Saturday 27 August 2011

DIA YANG NAK TINGGALKAN KITA

Rasa gatal jari nak menaip. Tapi tak tahu nak cerita apa. Oh, ya! Sedar tak sedar hari ni dah 27 Ramadan. Rasa sekejap je masa berlalu. Oh, by the way 'dia' dalam tajuk post ni bukanlah boyfriend, tapi Bulan Yang Penuh Barakah ni. Jangan nak buat gila tulis fasal boyfriend. Bikin orang meluat je. Hahah...

Ramadan dah nak berahkhir. Banyak dah ke amalan aku? Berapa kali je aku buat terawih? Agak-agak puasa aku tu sah ke? Atau sekadar berlapar dan dahaga semata-mata? Berapa banyak aku bersedekah pada bulan ni? Paling utama malam lailatul Qadar dah lepas ke belum? Aku dah isi malam tu dengan ibadah ke atau buat tahi mata? Yakin ke aku hidup lagi untuk Ramadan tahun depan? Ermmm.... (Amik ko pija! Dah ujung baru nak sedar...)

Sedekah bulan Ramadan ni kan banyak keliebihan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”Riwayat at- Tirmidzi. Sebut fasal sedekah aku tertarik dengan satu program anjuran Aico FC ni. Program amal dengan anak yatim. Kalau tak silap aku program ni memang ada tiap-tiap tahun. Menarik juga. Dengar cerita program tu akan dibuka untuk fans juga bagi masa akan datang. Kak Weeda yang citer (ceh, siap mention..hehe..selamat hari raya kak Weeda...) Wah! Semoga cita-cita Aico FC tercapai. Amin...


(Sumber gambar; Aico FC)

Cerita fasal anak yatim pula. Selama ni kita hidup mewah. Buka je mata dah ada Puan Emak dan Encik Abah. Raya tiap-tiap tahun balik kampung pulak jumpa atuk dengan nenek. Duit raya mari!!! Hahaha. Baju raya tiap-tiap tahun Puan Emak pilihkan. Ada yang siap sedondon satu famili. Nak raya je sibuk beli macam-macam. Beli itu, beli ini. Tapi sedar tak kita, anak yatim tak merasa semua tu!!!

Diorang tak hidup mewah. Baju raya mungkin ada atas sumbangan ehsan orang lain. Shopping raya, pernah ke mereka merasa? Mungkin shopping raya bersama parents tercinta tak pernah wujud dalam kamus hidup mereka. Baju raya meriah sedondon dengan keluarga, lagilah tak ada. Balik kampung jumpa atuk nenek, mungkin ada yang tak pernah merasa. Raya pertama mereka tak ada bersalam-salaman minta maaf + minta duit raya (perangai buruk aku tuh). Raya pertama mereka mungkin cuma bersama kawan-kawan. Mungkin juga sekadar menziarahi pusara orang tercinta yang dah tinggalkan mereka.

Yang masih ada ibu bapa adalah golongan bertuah. Tapi pernah ke kita bersyukur? Pernah ke kita kongsi kesenangan yang kita ada dengan orang yang lebih susah? Aku tak tahu orang lain, tapi kalau aku sendiri, aku teringin tapi tak tahu caranya. Iyalah, takkanlah aku ni nak bajet jutawan pergi rumah anak yatim pula. Duit pun aku tak ada. Asyik duk minta kat Encik Abah aku je. Huhu. Tapi Puan Emak cakap tak semestinya kita tolong orang dengan duit. Banyak lagi cara kita boleh tolong orang. Mungkin dengan memberikan sumbangan tenaga.

Next year kalau Aico FC jadi buat program charity dengan fans, aku teringin juga nak join. Yalah, aku ni x ada duit. Aku bukan wanita bekerjaya. Kerja aku asyik duk pau Abah aku je. Huhuu.. So, to be fair and lovely abah aku cakap bila aku dah kerja nanti abah aku pula pau aku. Kalau aku nak bagi sumbangan duit buat masa sekarang ni memang mustahillah. Tapi, mungkin aku boleh bagi sumbangan tenaga kot. Mudah-mudahan hasrat murni Aico FC untuk adakan program charity dengan fans termakbul. Aku percaya ramai yang nak join.

Oh, dekat sini aku saja nak attach gambar-gambar masa program charity tu yang aku rasa sweet..hehehe.. Sumber gambar sumer dari Aico FC..


(Oh, my God, he's loving!!!)


