Wednesday 21 September 2011

LoVe YoU LiKe A LoVe SoNg

Hahahaha...Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry ni. Tajuk lagu Selena Gomez tu pun aci je la ye..

Lately agak busy. Minggu ni ada KAED Week... Opss.. KAED stands for Kulliyyah of Architecture and Environmental Design. Last Monday ada submission untuk report and presentation board precedent study. Hari Isnin depan pula ada submission model and presentation. Hari ni dah hari Khamis. Jap lagi aku kena pergi talk fasal abortion cases. Lepas tu aku nak usha2 jap area bazar KAED sebab dengar derita ada program Lend Your Voice. Sesiapa yang rasa nak tunjuk bakat terpendam nak nyanyi ke pe boleh. And lend your voice was a part of charity for orphanage kalau tak silap. Cam best juga tengok orang nyanyi. Malam semalam pun tengok orang nyanyi time Nasheed Competition and lepas tu time Architecture Taaruf. Petang ni ada games dengan staff. Esok siang aku join Fruit Carving Competition (For real aku tak pernah buat benda tuh..entah apa rupa tembikai tu esok!) Lepas tu esok malam aku ada KAED Raya. Makan-makan raya. Dah lah hari Sabtu and Ahad ni aku ada hal.Pening juga aku dengan semua ni. And next weekend aku kena pergi site dekat Kuantan. Gila penat~~~~~~~~ (Yang aku bercerita schedule aku tu kat sini pesal? Hahahaha)

Hahahah. Busy macam mana pun aku luangkan jugalah masa untuk cik abang seorang ni. Asilah ada inbox ajak join buat kad and video sempena birthday beliau. Siapa beliau? Nak tahu baca sampai habislah... (Aku bajet cam ramai sangat orang baca blog aku ni) Hahaha. Aku ni pemalas tahap gaban nak update. Tapi atas permintaan beberapa orang fans V.I.P, aku buatlah... Special untuk korang. Terharu tak?

Haha... 19 September adalah birthday beliau... Inilah beliau tu...


Sebenarnya dah lama aku tak sketch ni. Hahahaha. Tapi demi cik abang ni aku teringin pula nak gedik-gedik sketch muka dia... Sorrylah abang. Saya dah rosakkan muka cute abang... Errr... boleh nampak tak tu muka siapa sebenarnya? Okeylah. Aku kasi gambar yang lebih logik...


HAHAHAHAH...Itulah orangnya tuan empunya badan.. Walaupun aku busy, aku luangkanlah juga masa untuk buat kad birthday untuk beliau ni... (Ceh2... terharu tak abang?)Simple je kad ni. Aku pun bukan kreatif sangat. Suam-suam kuku tu bulih la....


Ni la semasa proses membuat kad. Sikit punya sepah bilik aku jadinya macam nak buat model bangunan. Hahaha.... Tapi bila kad dah siap aku terperasan kad tu jadi cam jiwang nak bagi boyfren.... Errrr.... Sorrylah abang. Salah concept!


Lepas tu satu lagi masalah. AKu ni tak tahu nak tulis apa dekat dalam kad tu. Memanglah aku suka menulis tapi takkan aku nak tulis cerpen pula dalam kad tu kan? Nak tulis syair or sajak? Bahaya.... AKu ni suka jiwang karut karang lain pula jadinya. So aku tulis je la pantun bajet sweet aku tu... Ni la pantun aku bagi abang. Aku rasa dia pun pening kepala baca... -___-"

Cantik-cantik pergi Jepun,
Jalan-jalan jumpa Pak Uda,
Belek-belek tenung handphone,
Tengok-tengok ada reminder.

Hello Kitty senyum terukir,
Kucing nak gaduh dengan buaya,
Otak ligat sibuk berfikir,
Nak buat surprise tak ada idea.

Teddy bear panjat pokok kelapa,
Ayam terkebil rasa tak caya,
Hadiah tak tahu nak kasi apa,
Kad ni pun aci la ya?

Sugar glider struggle nak terbang,
Hamster tak reti penat berlari,
Selamat hari lahir abang,
Semoga sentiasa dirahmati Ilahi.



Hahahahaha. Habis dah nak merepek. Anyway aku nak wish selamat hari lahir kepada abang Adam. Tak lupa kepada member aku Laila Syamimi and member Aico FC, Afiqah Alias. Bertambahnya usia menunjukkan bertambahnya pengalaman dan kenalan kita dalam hidup. Bertambahnya usia juga adalah petanda kita semakin hampir dengan Yang Maha Pencipta. Sekian... Lots of LOVE!

p/s:ada buat video untuk abang. Tapi video tu cam segan-segan sikit. Cis! Dah upload facebook tp still loading. ANyway nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada Zack sebab tolong shooting untuk video tu... Hidup Cukup Makan Production! Hehehe....

2 comments:

  1. pndai b'pntun2 ye cik pija..hahahhaa! gud job dear! hahaa..confirm abg pning bce! bhuhahaha! gurau jelaa..wah! simple jee kad pija..tp,,cute..hehehee!

    hepy besday abg adam!!

    ReplyDelete
  2. sbnrnye sy risau kalau kertas sketch tu terbukak..kantoi la kertas hitam tu sy tibai cover working drawings sy..hahaha..recycle je bang..jaga alam sekitar..hahahah

    ReplyDelete