Tuesday, 31 January 2012

"HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II "



Assalamualaikum... 


Jarang nak join contest. Tapi rasa contest ni macam menarik. Nak tahu butiran lanjut tentang contest ni boleh pergi ke blog Hafiz Zainal... By the way, blog dia best. Saya dah 'selongkar' blog dia. Ada cerita fasal dentistry student's life, kehidupan dia kat Mesir (thanks...saya guna untuk research for my 2nd novel) dan dia juga ada cerita fasal LOVE.. But of course from the guys way of love talk; COOL! Apa lagi. Jom follow! Follow twitter dia sekali... :)


Cerita fasal contest tu, SENYUM MAHAL II... Senyum Mahal 1 tak dapat join sebab saya fans Hafiz Zainal kategori 'newbie'. Hehehe. Untuk contest tu, saya pilih gambar ni...




Eh, main-main je! Hahaha. Salah satu syarat untuk contest tu kena ada gambar sendiri, tak kisah nak sengih seorang diri ataupun angkut satu kampung. Tarahal... So gambar atas ni tak cukup syarat. Majin Buu tu tak ada gigi lagipun.... Yang ni baru gambar betul...


(credit to mr. photographer yang tak pernah jemu edit+amik gambar saya&frens: zack )

Oh, syarat contest tu kalau gambar ramai-ramai kena beritahu empunya diri! Saya yang atas sekali tu... Hehehehe.... Tapi sebelum tu kena jawab beberapa soalan. Encik Hafiz dah pesan jawab simple-simple. Jangan tulis panjang-panjang macam karangan/novel... Heheheheh..



i- Ceritakan kenapa anda rasa gamba senyuman
anda ini adalah senyuman mahal ?
Mahal sebab my friends selalu complaint saya kategori orang yang kedekut nak senyum nampak gigi. sedikit sebanyak ada betulnya... -_-" Kedekutnya saya....


ii- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?
Saya tertengok video Hafiz Zainal wat cover lagu Selena Gomez, Love You Like a Love Song. Rasa sedap pula cover tu sampai rasa nak download buat  ringtone. 

Saya saja-saja cari facebook Hafiz Zainal. Fortunately, I found the real fanpage. Tengok-tengok dalam facebook tu ada contest. Nasib baik belum terlambat nak join. Hafiz, I admit that I clicked 'like' on your page few hours ago... And now my fingers are running on the keyboard for this contest. Tak tahu kenapa join contest ni. Maybe sebab teruja belum terlambat nak join. 
(Errr....sorry jawapan panjang siap ada kronologi. As a novelist, I cant control my fingers... Hehehe.)

iii- Apa 1st impression korang terhadap org yg pakai braces ?
Bila si pemakai braces bercakap, rasa macam nak nyanyi lagu 'Lady Antebellum; Can't Take My Eyes Off You' bukan pada orang tapi kat braces tu. I keep staring at the braces. So, orang yang pakai braces ni 'eye catching' bila bercakap... Hehehehe...


3 orang cute yang saya nak tag:


p/s: Saya belajar senyum nampak gigi lepas tragedi dalam video ni... Hahaha..Apa-apa pun senyum lah...Tu lah cara paling senang nak dapat pahala. Muka pun tak cepat tua... :) With love...





Friday, 20 January 2012

Ros Biru Untuk Abang Adam ;)


Assalamualaikum semua... Dah agak lama tak update blog. Kebelakangan ni sibuk sikit. Alhamdulillah, novel sulung saya ROS BIRU UNTUK DIA dah berada dalam tangan pada 19 Januari lepas. Segar dari lori. Hahaha. Rasa teruja juga bila tengok novel tu. Macam tak percaya dari Microsoft Word dah jadi satu buku.

Novel ni belum ada di pasaran. Tapi tempahan sudah boleh dibuat di laman web rasmi Jemari Seni http://jemariseni.com/ dengan tawaran diskaun sebanyak 20% dan caj pos percuma bagi pembelian lebih dari dua buah novel. 

Cerita tentang novel ni, saya nak cakap terima kasih dekat Encik Mohd Aizam sebab pinjamkan lirik lagu 'Pergilah' dan 'Ellena'. Hero novel ni pun nama Adam juga. Tapi bukan Mohd Aizam. Nama hero tu Adam Zafran. Ni petikan dari novel tu yang guna lirik lagu abang...


