kenal lelaki yang emo. Camne? Hehehehe.

Maaf kalau saya cakap ayat ‘semua lelaki’ tu macam tak kena je. Tak semua lelaki jahat. Dalam hidup kita ni ada seorang lelaki yang takkan kecewakan kita; siapa dia? Ayah kita.(Ishkkk. Ni yang rasa homesick ni) 


Well, mungkin ada yang cakap ada je anak-anak perempuan yang jadi mangsa ‘haruan makan anak’ atau seumpamanya. Pada saya tu pun bukan lesen untuk cakap ‘semua lelaki jahat’. Lupakah kita junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang lelaki? Nabi adalah seorang yang sangat baik malah dia maksum. Maka, tu bukti bukan semua lelaki jahat.

Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Janganlah kata semua lelaki jahat kalau kita sendiri adalah sebahagian dari ‘benda yang jahat’ kununnya tu. Hehehe. Jahat atau baik ni bergantung kepada individu, bukan pada jantina. Tapi percayalah, jahat mana pun seseorang tu, manusia tetap manusia. Jahat la tahap gaban sekalipun dalam hati dia mesti ada juga terselit sifat baik.

Contoh mudah. Pernah tengok cerita seorang lelaki yang merompak, membunuh tapi semasa kecilnya dia pernah merawat luka pada tubuh ibunya. Luka akibat dipukul oleh bapanya. (Apa tajuk cerita tak ingat dah) Hehehehe. 

Kadang-kadang hati kita ni terlajak juga. Ada rasa menyampah sampai tahap nak conteng muka si polan tu dengan Artline 0.6, Pastu nak rendam dalam Klorox biar bersopak. Tapi, bila kita ingat balik, orang yang kita menyampah tu mesti pernah buat kebaikan dalam hidup dia walaupun sekali. Mesti pernah.

Layak ke kita benci dia dengan kesilapan dia yang satu jika nak dibanding dengan kebaikan dia yang banyak? Kan Dr. Fadzilah Kamsah pernah cakap, cara terbaik untuk memperoleh ketenangan selain solat, mengaji dan mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan memaafkan kesalahan orang lain. Anggap je la semua manusia biasa tak terlepas dari melakukan kesilapan. Betul juga kut. Kadang-kadang dendam ni boleh jadi penyakit hati. 


Kadang-kadang kita menilai orang berdasarkan pengalaman lampau juga. Itu tak dinafikan. Saya mengaku saya pernah mengalaminya. Saya pernah bekerja sebuah syarikat partnership husband and wife. Syarikat ABC (bukan nama sebenar) pengarahnya adalah lelaki dan perempuan. The worst part yang buat saya rasa tak selesa bila Mrs. Boss suka marah-marah Mr. Boss depan saya. Macam-macam tragedi sampai tahap saya rasa trauma dan tak mahu dah kerja company husband and wife ni.

Tapi, mungkin Allah nak tunjukkan pada saya, tak semua orang begitu. Kerja yang sekarang ni kerja boss suami isteri juga. Tapi, sifat boss sekarang ni mengubah persepsi saya. Mrs. Boss adalah seorang yang berpendidikan lebih tinggi dari Mr. Boss. Tapi, apa-apa hal sekalipun hendak membuat perubahan kecil pada, Mrs. Boss akan rujuk pada Mr. Boss dulu.

Walaupun, jelas sangat Mrs. Boss lebih berpengetahuan tapi atas rasa hormat, Mrs. Boss tetap menganggap Mr. Boss lebih berpengalaman. Tak tahu pun mereka suami isteri sampailah saya ternampak gambar family atas meja boss. So professional! And I respect them both.. J

Kerja? Haah, saya suka kerja saya sekarang. Mungkin sebab saya dapat boss yang sangat semangat untuk mengajar, bukan semangat menghamburkan kata maki hamun. Alhamdulillah. Sekarang handle beberapa projek. Kadang-kadang tertekan (tu normal kut) tapi saya rasa so far so good. J Ni beberapa projek yang sedang diuruskan. Hehehehe.


Okeylah, dah merepek. Rasanya ni macam entry paling panjang yang saya pernah tulis je. Hehehe. Saya rindu nak menaip manuskrip sebenarnya. Tapi idea dah sampai ‘musim tersekat’. Ada idea nanti saya sambung tulis lagi. Maaf, boss Jemari Seni. Insya-Allah saya akan menulis lagi. Penulisan ni ‘dunia menghilangkan stress’ dari ‘dunia arkitek yang hectic’. Hehehehehe.


Herm, okeylah kena stop kut. Kalau ikut Microsoft Word dah muka surat keempat dah rasanya. Hehehe. Saja tulis motivasi. Tulis benda macam ni bukanlah bermakna saya baik sangat. Tak! Saya manusia yang buat silap juga. Cuma, saya harap apa yang saya tulis ni dapat memberikan sesuatu yang positif kepada yang membaca, dan kepada diri saya juga. Sharing is caring. With love; PIJA IJAZATI HABIB. 

p/s: Sebab sekarang demam pilihan raya, saya nak cakap juga, "Bukan semua pemimpin Parti 'tuuuutt' baik dan bukan semua pemimpin Parti 'tuuuutt' jahat. Undi adalah rahsia. Hehehehe. :)






No comments:

Post a Comment