(Papa Yandy yang sabar layan kerenah anak-anak..)


(Papa Boy yang hepi tengok anak-anak hepi..)


(Yang ni Mydin boleh ambil jadi pekerja. Beliau berbakat. Heheh... Gurau lah Marlon.)


(Papa muda ni menyerlahkan bakat kebapaan yang terpendam.. Hehe. Cayalah Lan!)

Apa-apa pun sempena raya yang bakal menjelang ni, aku nak ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin. (Gila stereotype ayat aku..) And ni kad raya aku tahun lepas. Kad ni aku rasa lawa sikit dari kad raya aku tahun ni. Photoshop hangat-hangat tahi itk je perangai aku. Haha. Selamat hari raya semua. Lots of love!


Sunday 14 August 2011

SAYA KENAL SAYANG SAYA

Hahahaha.. Tu aku cuma pinjam lirik lagu Fynn Jamal. By the way, apa yang aku nak cerita ni tak ada kaitan pun dengan Fynn Jamal. Aku rasa aku nak tukar genre blog aku ni. Bukan apa, aku penat nak gaduh dengan orang. Nak gaduh dengan copycat satu hal, dengan bangganya mamat tu tulis dekat blog dia "maaflah kalau apa yang aku tulis ni buat sesiapa terasa..."..?? Cis! Penat-penat aku perah otak cari idea, dia mengaku dia tulis. Lepas tu nak gaduh dengan fans blogger tu pula sampai ada yang cakap "saya rasa ni ***** tu yang tulis. Awak ni dah lah copy, tak ada backlink.."... Kurang asam masin asam boy asam jawa asam gelugur asam keping betullah. AKU YANG TULIS TAU! Waaa!!

So, aku dah ambil keputusan. No more article macam 10 sebab perempuan tak respect lelaki, no more short story, no more pantun cute. Lepas ni aku nak tulis fasal orang kesayangan aku je. Haaa?? Gedik gila nak tulis fasal boyfriend? Eh, ni bukan cerita fasal boyfriend. Boyfriend aku bukan untuk tayangan umum. Ni fasal V.I.P (Versatility In Performance).


(sumber gambar:illi wiwi)

Sebut fasal gaduh ni aku teringat la pula kes dekat fanpage V.I.P beberapa malam lepas. Haru juga bila ada insan-insan kurang perhatian ni masuk buat kacau dalam fanpage tu. Aku tak kisah kalau diorang nak bagi pandangan dari perspektif yang negatif asalkan benda tu betul. masalahnya komen-komen ni berbaur provokasi. cer tenguk ni...


Herm... bila ada fans V.I.P yang back up diorang cakap macam ni pula...


Aku rasa diorang ni ada masalah... Sebab most of us reply their comments with smiley in the end.. No butthurt laa...





Tapi ada komen ni cakap macam ni...


Hahah..Apa yang dia cakap tu makan diri sendiri. Siapa cakap V.I.P tak boleh terima kritikan..Aku nak puji seorang ahli V.I.P..He used to wear an earing.. Ada fans tegur.. And sekarang dia dah tak pakai dah.. See, mereka boleh berubah kalau kritikan tu betul..Tengok komen diorang pun tak adalah mencarut balik pada haters..


Ke nak tengok komen dari big boss yang sangat-sangat cool..Komen dia saya simpan sebagai kata semangat untuk saya..


Pergh... I LOVE YOU LAH ABANG!!!

By the way I can consider a comment as positive criticism..


Tapi seriously aku tak suka satu komen ni..


Kalau nak kutuk orang pun jangan kutuk orang kurang upaya k? Silap-silap orang kurang upaya tu lagi mulia di sisi Allah berbanding yang mengutuk ni. Yalah, O.K.U yang lumpuh tak sepak terajang orang, yang bisu tak mengumpat, memaki dan mencarut, yang buta tak tengok maksiat n orang yang sindrom down tu nak masuk syurga dia tak payah dihisab.. Renung-renungkan..

p/s: Ada Malaysian yang kutuk V.I.P konon cakap tiru KPOP.. Tapi percaya atau tidak, V.I.P ada fans dari korea.. Tak caya tengok...


Akhir kata, marilah kita bersifat patriotik tambah-tambah merdeka dah nak dekat ni.. Kalau bukan rakyat Malaysia nak sokong rakyat Malaysia, siapa lagi kan? :) LOTS OF LOVE..