LYANNA memandu dalam keadaan yang tidak keruan. Air mata tidak berhenti membasahi pipi. Adam dah benci Lyanna. Adam rasa tertipu. Suara ceria deejay radio yang berkumandang dari radio di dalam kereta langsung tidak mampu memujuk hati Lyanna. Terluka! Kecewa!
“Lagu seterusnya adalah nyanyian Adam. Wah, lagu ini sarat dengan kisah luka kerana kekasih yang curang! Marilah kita dengarkan lagu Adam, dengan tajuknya Pergilah…” suara deejay menyentak Lyanna. Adam? Memanglah yang nyanyi tu bukan Adam Zafran tapi Adam bekas pelajar Akademi Fantasia. Nama sahaja yang sama.
Pabila ku merenung tepat dalam matamu,
Ku rasa bagai suatu mengganggu fikiranmu,
Bagai satu rahsia tapi kau sembunyikannya,
Apakah maksudmu sayang…
Air mata Lyanna semakin lebat. Terasa seperti Adam Zafran menujukan lagi tersebut khas buatnya.
Kini ku mengerti apa yang terjadi,
Kini kau dah punya teman baru,
Namun ku tetap melepaskanmu,
Just go away, just go away, just go away…
Memang salah Lyanna sendiri kerana menyembunyikan perkahwinan Lyanna dengan Fakhrul. Bukan niat Lyanna hendak menipu Adam. Bukan. Lyanna nak menjaga hati Adam. Lyanna tak nak Adam terluka. Tapi, sekarang Adam benar-benar terluka.
Tak akan ku kembali ke sisimu kasih,Segalanya kini dah berakhir,Selamat kuucapkan,Bahagia di sisi teman baru yang kau cinta,Pergilah, pergilah, pergilah saja…
Lyanna tidak mampu lagi menahan perasaan. Adam, Lyanna tak cintakan Fakhrul. Tak pernah. Lyanna tak bahagia dengan dia. Dia tak sayangkan Lyanna. Lyanna tak curang. Perkahwinan ini terjadi atas kejadian salah faham. Lyanna tak rela.
Lyanna memberikan isyarat ke kiri. Lyanna memberhentikan kereta di lorong kecemasan. Segala kesedihan Lyanna dihamburkan sepuas-puasnya. Teresak-esak Lyanna menangis di dalam kereta.

Hehehe... Itulah antara petikan dalam novel ROS BIRU UNTUK DIA... Sinopsis untuk novel ni boleh baca dekat sini https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150488650098193 ... 


Specially for abang Adam, terima kasih banyak-banyak untuk lirik lagu tu. Saya tak nafikan lirik lagu 'Pergilah' dan 'Ellena' adalah sumber inspirasi untuk jalan cerita novel saya. Nama ADAM tu sendiri pun bagi semangat pada saya, sebab saya ingat abang pernah cakap "Percaya rezeki dari Allah, bukan dari pengutuk..." Nice saying! Semoga rezeki abang bertambah murah ye... Amin. Abang tunggu  novel+autograph sampai kat tangan abang nanti. Tapi autograph saya tak glamer la... Hehehe... Tak lupa pada Kak Deeda. Terima kasih atas pertolongan+nasihat+tunjuk ajar. Akak cool!


By the way, saya berniat nak bagi lima novel ni secara percuma. Tapi, untuk berlaku adil saya buat ala-ala contest. Alah bukan kuiz susah-susah, slogan je. Sesipa yang berminat untuk mendapatkan novel ROS BIRU UNTUK DIA secara percuma, boleh lengkapkan slogan ni. Saya berminat untuk mendapatkan novel Ros Biru untuk Dia karya Ijazati Habib kerana ................... (tidak lebih 20 patah perkataan). Slogan boleh dihantar ke inbox facebook saya hingga 22 Januari. Lima slogan terbaik akan memiliki novel sulung saya + autograph yang tak seberapa. Hehehe. 

Saya harap novel pertama saya ni dapat memuaskan hati para pencinta novel. Mungkin ada banyak kekurangan sebab ini adalah kali pertama saya menulis novel. Saya nak ucapkan terima kasih juga pada Kak Su,Kak Maryah, Cik Editor Shida dan Jemari Seni. Salah dan silap harap dimaafi.

p/s: Kak Maryah Jemari Seni cakap,pembaca mesti suka pada watak Adam. Frankly speaking, saya mengaku saya jatuh hati pada hero novel saya sendiri. Trust me, ADAM ZAFRAN is cool.. ;)