Rasa gatal jari nak menaip. Tapi tak tahu nak cerita apa. Oh, ya! Sedar tak sedar hari ni dah 27 Ramadan. Rasa sekejap je masa berlalu. Oh, by the way 'dia' dalam tajuk post ni bukanlah boyfriend, tapi Bulan Yang Penuh Barakah ni. Jangan nak buat gila tulis fasal boyfriend. Bikin orang meluat je. Hahah...
Ramadan dah nak berahkhir. Banyak dah ke amalan aku? Berapa kali je aku buat terawih? Agak-agak puasa aku tu sah ke? Atau sekadar berlapar dan dahaga semata-mata? Berapa banyak aku bersedekah pada bulan ni? Paling utama malam lailatul Qadar dah lepas ke belum? Aku dah isi malam tu dengan ibadah ke atau buat tahi mata? Yakin ke aku hidup lagi untuk Ramadan tahun depan? Ermmm.... (Amik ko pija! Dah ujung baru nak sedar...)
Sedekah bulan Ramadan ni kan banyak keliebihan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”Riwayat at- Tirmidzi. Sebut fasal sedekah aku tertarik dengan satu program anjuran Aico FC ni. Program amal dengan anak yatim. Kalau tak silap aku program ni memang ada tiap-tiap tahun. Menarik juga. Dengar cerita program tu akan dibuka untuk fans juga bagi masa akan datang. Kak Weeda yang citer (ceh, siap mention..hehe..selamat hari raya kak Weeda...) Wah! Semoga cita-cita Aico FC tercapai. Amin...
(Sumber gambar; Aico FC)
Cerita fasal anak yatim pula. Selama ni kita hidup mewah. Buka je mata dah ada Puan Emak dan Encik Abah. Raya tiap-tiap tahun balik kampung pulak jumpa atuk dengan nenek. Duit raya mari!!! Hahaha. Baju raya tiap-tiap tahun Puan Emak pilihkan. Ada yang siap sedondon satu famili. Nak raya je sibuk beli macam-macam. Beli itu, beli ini. Tapi sedar tak kita, anak yatim tak merasa semua tu!!!
Diorang tak hidup mewah. Baju raya mungkin ada atas sumbangan ehsan orang lain. Shopping raya, pernah ke mereka merasa? Mungkin shopping raya bersama parents tercinta tak pernah wujud dalam kamus hidup mereka. Baju raya meriah sedondon dengan keluarga, lagilah tak ada. Balik kampung jumpa atuk nenek, mungkin ada yang tak pernah merasa. Raya pertama mereka tak ada bersalam-salaman minta maaf + minta duit raya (perangai buruk aku tuh). Raya pertama mereka mungkin cuma bersama kawan-kawan. Mungkin juga sekadar menziarahi pusara orang tercinta yang dah tinggalkan mereka.
Yang masih ada ibu bapa adalah golongan bertuah. Tapi pernah ke kita bersyukur? Pernah ke kita kongsi kesenangan yang kita ada dengan orang yang lebih susah? Aku tak tahu orang lain, tapi kalau aku sendiri, aku teringin tapi tak tahu caranya. Iyalah, takkanlah aku ni nak bajet jutawan pergi rumah anak yatim pula. Duit pun aku tak ada. Asyik duk minta kat Encik Abah aku je. Huhu. Tapi Puan Emak cakap tak semestinya kita tolong orang dengan duit. Banyak lagi cara kita boleh tolong orang. Mungkin dengan memberikan sumbangan tenaga.
Next year kalau Aico FC jadi buat program charity dengan fans, aku teringin juga nak join. Yalah, aku ni x ada duit. Aku bukan wanita bekerjaya. Kerja aku asyik duk pau Abah aku je. Huhuu.. So, to be fair and lovely abah aku cakap bila aku dah kerja nanti abah aku pula pau aku. Kalau aku nak bagi sumbangan duit buat masa sekarang ni memang mustahillah. Tapi, mungkin aku boleh bagi sumbangan tenaga kot. Mudah-mudahan hasrat murni Aico FC untuk adakan program charity dengan fans termakbul. Aku percaya ramai yang nak join.
Oh, dekat sini aku saja nak attach gambar-gambar masa program charity tu yang aku rasa sweet..hehehe.. Sumber gambar sumer dari Aico FC..
(Oh, my God, he's loving!!!)
(Papa Yandy yang sabar layan kerenah anak-anak..)
(Papa Boy yang hepi tengok anak-anak hepi..)
(Yang ni Mydin boleh ambil jadi pekerja. Beliau berbakat. Heheh... Gurau lah Marlon.)
(Papa muda ni menyerlahkan bakat kebapaan yang terpendam.. Hehe. Cayalah Lan!)
Apa-apa pun sempena raya yang bakal menjelang ni, aku nak ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin. (Gila stereotype ayat aku..) And ni kad raya aku tahun lepas. Kad ni aku rasa lawa sikit dari kad raya aku tahun ni. Photoshop hangat-hangat tahi itk je perangai aku. Haha. Selamat hari raya semua. Lots of love!
No comments:
Post a Comment