Rasa
sekejap je, tahun 2012 dah melabuhkan tirai. Tahun 2013 bakal menjengah. Rasa
sedih sebab 2012 yang indah bakal meninggalkan saya. 2012 banyak menyimpan
kenangan pahit, manis, konvokesyen, hari lahir yang istimewa sekali seumur hidup,
persahabatan dan percintaan. Opsss…
Antara
pengalaman berharga dalam 2012 adalah terbitnya novel sulung saya, Ros Biru untuk Dia pada Januari 2012. Kemudian
disusuli cerpen Sujud Syukur Kerana Cinta
dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah
pada bulan Jun 2012. Seumur hidup, saya tak pernah terfikir pun akan menjadi
seorang penulis. Novelis apatah lagi. Sebab dari kecil hobi saya memang melukis
dan ‘membuat mural’ di dinding rumah. Oh, nakalnya saya! So architectural! Hahaha.
Menjadi
seorang novelis dan seorang pelajar senibina pada masa yang sama sangatlah
mencabar mental dan fizikal saya. Bayangkan seorang pelajar yang biasanya
menghadap komputer menatap Auto-CAD, Photoshop, Artlantis dan Sketch-up
terpaksa menghadap Microsoft Word menulis novel! Oh, kontra sungguh!
Tambahan
pula saya berkejar pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC April 2012 di saat
rakan-rakan sekuliah sibuk menyiapkan projek akhir subjek studio. Dugaannya…
Tapi, Alhamdulillah saya telah selamat konvo Oktober lalu. Mungkin berkat dari
doa ibu bapa saya. Mungkin juga berkat dari doa orang-orang yang saya tak
pernah tahu pun dia doakan saya. Apa-apa pun, terima kasih semua.
2012
banyak mengajar saya erti kehidupan. Hidup kita ni bergerak ke hadapan,
bukanlah ke belakang. Tapi sesekali kita perlu menoleh ke belakang. Bukan untuk
berpatah balik, tapi untuk mengambil iktibar. Saya tak percaya pada peluang
kedua. Anda pula? J
1
Januari 2013 adalah titik bermulanya kehidupan yang baharu untuk saya. My life will change. I will enter a new
phase in my life. Ehem. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan saya… J
Banyak
juga perkara yang saya hendak kejar pada tahun 2013 nanti. Yalah, semua orang
ada impian dan matlamat dalam hidup. Saya juga begitu. Opsss… tiba-tiba
teringat pula. Insya-Allah novel baharu saya, Secangkir Kopi Karamel akan menemui pembaca Jun/Julai tahun ini.
Saya ada merancang sesuatu untuk pembaca. Tunggu ya… ;)