Friday, 28 June 2013

Di Sebalik Secangkir Kopi


CERITA SECANGKIR KOPI...

Alhamdulillah... Setelah lebih setahun Ros Biru untuk Dia, 'anak' kedua saya bakal lahir. Secangkir Kopi Karamel. Tak lama. Lagi 3 hari je. Berdebar-debar menghitung hari. (Pergh. Macam pengantin pula bunyinya. Bhahaha)  ^___^

"Secangkir Kopi Karamel cerita tentang apa ya?"

Itu yang ramai orang tanya. Tentang apa? Saya boleh cakap Secangkir Kopi Karamel ni

tentang FAITH
tentang LOVE
tentang LOYALTY
tentang TRUST
tentang HIJRAH
tentang DIA
and of course, tentang my favourite KOPI! Hehehe.


Terharu tengok cover novel yang sangat 'comel'. Terima kasih kepada pereka grafik yang merealisasikan impian saya, si manusia obses kopi.


Pengalaman menulis Secangkir Kopi Karamel ni, saya boleh kategorikan sebagai satu pengalaman yang indah. Sebab ada sesetengah babak buat saya rasa saya menaip dalam suasana bunga sakura gugur (Wei, punya melampau! Syok sendiri betul bunyinya.) Bhahahahahaha. Sungguh tak boleh blah.

Teaser? Novel Secangkir Kopi Karamel ni ada teaser kartun-kartun je. Kartun tu semua lukis masa zaman menganggur lepas grad dulu. Jelas ketara kat situ sungguh banyak masa terluang si penanam anggur.

TEASER SECANGKIR KOPI KARAMEL

Bab awal dah keluar dekat website Jemari Seni. Boleh baca Bab 1-5 Secangkir Kopi Karamel. Eh, sungguh excited tengok gambar secawan kopi pada setiap bab baharu tu!

Saya harap novel Secangkir Kopi Karamel ni bukan untuk hiburan semata-mata. Saya harap saya dapat berkongsi sesuatu yang baru/ilmu dengan pembaca.

Bila nak tulis novel lagi? Perasaan nak tulis tu memang membuak-buak. Tapi, saya tak nafikan sejak dah kerja ni saya ada sedikit kekangan masa. Tapi saya akan cuba tulis sikit-sikit. Doakan saya ya?

With Love: IJAZATI HABIB

p/s: Saat mata terpejam, hanya kau kuterbayang. Saat mata terbuka, kamulah yang pertama. (Eh, macam tak ada kaitan. Tapi sebenarnya saya tengah dengar lagu Faizal Tahir. Hehehe)

Tuesday, 16 April 2013

BUKAN SEMUA LELAKI JAHAT, BUKAN SEMUA PEREMPUAN BAIK.


“Ah, aku benci ex aku! Semua lelaki sama!”


Tu adalah ayat-ayat ‘klise’ orang-orang baru putus cinta. Alahai. Hehehe. Sekarang saya dah jarang ber’Muka Buku’. Hehehe. Sibuk sikit dengan kerja. Tadi baru perasan kewujudan ‘others’ pada bahagian inbox FB message. (Baru tahu. Kuno gila Pija!). Tanjat boboi! Banyaknya mesej dan kebanyakannya menceritakan masalah cinta.

Errr… Ya, saya penulis novel cinta. Saya tulis cerita jiwang-jiwang (Tak jiwang sangat kut. Saya bukanlah romantik orangnya. Sweet apatah lagi. Hehehe). Tapi, saya bukanlah pakar dalam soal hati ni kut. Saya sendiri pun tak ‘cemerlang tahap dean list’ bab perasaan ni. Senang cerita saya kategori ‘fail sampai kena buang universiti’. Punyalah teruk!


Ayat yang “semua lelaki sama” tu ada beberapa orang tulis dalam perihal cinta mereka. Maaf, saya bukanlah orang yang arif tentang perasaan. Cuma, apa yang saya nak cakap, kita tak boleh nilai orang berdasarkan jantina. Pernah dengar, lelaki ego kuat, perempuan emo kuat? Ayat tu macam tak tepat sangat. Saya mengaku saya perempuan yang ego dan saya ada kenal lelaki yang emo. Camne? Hehehehe.

Maaf kalau saya cakap ayat ‘semua lelaki’ tu macam tak kena je. Tak semua lelaki jahat. Dalam hidup kita ni ada seorang lelaki yang takkan kecewakan kita; siapa dia? Ayah kita.(Ishkkk. Ni yang rasa homesick ni) 


Well, mungkin ada yang cakap ada je anak-anak perempuan yang jadi mangsa ‘haruan makan anak’ atau seumpamanya. Pada saya tu pun bukan lesen untuk cakap ‘semua lelaki jahat’. Lupakah kita junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang lelaki? Nabi adalah seorang yang sangat baik malah dia maksum. Maka, tu bukti bukan semua lelaki jahat.

Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Janganlah kata semua lelaki jahat kalau kita sendiri adalah sebahagian dari ‘benda yang jahat’ kununnya tu. Hehehe. Jahat atau baik ni bergantung kepada individu, bukan pada jantina. Tapi percayalah, jahat mana pun seseorang tu, manusia tetap manusia. Jahat la tahap gaban sekalipun dalam hati dia mesti ada juga terselit sifat baik.

Contoh mudah. Pernah tengok cerita seorang lelaki yang merompak, membunuh tapi semasa kecilnya dia pernah merawat luka pada tubuh ibunya. Luka akibat dipukul oleh bapanya. (Apa tajuk cerita tak ingat dah) Hehehehe. 

Kadang-kadang hati kita ni terlajak juga. Ada rasa menyampah sampai tahap nak conteng muka si polan tu dengan Artline 0.6, Pastu nak rendam dalam Klorox biar bersopak. Tapi, bila kita ingat balik, orang yang kita menyampah tu mesti pernah buat kebaikan dalam hidup dia walaupun sekali. Mesti pernah.

Layak ke kita benci dia dengan kesilapan dia yang satu jika nak dibanding dengan kebaikan dia yang banyak? Kan Dr. Fadzilah Kamsah pernah cakap, cara terbaik untuk memperoleh ketenangan selain solat, mengaji dan mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan memaafkan kesalahan orang lain. Anggap je la semua manusia biasa tak terlepas dari melakukan kesilapan. Betul juga kut. Kadang-kadang dendam ni boleh jadi penyakit hati. 


Kadang-kadang kita menilai orang berdasarkan pengalaman lampau juga. Itu tak dinafikan. Saya mengaku saya pernah mengalaminya. Saya pernah bekerja sebuah syarikat partnership husband and wife. Syarikat ABC (bukan nama sebenar) pengarahnya adalah lelaki dan perempuan. The worst part yang buat saya rasa tak selesa bila Mrs. Boss suka marah-marah Mr. Boss depan saya. Macam-macam tragedi sampai tahap saya rasa trauma dan tak mahu dah kerja company husband and wife ni.

Tapi, mungkin Allah nak tunjukkan pada saya, tak semua orang begitu. Kerja yang sekarang ni kerja boss suami isteri juga. Tapi, sifat boss sekarang ni mengubah persepsi saya. Mrs. Boss adalah seorang yang berpendidikan lebih tinggi dari Mr. Boss. Tapi, apa-apa hal sekalipun hendak membuat perubahan kecil pada, Mrs. Boss akan rujuk pada Mr. Boss dulu.

Walaupun, jelas sangat Mrs. Boss lebih berpengetahuan tapi atas rasa hormat, Mrs. Boss tetap menganggap Mr. Boss lebih berpengalaman. Tak tahu pun mereka suami isteri sampailah saya ternampak gambar family atas meja boss. So professional! And I respect them both.. J

Kerja? Haah, saya suka kerja saya sekarang. Mungkin sebab saya dapat boss yang sangat semangat untuk mengajar, bukan semangat menghamburkan kata maki hamun. Alhamdulillah. Sekarang handle beberapa projek. Kadang-kadang tertekan (tu normal kut) tapi saya rasa so far so good. J Ni beberapa projek yang sedang diuruskan. Hehehehe.


Okeylah, dah merepek. Rasanya ni macam entry paling panjang yang saya pernah tulis je. Hehehe. Saya rindu nak menaip manuskrip sebenarnya. Tapi idea dah sampai ‘musim tersekat’. Ada idea nanti saya sambung tulis lagi. Maaf, boss Jemari Seni. Insya-Allah saya akan menulis lagi. Penulisan ni ‘dunia menghilangkan stress’ dari ‘dunia arkitek yang hectic’. Hehehehehe.


Herm, okeylah kena stop kut. Kalau ikut Microsoft Word dah muka surat keempat dah rasanya. Hehehe. Saja tulis motivasi. Tulis benda macam ni bukanlah bermakna saya baik sangat. Tak! Saya manusia yang buat silap juga. Cuma, saya harap apa yang saya tulis ni dapat memberikan sesuatu yang positif kepada yang membaca, dan kepada diri saya juga. Sharing is caring. With love; PIJA IJAZATI HABIB. 

p/s: Sebab sekarang demam pilihan raya, saya nak cakap juga, "Bukan semua pemimpin Parti 'tuuuutt' baik dan bukan semua pemimpin Parti 'tuuuutt' jahat. Undi adalah rahsia. Hehehehe. :)






Sunday, 31 March 2013

Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum.

Tiba-tiba jari rasa ketagih nak menulis. Dah lama tak menaip sebenarnya sejak Manuskrip Secangkir Kopi Karamel dah 'lulus piawai'. Insya-Allah bakal diterbitkan Julai nanti. Manuskrip baharu? Errr... Idea dah ada tapi tak tahulah pula bila nak mula menulis. 


