Wednesday, 26 October 2011

TODAY WAS A FAIRYTALE...

Curi jap lirik lagu Tailor Swift. Today was a fairytale? Bukan la fairytale aku jumpa putera raja ke apa tapi hari ni birthday aku. Hahah. Owh, supposely saying yesterday. Ari ni da masuk 27 October dah pun. But a surprise, I am sharing my date of birth with a V.I.P.. taraaaa!!


Yandy!! Hahah. Tak tahu pula birthday kitorang sama. By the way Yandy, I owe you something. Pernah janji nak bagi tapi tak bagi-bagi lagi. Asyik tak berkesempatan pergi show korang. But one day I promise I'll give it to you. Ni dia.. Hehehe... (Tak surprise gila hadiah birthday!) Hahaha.


Hehehe. Cik Adik Eida Azhar pun nak juga. Tapi tunggu birthday awak ye. Anyway mende ni limited edition and not for sale.Hehehehe. Yandy, so far tak ada hadiah boleh bagi. Nak kasi video hantu pun tak boleh sebab saya penakut. Kalau saya kasi pantun sweet bley? (Sweet ke?)

Rambut pacak style bergaya,
Apa-apa pun bulih bah,
Bab hantu dia tak caya,
Cik abang ni dari Sabah.

Dalam akuarium ada guppy,
Big boss Adam sibuk menjeling,
Dari Evoke sampai V.I.P,
Part jerit memang happening.

Main webcam seronok bergurau,
Boy dan Fadlan tumpang sekaki,
26 Oktober sape nak tau?
Yandy birthday kita sama hari.

Tepi pantai Marlon berlari,
Meow 'memerut' kat rambut member,
Panjang umur murah rezeki,
We support you forever!



Hahahah. Seronok la plak aku rasa...

Anyway, as I came 22nd yesterday, it was full of happiness. Ramai gak orang wish birthday termasuk dua Encik Artis ni. Haha. Terima kasih ye...


Tak dapat hadiah birthday sebab tak capai 10k likes kat V.I.P page. Tak apalah... (Nada pasrah kot Boy. Hahah. Gurau!)


(Birthday wish dari 'twin'... Haha)

Owh, terima kasih pada semua yang wish kat wall, inbox facebook and sms. This year aku demam plak masa birthday. Suara pun serak-garau-macho gitu. Kalo merdu cam Ella tak pe juga, ni dah kategori suara untung sabut timbul untung batu tenggelam. Haha. AKu tidur sikit punya awal semalam and aku tersedar dalam pukul 1.05 pagi (such a miracle as my mom delivered me on that time). And aku nampak ada hadiah atas meja. Waaaaa... My friends kasi hadiah la. Ni mesti kes tak sampai hati nak kejut tengok aku tidur bertemankan koolfever n selubung comforter sampai nampak kepala je. Haha.

Aku suka kaler pink. Entah. Dah memang suka dari aku baby sampai aku jadi 'baby purba' nih. Tq Cik Im kasi pencil case pink! Inspiring kot. Nak bawa masa exam. Mana tahu boleh dapat dean list cam Cik Im ke. Heheh...


(Abaikan mouse pad and notebook kecil tu. Tu bukan hadiah tapi hak milik persendirian. Saja diorang nak tumpang glamer masuk dalam gambar. Huh!)

Aku memang obses pada Hello Kitty. Maybe sebab aku suka kucing. Hello Kitty tu kan kucing. (Logik ke? Ah, lantak!) Kebanyakan hadiah yang aku dapat tu Hello Kitty. Seronok gila! Tengok ni...


(Keychain Hello Kitty sampai 3 kot. Satu aku dah letak kat kunci bilik, satu kat pendrive, lagi satu aku tengah fikirkan nak letak mana. Hahah)


(Kasut Hello Kitty sepasang. Comel gila!!)


(Bantal bucuk Hello Kitty...Best peluk ni.Haha)


(Kad sweet 'From Paris With Kitty..')


(Dalam kad tu ada wrist band and book mark. Waaa... Abaikan notebook kecik tu. Tu aku punya. Tak padan kecik nyibuk gak nak masuk dalam gambar hadiah.)


(Ni cekak rambut Hello Kitty. Ble pakai rasa macam flower girl plak. Cute gila aku. Hahaha)


(Kek birthday diorang belikan pun ada Hello Kitty wei!)


(Dem... nape aku tayang muka kanak-kanak riang potong kek? Lalalala...)


p/s: I wanna say a lot of thousands of lemons (berjuta-juta lemon la...) kepada Farah, Mida, Bola, Syud and Kila untuk Hello Kitty Collections. Tak lupa kepada Cik Im yang dating dengan saya pagi tadi. And terima kasih juga kat Encik Amir sebab belanja KFC petang tadi. And lots of thanks to all yang wish and making my day. Lots of love! <3

Friday, 21 October 2011

MUSTAHIL UNTUK SEMPURNA, TAPI...

