Friday 20 January 2012

Ros Biru Untuk Abang Adam ;)


Assalamualaikum semua... Dah agak lama tak update blog. Kebelakangan ni sibuk sikit. Alhamdulillah, novel sulung saya ROS BIRU UNTUK DIA dah berada dalam tangan pada 19 Januari lepas. Segar dari lori. Hahaha. Rasa teruja juga bila tengok novel tu. Macam tak percaya dari Microsoft Word dah jadi satu buku.

Novel ni belum ada di pasaran. Tapi tempahan sudah boleh dibuat di laman web rasmi Jemari Seni http://jemariseni.com/ dengan tawaran diskaun sebanyak 20% dan caj pos percuma bagi pembelian lebih dari dua buah novel. 

Cerita tentang novel ni, saya nak cakap terima kasih dekat Encik Mohd Aizam sebab pinjamkan lirik lagu 'Pergilah' dan 'Ellena'. Hero novel ni pun nama Adam juga. Tapi bukan Mohd Aizam. Nama hero tu Adam Zafran. Ni petikan dari novel tu yang guna lirik lagu abang...


LYANNA memandu dalam keadaan yang tidak keruan. Air mata tidak berhenti membasahi pipi. Adam dah benci Lyanna. Adam rasa tertipu. Suara ceria deejay radio yang berkumandang dari radio di dalam kereta langsung tidak mampu memujuk hati Lyanna. Terluka! Kecewa!
“Lagu seterusnya adalah nyanyian Adam. Wah, lagu ini sarat dengan kisah luka kerana kekasih yang curang! Marilah kita dengarkan lagu Adam, dengan tajuknya Pergilah…” suara deejay menyentak Lyanna. Adam? Memanglah yang nyanyi tu bukan Adam Zafran tapi Adam bekas pelajar Akademi Fantasia. Nama sahaja yang sama.
Pabila ku merenung tepat dalam matamu,
Ku rasa bagai suatu mengganggu fikiranmu,
Bagai satu rahsia tapi kau sembunyikannya,
Apakah maksudmu sayang…
Air mata Lyanna semakin lebat. Terasa seperti Adam Zafran menujukan lagi tersebut khas buatnya.
Kini ku mengerti apa yang terjadi,
Kini kau dah punya teman baru,
Namun ku tetap melepaskanmu,
Just go away, just go away, just go away…
Memang salah Lyanna sendiri kerana menyembunyikan perkahwinan Lyanna dengan Fakhrul. Bukan niat Lyanna hendak menipu Adam. Bukan. Lyanna nak menjaga hati Adam. Lyanna tak nak Adam terluka. Tapi, sekarang Adam benar-benar terluka.
Tak akan ku kembali ke sisimu kasih,Segalanya kini dah berakhir,Selamat kuucapkan,Bahagia di sisi teman baru yang kau cinta,Pergilah, pergilah, pergilah saja…
Lyanna tidak mampu lagi menahan perasaan. Adam, Lyanna tak cintakan Fakhrul. Tak pernah. Lyanna tak bahagia dengan dia. Dia tak sayangkan Lyanna. Lyanna tak curang. Perkahwinan ini terjadi atas kejadian salah faham. Lyanna tak rela.
Lyanna memberikan isyarat ke kiri. Lyanna memberhentikan kereta di lorong kecemasan. Segala kesedihan Lyanna dihamburkan sepuas-puasnya. Teresak-esak Lyanna menangis di dalam kereta.

Hehehe... Itulah antara petikan dalam novel ROS BIRU UNTUK DIA... Sinopsis untuk novel ni boleh baca dekat sini https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150488650098193 ... 


Specially for abang Adam, terima kasih banyak-banyak untuk lirik lagu tu. Saya tak nafikan lirik lagu 'Pergilah' dan 'Ellena' adalah sumber inspirasi untuk jalan cerita novel saya. Nama ADAM tu sendiri pun bagi semangat pada saya, sebab saya ingat abang pernah cakap "Percaya rezeki dari Allah, bukan dari pengutuk..." Nice saying! Semoga rezeki abang bertambah murah ye... Amin. Abang tunggu  novel+autograph sampai kat tangan abang nanti. Tapi autograph saya tak glamer la... Hehehe... Tak lupa pada Kak Deeda. Terima kasih atas pertolongan+nasihat+tunjuk ajar. Akak cool!


By the way, saya berniat nak bagi lima novel ni secara percuma. Tapi, untuk berlaku adil saya buat ala-ala contest. Alah bukan kuiz susah-susah, slogan je. Sesipa yang berminat untuk mendapatkan novel ROS BIRU UNTUK DIA secara percuma, boleh lengkapkan slogan ni. Saya berminat untuk mendapatkan novel Ros Biru untuk Dia karya Ijazati Habib kerana ................... (tidak lebih 20 patah perkataan). Slogan boleh dihantar ke inbox facebook saya hingga 22 Januari. Lima slogan terbaik akan memiliki novel sulung saya + autograph yang tak seberapa. Hehehe. 

Saya harap novel pertama saya ni dapat memuaskan hati para pencinta novel. Mungkin ada banyak kekurangan sebab ini adalah kali pertama saya menulis novel. Saya nak ucapkan terima kasih juga pada Kak Su,Kak Maryah, Cik Editor Shida dan Jemari Seni. Salah dan silap harap dimaafi.

p/s: Kak Maryah Jemari Seni cakap,pembaca mesti suka pada watak Adam. Frankly speaking, saya mengaku saya jatuh hati pada hero novel saya sendiri. Trust me, ADAM ZAFRAN is cool.. ;)

6 comments:

  1. mommy gudluck utk novel ni..
    nak try slogan kat sini boleh...
    Saya berminat untuk mendapatkan novel Ros Biru untuk Dia karya Ijazati Habib kerana saya suka membaca novel dari penulis yang sedang meningkat naik dan suka mengumpul pelbagai koleksi novel
    dari penulis yang berbeza..

    dari selangor pergi kota bharu,
    singgah sebentar nak beli baju,
    beli baju dekat area wakaf che yeh,
    tak sabar rasanya tunggu novel keluaran baru,
    harap novel ni laris dan maju,
    kalau saya dapat novel ni seronoknye yeah yeah yeah ♥

    ReplyDelete
  2. All the best dear in your new life as a novelist!~ Akak tk sabar nak baca your new baby. Congratulations again! <3

    Love ~ Kak Deeda ;)

    ReplyDelete
  3. nisa:amboih..smangatnye..heheheh

    kak deeda:hehee..okey kak deeda..nti kte wat sistem barter..hehehe

    ReplyDelete
  4. novel ni best sangat . jatuh hati pulak dengan Adam Zafran ;) hehehe congratulation :D

    ReplyDelete
  5. baru baca novel ni. seriously best sangat2. suka part yg sedih. Adam Zafran sangat cool dan tersangatlah baik.

    ReplyDelete
  6. Oh..terjumpa pula blog penulis ni ya...
    Hihi. by d way, sy baru je khatam buku ni. beli dah lama, tp tggu turn utk baca. huhu.
    kurang 24jam je saya baca sbb byk menda yg buatkan kita tak sabar nak tggu sampai ending. hihi.
    Utk itu, tahniah atas novel yg bes nih :)
    Teruskan menulis...

    ReplyDelete