Allah lebih tahu. Ya, ada masanya kita rasa kecewa dengan ujian yang menimpa kita. Tapi, lupakah kita ujian tu tanda Allah sayang? Ujian tu kerana Allah rindu nak dengar kita berdoa dan meminta dari dia. 

"Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan doa bagimu." Surah al-Mukmin: 60.

Kadangkala kita mempersoalkan, dah lama kita berdoa tapi Allah tak makbulkan pun. Jangan putus asa dengan Allah. Allah kan lebih tahu. Doa ni ada 3 kategori. 1) Doa yang dimakbulkan 2) Doa yang ditangguhkan kerana Allah tahu bila masanya yang sesuai untuk kita. 3) Doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah tahu ada yang lain yang lebih baik untuk diberikan kepada kita.


Petikan ayat Quran ni kena dengan situasi saya. Saya bukanlah pelajar senibina yang hebat. Design saya suam-suam kuku je. Contohnya ini.. :P


Tapi, alhamdulillah saya tak pernah gagal subjek studio. Disebabkan bakat saya yang suam-suam kuku tu, saya rasa 'Architecture is a scary world.' Dan atas sebab itu, saya nak beralih arah ke Interior Design yang kononnya saya rasakan lebih baik. 

Tapi, Allah lebih tahu. Pelbagai dugaan saya dapat semasa bekerja sebagai interior designer. Apa dugaannya biarlah, tak mahulah cerita. Cuma saya harap ex-majikan saya tu tidak mengulangi apa yang dilakukannya pada saya kepada orang lain. Itu sahaja.

Saya selalu minta Allah berikan saya peluang pekerjaan yang baik dengan rezeki yang halal. Saya sangka kerjaya sebagai interior designer adalah lebih baik dari architecture. Tapi, Allah lebih tahu. 

Alhamdulillah, minggu depan saya akan mula bekerja sebagai Junior Architect. Adalah sedikit rasa 'gerun' tapi saya tengok bakal majikan saya tu baik orangnya. Dia bukan seperti seorang majikan tapi lebih kepada seorang guru. 

Bukankah saya sendiri yang meminta dari Allah supaya mengurniakan saya kerja yang baik dengan rezeki yang halal? Saya percaya Allah tahu itu yang terbaik untuk saya. Saya tengok bakal majikan saya ni seorang yang sedia berkongsi. Masa temuduga pun dia ada tanya bangunan apa di Malaysia yang saya rasakan terbaik aspek senibinanya.



Ada banyak bangunan di Malaysia ni yang bagus rekabentuknya. Tapi, ini yang terlintas dalam jawapan saya, DIAMOND BUILDING PUTRAJAYA. Kalau saya nak cerita fasal bangunan ni rasanya kena buat post lain kut. Cuma nak cerita bangunan ni sangat bagus dari aspek eco-design, energy efficiency, heat control, self shading facade. Oh, okey cukup-cukup.

Kemudian, bakal majikan saya tu tunjukkan portfolio firma dia. Oh, bukan saya sahaja yang datang temuduga tunjuk portfolio, firma tu pun tunjuk portfolio dia juga! Setelah membelek beberapa rekabentuk projek yang pernah dibuat oleh firma tersebut, Subhanallah. Diamond Building adalah rekaan bakal majikan saya. Patutlah dia senyum saja masa saya cerita fasal bangunan tu. Ni namanya 'mengipas tanpa niat'. Hehehe. :) Terima kasih, Allah.

Dulu, saya rasa "Tak naklah jadi arkitek! Sebab belajar senibina ni tertekan." Tapi, entahlah. Saya rasa persepsi hati saya ni dah bertukar. Kan Allah lebih tahu. Dan Allah juga yang membolak-balikkan hati. Kalau ada rezeki, saya nak sambung belajar lagi. Ya, dalam bidang senibina. Dan saya rasa kerja yang bakal saya mulakan minggu depan ni dapat membantu saya. 

Ambil LAM Part 2 kena buat thesis. Saya ada menghadiri beberapa temuduga sebelum ni tapi firma yang satu ini pilihan hati saya. Sebab, rekabentuknya lebih kepada eco-design dengan teknologi yang hebat. "Green Design is not just putting trees on the rooftop!" (Oh, facepalm!) Maka, saya dapat rasakan banyak perkara yang saya bakal belajar dari firma tersebut. Which is good for my Part 2 soon. :)

Sebagai seorang yang tamak (ishh..) kerjaya sebagai penulis saya tak akan lupakan. Antara senibina dan penulisan, ya saya terperangkap dalam dunia dimensi dunia yang berbeza. But I love it! Saya tak nafikan senibina ni dunia yang mencabar tapi dunia yang penuh cabaran tu boleh diubat dalam dunia penulisan yang menenangkan... So, saya nak dua-dua dunia tu. (Tamak kan?)

Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Julai. Secangkir Kopi Karamel. Okey, nah teaser sikit. Hehehehe.


Okey, akhir kata, sentiasalah bersangka baik pada Allah. Sebab Allah lebih tahu. 

p/s: Jangan difikir derita akan berpanjangan. Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.