Huhuhu... Dah lama aku tak update blog. Aku ni sebebanrnya tak sempat plus tak ada idea nak tulis apa. Tapi idea tu muncul tiba-tiba lepas satu malam suntuk tak tidur ni. Haha. Tak adalah. Idea tu muncul lepas nampak keratan akhbar yang Husna post kat V.I.P fanclub group tu. Ni la keratan akhbar tu. Akhbar Utusan Malaysia kalau tak silap aku.


Maybe gambar ni agak kecil kot. Cuma papercut ni cerita fasal 'penghijrahan' abang Adam. Sebenarnya benda ni dah lama. Aku mula perasan perubahan abang sebab tengok status-status dia.



Aku teringat ada satu status dia tegur fasal tak solat sebab tengok konsert. Lama sangat dah status tu. Ada sumber cakap abang berubah lepas mengalami 'gangguan' and dia dapatkan rawatan kat klinik Ashraf Muslim kat belakang UIA nih.

Sampai la ada satu status tu abang cakap ibadah memang tak perlu dihebahkan tapi ada ustaz pesan kena minta maaf sebelum berangkat ke Tanah Suci. Alhamdulillah, abang pergi umrah rupanya. Nice. Masa abang balik umrah ada gak kitorg fans ni try korek-korek pengalaman abang tapi abang tak nak cerita. Tapi, terjumpa gambar abang kat fb lah. Hehehe...


Rezeki abang. Dapat gak abang menjejakkan kaki ke Tanah Suci. And dalam keratan akhbar baru-baru ni ada komen abang fasal umrah tu.

"Saya berasa begitu tenang selepas Tuhan memberi rezeki untuk mengerjakan umrah baru-baru ni. Maaf, saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan itu kerana tidak mahu peminat salah anggap tentang perubahan saya..." Adam

Baguslah. Mungkin abang nak elakkan orang cakap dia beribadah untuk riak kot. Tapi nampaklah perubahan abang tu. Muka pun berseri je. And aku perasan abang selalu pakai sarung tangan masa perform. Ada yang cakap abang nak elakkan bersalam dengan fans perempuan. Nice! Mudah-mudahan perubahan abang tu berkekalan. Kitorang sebagai fans akan mendoakan yang terbaik. And kitorang nak abang cepat jumpa jodoh (suka-suka hati je kan..) Abang baik and kitorang doakan supaya abang jumpa perempuan yang baik-baik. Teringat plak statement abang ni, "nak jumpa jodoh dekat masjid..."


Mungkin ada yang akan pertikaikan Adam. Tak mustahil ada yang cakap "dah pergi umrah tapi menyanyi and menari-nari gak..." Tapi, pendapat aku la, suara lelaki tu bukan aurat pun. Kan? Lagu-lagu dia pun tak adalah menghina agama ke apa. Maaflah kalau pendapat aku silap. Mungkin aku bukan orang yang cukup arif tentang agama.Apa-apa pun semoga rezeki abang bertambah murah. Dengar cerita abang nak mengarah tahun depan? Ehem2...

Sebut fasal perubahan ni aku nak komen gak fasal lagi seorang V.I.P ni. Hahah. Enchik tinggi lampai Fadlan Hazim. Hahah. Ni dia!


(Aku tak puas ati camne gambar fb ni masuk majalah hiburan. Nak kata aku de join part kenalan fb ke apa tak pernah pun. Haha..)

Hensem2. Tapi sekarang lagi hensem.


Tara!!! Rambut hitam. I like! Black hair suits you well la Fadlan. Handsome naturally. Lagipun tak elok kaler-kaler rambut ni, tau! :)

Senang cerita, kalau kita tengok orang tu berubah menjadi yang lebih baik, janganlah dikritik. Berikan semangat. Semoga dia akan berubah menjadi yang lebih baik. Tapi tak bermakna kita boleh pandang rendah pada orang yang kononnya kita rasa 'tak baik' macam kita. Kita tak boleh nilai diri kita sendiri. Contohlah, mungkin kita rasa kita lebih baik sebab kita sembahyang tapi si polan tu tak. Tapi, sejauh mana sembahyang kita tu diterima Allah? Dekat mana tempat kita di sisi Allah?

Lagipun, kita tak tahu lagi macam mana kita mati. Contohlah, kita mati masa tengah mengumpat si polan yang tak sembahyang tu. Dosa sesama manusia kena minta ampun pada manusia juga. Nak ke si polan tu maafkan kita? Lepas tu ditakdirkan pula si polan tu meninggal masa dalam perjalanan nak jumpa seorang yang arif tentang agama untuk belajar solat. So, situasi mati yang mana yang lebih baik? Mati tengah mengumpat atau mati tengah nak belajar agama? Kita semua dah cukup dewasa dan pandai-pandailah nilai sendiri.

Kita tak boleh mendabik dada mengatakan diri adalah yang terbaik dan menunding jari setelah melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Manusia itu tak sempurna. Setiap manusia buat silap. In conclusion, MUSTAHIL UNTUK SEMPURNA, TAPI TAK SALAH KALAU NAK JADI YANG LEBIH BAIK..

Lots of love...

p/s: Ske tengok Admin group V.I.P baby, Eida. Dah pakai tudung sekarang. Keep it up, dear!